Monday 30 July 2012

~BEST FRIEND TILL JANNAH~


 
  “Lisa,awak dari mana ni?? Dah pukul 1 pagi baru nak balik rumah? Awak kena ingat awak tu anak dara.Tak eloklah keluar sampai lewat malam macam ni.” Begitulah rutin harian Masyitah. Hampir setiap hari dia membebel kepada teman sebiliknya yang dikenali sejak hari pertama dia mendaftar di Universiti Malaya.

     Tahun ini masuk tahun ketiga mereka berada dalam jurusan perubatan. Kedua-duanya mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Maklum sajalah kos pengajian untuk bidang perubatan sangat mahal dan memerlukan tajaan. Lisa dan Masyitah,kedua-duanya merupakan pelajar pintar. Hampir setiap kali peperiksaan,mereka berjaya mendapat Anugerah Dekan. Sudah ditakdirkan Allah,mereka ditempatkan di bilik yang sama dan sehingga sekarang menyewa di rumah sewa yang sama dan mahu tinggal di bilik yang sama.Mereka tidak pernah cemburu dengan kejayaan masing-masing.Yang uniknya mereka ini selalu berkongsi ilmu dan selalu membuat diskusi bersama-sama.Walaupun perangai mereka jauh berbeza,tetapi mereka masih boleh berkawan rapat.

      Masyitah,seorang gadis bertudung dan berpakaian mengikut syarak tetapi masih bergaya dan moden. Boleh dikatakan di kampusnya,dia seorang yang aktif dalam bidang dakwah dan tarbiah walaupun pengajiannya dalam bidang perubatan sangat sibuk. Tapi dia faham,dakwah tetap nombor satu dan belajar bukan nombor dua.

     Manakala Lisa pula seorang gadis cantik berdarah kacukan Melayu-Arab yang memang menjadi kegilaan pemuda-pemuda di kampusnya.Bukan sahaja tinggi lampai,Lisa juga dikurniakan rambut lurus yang cantik secara semulajadi malahan mempunyai auranya yang tersendiri.Maklumlah anak orang kaya,mesti ada kelasnya yang tersendiri.Namun dia tidak sombong dengan kelebihan yang dimilikinya dan masih boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.Mana tidaknya,daripada teman-temannya yang lain yang mempunyai status yang sama dengannya,dia tetap memilih Masyitah untuk menjadi roommatenya.Masyitah tidaklah kaya tapi hidupnya sudah mampu disyukuri. Mungkin sifat sederhana itulah yang membuatkan Lisa senang dengannya.Tidak seperti kawannya yang lain yang kebanyakannya suka mengambil kesempatan. Tapi sayangnya,Lisa tidak begitu menitik beratkan hal-hal agama.Sangat berlainan dengan Masyitah.

  “ Ish,Syita ni setiap kali balik mesti nak membebel.Rimas tau tak!Lisa ada kerja la kat luar,Lisa study dengan Danial.Kan minggu depan Lisa ada presentation so kena la bincang mana yang patut.Lagipun Danial kan satu group dengan Lisa.”ngomel Lisa.

   Danial Tengku Shahran merupakan pelajar lelaki paling popular dalam fakulti perubatan.Boleh dikatakan dia mempunyai pakej yang lengkap. Bijak,kaya dan handsome.Memang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan dan dicemburui oleh kebanyakan pelajar lelaki.Danial terkenal dengan sikapnya yang agak playboy namun entah macam mana Lisa boleh tahan dengan perangainya itu.

    “ Aish,takkanlah buat discussion sampai pukul 1 pagi. Syita ni bukan ape tau.Syita cuma risau je.Kan sekarang banyak kes-kes negative berlaku melibatkan remaja sekarang ni.Syita cuma nak ingatkan Lisa tak elok keluar dengan lelaki bukan muhrim.Boleh timbul fitnah nanti.Lelaki dan perempuan ni tak boleh duduk berdua-duaan,nanti yang ketiganya…”

    “ Syaitan kan??” sampuk Lisa. “Haha..Lisa tahu la Cik Syita sayang!.Danial baik ape.Dia tak pernah ambil kesempatan tau.Lisa tahu dia boleh jaga Lisa. Don’t worry ok honey!” kata Lisa sambil tangannya mencubit hidung mancung Masyitah. “ Tapi dah banyak kali kan Syita cakap even keluar je pun dah dikira salah tau.Tambah-tambah pula hanya korang berdua je.Risau Syita tau.Lelaki ni selagi belum sah jadi suami kita selagi itu tidak boleh dipercayai sangat.Ingat tu Lisa.”
“Yela mak cik…” balas Lisa sambil kakinya menuju ke bilik air.

    Begitulah akrabnya dua orang sahabat itu.Walaupun boleh dikatakan perangai mereka berbeza seperti langit dan bumi,tetapi mereka masih boleh menjadi teman rapat.Lisa tidak pernah marah dengan teguran dan bebelan daripada Masyitah malahan dia rasa sangat bersyukur kerana mempunyai seorang teman yang begitu mengambil berat tentang dirinya.Cara Masyitah menegurnya sangat lembut dan mudah diterima. Namun hatinya masih keras untuk berubah dan terasa amat sayang untuk melepaskan segala-galanya terutamanya Danial. Dia tahu benda itu salah tetapi dia rasa belum bersedia untuk menjadi Lisa yang baru.

   Disebabkan keakraban itu jugalah,Masyitah rasa bertanggungjawab untuk mengubah cara hidup Lisa yang suka bersosial. Tetapi Lisa masih mempunyai prinsip yang dia tidak akan pernah menjejakkan kaki ke pusat-pusat hiburan dan tidak akan sesekali meneguk air kencing syaitan iaitu arak.Dia tidak mahu menjadi seperti segelintir kawan-kawannya.Sejahil-jahil Lisa, dia masih tahu halal dan haram.  Cuma yang menjadi kerisauan Masyitah macam mana dia nak pastikan supaya Lisa tidak terlalu berkepit dengan Danial. Dia tidak mahu Lisa hanyut dengan hubungan cinta yang tidak ada nilainya di sisi ALLAH.  “Isu couple memang sangat susah dibendung.”ngomel hati kecilnya. Banyak juga nasihat yang diberikan tetapi kebanyakannya seperti masuk ke telinga kiri keluar ke telinga kanan..Namun itu tidak pernah mematahkan semangat Masyitah untuk terus menasihati Lisa.

  
                                       *****

        Masyitah teringat kata-kata seorang murabbi dalam program yang dihadirinya dua hari yang lepas. Masa Rasulullah berdakwah dahulu, 13 tahun pertamanya adalah untuk menekankan perkara tauhid iaitu untuk memantapkan akidah umatnya.Apabila sudah mantap barulah ALLAH turunkan pasal hukum-hukum feqah.Cuba kita tengok zaman Sumayyah.Masa itu belum ada lagi perintah untuk menutup aurat tetapi disebabkan keyakinan dan keimannya kepada ALLAH,dia dijanjikan syurga oleh ALLAH setelah kematiannya..Nak cakap kat sini,konsep tauhid itu yang paling penting..” 

   “Sekarang baru aku faham..Aku kena sentuh hati Lisa dengan hal-hal berkaitan dengan iman dan Islam dahulu..apabila dia faham, secara automatik dia dapat nilai sendiri mana yang betul dan mana yang salah..Aku kena ajak dia…Kali ni kau kena kuat Syita.Dah terlalu lama masa yang kau ambil untuk kau mendapatkan kekuatan untuk ajak dia..” ngomel hati kecilnya dengan riak muka yang penuh semangat. Ya ALLAH,kuatkanlah hati hamba-Mu ini dan bukakanlah pintu hati Lisa…AMIN..
                     
                                   *****

      Sudah menjadi kebiasaan setiap dua minggu, Masyitah dan Lisa akan keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Lisa suka memasak dan sangat jarang makan di luar kerana baginya memasak sendiri lebih memenuhi selera dan terjamin kebersihannya. Pada mulanya Masyitah agak pelik kenapa anak orang kaya seperti Lisa suka memasak.Kalau beli je kat kedai kan lebih senang..Tetapi Lisa ni lain sedikit orangnya.Dia memang suka memasak dan memasak memang sudah menjadi kegilaannya.Pantang ada resepi baru mesti mahu dicubanya. Dan hampir semua sentuhan tangannya sedap.Yang untungnya cik Masyitah lah,tukang kritik dan tukang makan.  Setelah selesai membeli apa yang patut,mereka singgah di sebuah kafe  untuk makan tengah hari. Disebabkan terlalu lapar kerana tidak sempat bersarapan pagi tadi,terpaksalah mereka makan tengah hari di kafe itu.

     “ Ini peluang kau!! Come on Syita..Just ask her..Belum cuba belum tahu!!”bisik hati Masyitah..Dengan kekuatan yang diberikan ALLAH,Masyitah membuka bicara setelah kedua-duanya membisu untuk waktu yang agak lama kerana Lisa asyik dengan I-phonenya.

   “ Lisa,Lisa pernah dengar kan pasal usrah?” tanya Masyitah sambil mulutnya menyuap spaghetti bolognaise kegemarannya.

    “ Owh,usrah.Macam pernah dengar.Bukan ke usrah tu yang selalu Syita pergi tiap-tiap minggu??” “A’ah.Yang tu lah.Lisa rasa usrah itu ape?”pertanyaan itu sengaja ditanya untuk menarik minat Lisa.

     “Hmm..ntahla.Kelas mengaji kot.Sebab Lisa selalu je Nampak Syita bawa tafsir al-Quran setiap kali pergi.” jawab Lisa ringkas.

    “ Jawapan Lisa tu tak salah tapi tak tepat lagi.hehe.Lau Lisa nak tahu,usrah tu sebenarnya maksudnya keluarga.Dalam usrah itu sendiri akan ada beberapa orang adik-beradik usrah dan seorang naqibah atau murabbi.Naqibah tu adalah kakak yang handle usrah ni.Dan untuk pengetahuan Lisa naqibah Syita sendiri adalah seorang doktor kat Hospital Serdang.Dia sangat best.Sebab ni lah Syita nak ajak Lisa join sekali sebab benda ni memang kita perlukan dan tak rugi pun lau Lisa join.At least,dalam seminggu,jiwa kita terisi juga dengan benda-benda kerohanian macam ni.Dan untuk pengetahuan Lisa jugak dalam usrah itu sendiri ada tiga elemen iaitu tilawah, tadabbur  iaitu membaca terjemahan al-quran dan ta’lim (mengajar)..Semua ini untuk mendidik hati kita.Insya-ALLAH.. Tetapi yang itu berdasarkan usrah Syitah la.Mungkin usrah orang lain berbeza sedikit cara pengisiannya…” 

    “Bunyi macam menarik.Tapi Lisa kena fikir dulu lah Syita.Lisa takut tak bersedia dan tak boleh bagi komitmen nanti.Just pray for me ok?” jawab Lisa.

   “Ok lah lau macam tu..Take your  time.Tapi Syita tak nak dengar alasan Lisa tak bersedia..Nak tunggu sampai bila Lisa.Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila kita dah bersedia.Ntah-ntah sebenarnya Lisa dah bersedia cuma you just deny it. And Syita ajak Lisa ni sebab Syita sayang Lisa kerana ALLAH..Syita nak sangat Lisa rasa apa yang Syita rasa sekarang. Sebab Lisa pun tahu kan Syita dulu macam mana.Syita pernah macam Lisa dulu..” kata Masyitah dengan nada yang agak sebak.

   “ Ok…Insya-ALLAH..” jawab Lisa dengan senyuman di bibirnya.Ringkas,tetapi sangat bermakna jawapan itu buat Masyitah. Bukan mudah untuknya mengeluarkan topik tentang usrah.  Agak lama masa yang diambil oleh Masyitah untuk berbicara tentang topik itu.Dia cuma takut kalau Lisa tidak suka dan mempunyai salah faham tentang usrah.Alhamdulillah reaksi Lisa nampaknya positif. Sekarang dia hanya mampu berdoa kepada ALLAH semoga dibukakan pintu hati sahabatnya itu.


                            *****

    Sudah hampir tiga hari Lisa memikirkan tentang ajakan Masyitah. “Mungkin ini masanya!!” ngomel Lisa sendirian.Sebenarnya sudah lama Lisa menantikan ajakan Masyitah itu kerana dia juga berkeinginan untuk berubah seperti Masyitah. “Masyitah pun boleh berubah,kenapa tidak aku?” Lisa bermonolog sendirian. Memang tidak dapat dinafikan Masyitah yang dikenalinya sekarang tidak seperti Masyitah yang dikenalinya dahulu sewaktu baru beberapa bulan berada di Universiti Malaya. Dahulu,penampilan Masyitah cukup berbeza dengan sekarang.

    Walaupun sudah bertudung,tetapi jeans dan baju t-shirt sendat sentiasa menjadi pilihannya.Melepak dengan budak-budak lelaki itu perkara biasa baginya. Tudung pula tidak pernah menutup dada,sekadar menutup kepala sahaja. Tetapi lama-kelamaan Lisa perasan dengan perubahan yang berlaku dalam diri Masyitah. Memang perubahan itu tidak berlaku secara drastik tetapi berterusan.Tengoklah sekarang Masyitah telah berubah secara total. Dari segi pemakaian,percakapan dan pergaulan. No more jeans,short t-shirts and mini tudung..Sekarang yang menjadi pilihan Masyitah adalah bertudung menutup dada dan memenuhi syarak,baju yang longgar dan labuh,berstoking dan memakai sarung lengan sampai menutupi pergelangan tangan dan lebih gemar memakai skirt labuh berbanding seluar walaupun seluar itu tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk. Dan boleh dikatakan tafsir al-Quran selalu bersamanya walau ke mana sahaja dia pergi.

    Lisa selalu tertanya-tanya macam mana dia boleh berubah.Dan jawapan Masyitah selalu sama. “Ini semua dengan izin ALLAH.If Lisa nak tahu,jomlah ikut Syita join usrah.” Pada masa itu hati Lisa belum tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang usrah kerana dia belum rasa kepentingannya lagi.Dia juga sangat-sangat tidak bersedia lagi untuk berubah.Sekadar ingin tahu..Tetapi Masyitah tidak pernah putus-putus untuk berkongsi apa yang dia dapat semasa usrah.Walaupun kadang-kadang dia tahu Lisa hanya mendengarnya sekadar mahu menjaga hatinya sebagai seorang sahabat.Bukan betul-betul mahu mengetahui dan memahaminya dan kebanyakannya tidak terkesan langsung di hati Lisa.

   Namun entah kenapa ajakan Masyitah kali ini dirasakan cukup ikhlas dan bersungguh-sungguh.Lisa tahu Masyitah tidak pernah berputus asa untuk mengajaknya mengikuti usrah.Mungkin Masyitah mahu Lisa juga rasa ketenangan yang dia rasa sekarang dan mahu dirinya juga sama-sama berubah. Dia tahu Lisa sedang mencari sesuatu sama seperti dirinya dahulu.Setelah mendapat tarbiah melalui usrah,baru Masyitah sedar akan matlamat hidupnya yang sebenar. Dia mahu Lisa juga mengetahui matlamat itu..Masih belum terlambat..

    Tiba-tiba Lisa teringat tentang  petikan ceramah daripada seorang ustaz yang didengarnya melalui sebuah stesen radio. 

   “ Hidup kita di dunia ni hanya sementara.Saya ulangi hanya sementara.Kenapa kita mahu sia-siakan akhirat yang kekal abadi untuk dunia yang sementara,iaitu persinggahan semata-mata. Apa yang kalian takutkan? Takut untuk meninggalkan semua benda keduniaan yang tidak ada nilainya di sisi ALLAH? Janganlah kamu menjadi seperti buih,dijentik terus pecah.Rasulullah S.A.W telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya :


   “Kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang lapar mengerumuni hidangan.”
   Sahabat-sahabat bertanya, “ Apakah ketika itu bilangan kami sedikit Ya Rasulullah?”
   Rasulullah S.A.W menjawab, “ Tidak,bahkan kamu ramai,tetapi kamu seperti buih di lautan.Kamu telah diserang penyakit wahn.”
   Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
   “ Cinta akan dunia dan takut akan mati.”



  
   “ Come on Lisa.Nak berubah tak boleh tangguh-tangguh.Aku tahu cara hidup aku sekarang tidak betul-betul memenuhi tuntutan Islam.Aku mengaku Islam tapi aku tak buat pun ape yang sepatutnya seorang Muslim itu buat. Tengok jelah cara aku berpakaian,dah tak dapat dibezakan aku ni Islam ke bukan Islam.Aku dan diorang sama je.Tak de beza pun…Ya ALLAH,kuatkanlah hati hambaMu ini,sesungguhnya aku betul-betul mahu berubah.Bimbinglah aku Ya ALLAH. Aku tidak mahu bertangguh lagi. Aku takut dengan kata-kata Masyitah tempoh hari…

   “Nak berubah ni tak boleh la bertangguh-tangguh.Once kita tahu benda tu salah,kita kena terus tinggalkan dan bertaubat.Ingat,kematian itu tidak boleh ditangguh dan kita tak tahu bila ajal kita.Macam mana kalau nyawa kita ditarik dahulu sebelum kita sempat bertaubat?? Nauzubillah..” Tanpa sedar,Lisa menitiskan air matanya..Dia mahu berubah,dia mahu redha ALLAH,dia mahu syurga ALLAH..Dia tahu itu bukan senang,tapi dia akan berusaha..Masih belum terlambat…Akhirnya dia lena dengan titisan air matanya.
                            
                            *****

    Kuliah hari ini tamat lebih awal daripada biasa.Seperti biasa,pantang ada kelapangan waktu,pasti Masyitah dan Lisa akan ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.Maklum sahajalah jurusan perubatan ini sangat sibuk dan setiap masa yang terluang perlu diisi dengan hal-hal yang berkaitan dengan subjek perubatan. Masa itu dikatakan lebih berharga daripada emas.

   Sudah menjadi kebiasaan,sebelum memulakan aktiviti mengulangkaji pelajaran,

Masyitah akan membaca satu helai muka surat al-Quran beserta terjemahannya sekali. Lisa selalu memerhatikan tindakan Masyitah tetapi dia lebih selesa untuk berdiam diri dan tidak bertanya apa-apa.Walaupun kadang-kadang hatinya cukup kagum dengan Masyitah.Al-Quran sentiasa menjadi penemannya walau ke mana sahaja dia berada.Pernah sekali ditanya,dan jawapan Masyitah ringkas sahaja. “Bila baca al-Quran ni hati Syita jadi tenang sangat-sangat.”

   " Dengan hanya mengingati ALLAH hati menjadi tenang.."

   “
Tenang?tenang yang macam mana?? Aku pun setakat ni tak de lah rasa serabut sangat.Mungkin kadang-kadang terasa jiwa aku kosong.Mungkin jiwa itu yang patut aku isi dengan bacaan al-Quran..mungkin..”
 “ Lisa,nape termenung je ni??” bicara Masyitah menghentikan lamunannya..

  “Owh,tak de pape Syita..”
    Hari ini entah kenapa Lisa tertarik untuk bertanyakan Masyitah tentang rutinnya itu.Dia tertarik dengan penanda berpelekat yang berwarna-warni pada tafsir al-Quran Masyitah yang berwarna hijau epal itu.

   “Syita,apa sebenarnya penanda yang Syita lekatkan itu?? Setiap kali Syita buka tafsir tu,mesti ada je yang Syita lekatkan..”

  “ Owh,yang ni sebenarnya ayat-ayat best yang Syita rasa sangat bermakna.Sebab tu kita kena baca al-Quran beserta tafsirnya sebab banyak sangat ‘love letter’ yang ALLAH bagi untuk kita.Kalau kita baca je al-Quran tapi tak faham maksudnya dan ape sebenarnya yang ALLAH nak sampaikan kat kita,macam tak best je kan? Sebab kita tak dapat feel sangat.Sebab itu sangat-sangat digalakkan kita tilawah,then baca maksud dan aplikasi yang mana patut dalam kehidupan kita.Kan ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah..”

  “ Lisa baru teringat.Macam tiga elemen dalam usrah tu kan?”

  “ Yup,exactly.Sebab itu kita perlukan seorang naqibah supaya kita boleh tanya mane ayat-ayat yang kita tak faham sangat dan biasanya ada penceritaan di sebalik turunnya ayat-ayat itu.Maklum sahajalah ilmu kita tak banyak,sebab itu kita kena mencari Lisa..Dan sebab itu Syita ajak Lisa…..”

   Bicara mereka terhenti seketika.Masyitah melihat Lisa sedang termenung bagaikan memikirkan sesuatu.

   “Owh,alang-alang Lisa bertanya ni mari Syita tunjukkan ayat first yang Syita dapat masa pertama kali Lisa join usrah dulu .Nah,tengok ni.Dalam ayat ni, ALLAH berfirman: 


    "Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat ALLAH) dan mereka mepunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya utuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat) ALLAH.Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lengah." (7:179) 

    Tiba-tiba tanpa diduga air mata Lisa menitis.Bagaikan satu perasaan aneh menyerbu perasaannya.Entah kenapa hatinya begitu terkesan dengan maksud ayat itu walaupun secara dasarnya dia tidak begitu memahami ayat itu dengan jelas. Tangisan Lisa semakin kuat dan teresak-esak.Dia sudah tidak mempedulikan keadaan sekeliling yang memandangnya.

 “Kenapa ni Lisa??Lisa sakit ke?” tanya Masyitah dalam keadaan yang sedikit cemas. Mana tidaknya dia belum pernah lagi melihat sahabatnya itu menangis sampai begitu sekali.

  “ Lisa takut.Lisa dah banyak buat dosa..Lisa nak bertaubat..” kata Lisa dengan nada teresak-esak..

  “ Alhamdulillah Lisa.Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun.Dan hanya pada ALLAH kita memohon keampunan.Mungkin ini masa yang terbaik yang ALLAH berikan untuk Lisa berubah.Bersyukurlah Lisa kerana ALLAH masih sayangkan Lisa.Dia mahu Lisa bertaubat dan berubah..Dah dah,tak nak nangis-nangis dah.Buruk muka tu ok??” pujuk Masyitah sambil berseloroh. Sungguh, perasaan Masyitah ketika itu mahu sahaja dia sujud syukur di situ juga tanda kesyukurannya kepada ALLAH yang telah menyentuh hati sahabatnya itu untuk berubah. Terima kasih Ya ALLAH…

  ALLAH S.W.T berfirman :

    "Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiayai dirinya,kemudian dia memohon ampunan kepada ALLAH,niscaya dia akan mendapatkan ALLAH yang Maha Pengampun,Maha Penyayang."(4:110)

                                       *****

  “ Dah betul-betul nekad ke aku ni?? Kalau Syita tengok nanti tak ke terkejut? Hmm..tapi aku dah betul-betul bersedia.Tak mahu dah tangguh-tangguh lagi. Yang penting aku ikhlas nak berubah kerana ALLAH..”

   “ Lisa oh Lisa…Lambat lagi ke bersiap tu?? Dah dekat 10 minit tau Syita tunggu ni..Awak tu dah cantik la,tak perlu nak make-up tebal-tebal sangat.Lagipun tempat yang kita nak pergi ni tidak melibatkan lelaki ok?”
 bebel Masyitah sambil bergurau.

   “ Kejap,kejap.Dah siap dah ni. Final touch!!” jawab Lisa sambil tangannya mengenakan brooch berbentuk Love di bahunya. Dengan langkah perlahan dan sedikit gementar,Lisa melangkah keluar dari biliknya.

  “ Syita…” panggil Lisa dengan nada yang lembut.. Syita terus  berpaling dan tiba-tiba tas tangannya terjatuh ke lantai…

  “ Masya-ALLAH… Lisa,you look very beautiful with the hijab..” Disebabkan terlalu teruja dia terus memeluk Lisa. “Is it??” tanya Lisa dengan nada gembira. “ Betul la Lisa..Syita ikhlas tau. Pandai Lisa kenakan tudung ni dengan baju kurung ni. Sangat matching and you looked so sweet!!” puji Masyitah sambil tangannya mencubit pipi Lisa yang dari tadi kemerah-merahan kerana malu.

 “ Haha..Thank you Syita.Oh ya.Sorry ok sebab Lisa dah guna tudung Syita tanpa minta kebenaran Syita dulu..Saje je nak surprise kan Syita tadi.”
 “ Its ok la Lisa. Syita tak kisah pun. Hah,disebabkan Syita terlalu gembira hari ini,Syita hadiahkan tudung ni buat Lisa.Dan Syita  nak ajak Lisa shopping nanti.Boleh la beli baju muslimah dan tudung baru nanti..”
  “ Really?? Terima kasih Syita. Wah,tak sabar Lisa nak shopping nanti.Lisa rasa sangat bersyukur sebab dikurniakan sahabat seperti Syita.Syita lah kawan Lisa dunia dan akhirat..” kata Lisa sambil memeluk Syita dengan nada sebak. “ Dah dah..tak maulah tacing-tacing kat sini..hehe.Kita dah lambat ni.Usrahmate kita tu tak sabar-sabar nak jumpa Lisa tau.Maklumlah ahli baru la katakan…” 

   Itulah kali pertama Lisa mengikuti usrah.Sungguh dia dapat rasakan satu kelainan apabila berada dalam kalangan orang-orang yang sudah mendapat tarbiah.Cara mereka bercakap,bergurau dan bergaul sangat berlainan dengan kawan-kawannya dahulu. Mereka tidak seperti yang Lisa sangkakan pada mulanya. Lisa ingatkan mereka ini adalah orang-orang yang serius dan jika mahu bercakap perlu berhati-hati.Tetapi itu tidak benar sama sekali. Usrahmatenya rata-rata orang yang periang dan open-minded.Banyak masalah yang boleh dibincangkan sekali dengan bimbingan naqibah. Tetapi setiap hujah dan bual bicara yang dikeluarkan mesti berkaitan dengan al-Quran dan hadis. Mesti ada pengajaran daripada setiap topik yang dibincangkan.Itulah yang membuatkan Lisa kagum dengan Masyitah,usrahmatenya dan lebih-lebih lagi naqibahnya. Lisa bertekad mahu menjadi seperti mereka  suatu hati nanti.Insya ALLAH.
  
                                   *****

    Alhamdulillah sudah hampir lima bulan Lisa berada dalam environment tarbiah. Boleh dikatakan setiap aktiviti yang melibatkan dakwah dan tarbiah yang dianjurkan, dia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melibatkan diri bersama Masyitah. Boleh dikatakan perubahan yang berlaku terhadap diri Lisa menjadi bualan ramai pelajar di kampusnya.Tanpa mengambil masa yang lama Lisa boleh berubah secara total.Setinggi-tinggi syukur Lisa panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan taufik dan hidayah kepada dirinya untuk berubah.

   Sebenarnnya hidayah itu sentiasa menyapa hati-hati kita Cuma kita sendiri yang menolaknya dan buat-buat tak endah.Ini kerana perasaan wahn itu masih tidak boleh dibuang dari diri masing-masing. Perasaan yang terlampau cintakan dunia itu sangat susah dibuang. ALLAH S.W.T berfirman :

   “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keridaan-Nya.Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.” (57:20)
  
     Ada sahaja yang tertapis dari terus mengikuti usrah.Selepas dua tiga kali mengikuti usrah,ada yang terus tarik diri,tidak mahu teruskan. Tetapi Lisa bersyukur kerana dikuatkan hati oleh ALLAH untuk meneruskan usrah kerana jika nawaitu kita betul dalam mencari redha ALLAH insya ALLAH,ALLAH akan sentiasa membantu kita.

  “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..”(47:7)

   
Alhamdulillah juga,masalah couple Lisa juga telah dapat diselesaikan. Selepas tiga bulan mengikuti usrah,Lisa bertekad untuk memutuskan hubungannya yang tidak halal dengan Danial. Baru sekarang dia faham kenapa Masyitah selalu melarang hubungan mereka.Sesungguhnya ALLAH S.W.T  telah berfirman :
     “Janganlah kamu mendekati zina,(zina itu suatu perbuatan yang keji,dan satu jalan yang buruk.) ”(17:32)

    Maksudnya di sini adalah ALLAH mengatakan jangan kamu hampiri zina.Sekarang baru Lisa faham bahawa keluar berdua-duaan,sentuh tangan,bersembang macam tiada batas pergaulan adalah cabang-cabang ke arah zina. Sebab itulah dia rasakan dia perlu meninggalkan semua itu kerana cinta yang mahu diraihnya adalah cinta ILLAHI. Dan dia sudah mempunyai prinsip sekarang…sebelum nak bercinta kena mendapatkan cinta yang hakiki dahulu iaitu cinta ALLAH,yang kekal abadi.

  Lisa juga selalu teringat pesan Masyitah bahawa janji ALLAH itu pasti dan perlu diyakini. ALLAH berfirman:


   "Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)…."(24:26) 

   “ 
Jadi Lisa,nak cari suami yang soleh,kita kena lah jadi solehah dahulu..” pesan Masyitah kepadanya bersungguh-sungguh..

    Sungguh,kehidupannya sekarang jauh berbeza.Barulah dia faham dengan nikmat ketenangan yang Masyitah pernah ceritakan kepadanya dahulu. Ketenangan yang begitu mendamaikan.Dia juga mahu menjadi seperti Masyitah untuk cuba menarik kawan-kawannya yang sudah tersasar daripada matlamat hidup yang sebenar. Itu memerlukan masa dan yang paling penting dia berusaha untuk mengajak dan menyampaikan kepada kawan-kawannya juga.Hidayah itu sesungguhnya milik ALLAH semata dan dia hanya mampu untuk menyampaikan apa yang pernah Masyitah sampaikan kepadanya dahulu. Dia juga mahu mengajak kawan-kawannya sebagaimana Masyitah yang tidak pernah putus-putus mengajaknya dahulu. Insya ALLAH…


                                *****

   Setelah menunaikan solat Magrib berjemaah,seperti kebiasaannya Lisa dan Masyitah akan melakukan sesi perkongsian.Tidak kisahlah perkongsian perasaan ke,ilmu ke atau apa-apa sahaja.Kali ini giliran Lisa memulakan sesi tersebut.

  “ Lisa nak share pasal satu hadis dari hadis 40.Bila baca hadis ni, Lisa rasa hadis ni sangat best dan bermakna.Hadis ini menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
 

     "Tidak sempurna iman seseorang dia antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.. " ( hadis ke-13)



  “ Sweet kan Syita hadis ni?? Sekarang Lisa baru faham kenapa Syita sanggup lakukan apa sahaja supaya Lisa dapat kenal dan rasa nikmatnya tarbiah ini. Lisa bersyukur sangat-sangat sebab Syita tak pernah give up untuk approach Lisa sehingga Lisa menjadi seperti hari ini..Thank you so much Syita..I  love you so much because of ALLAH….” Bicara Lisa sambil tangannya erat menggenggam tangan Masyitah. Air mata kedua-dua sahabat itu menitis ke pipi tanpa disedari.

  Masyitah rasa sangat dihargai dan dia juga bersyukur kerana ALLAH permudahkan segala usahanya.Walaupun agak lama masa yang diambil,tetapi itu tidak menjadi masalah atau beban buat Masyitah kerana dia  yakin bantuan ALLAH  itu di hujung usaha..Masyitah tidak boleh berlepas tangan tanpa berbuat apa-apa.Dia tahu ALLAH memang mentakdirkan mereka untuk bersama supaya Masyitah dapat mengubah Lisa. Lisa adalah amanah yang telah ALLAH berikan kepadanya.

 
 “ Lisa tahu tak,bila Syita berkawan dengan Lisa,Syita bina hubungan ini atas dasar untuk mencari redha ALLAH.Jadi,Syita rasa bertanggungjawab untuk menjaga Lisa dan cuba menarik Lisa sekali dalam mencari redha ALLAH.Insya ALLAH…Dan Lisa perlu ingat persahabatan kita ni bkan sekadar BEST FRIEND FOREVER (BFF) tetapi kita adalah BEST FRIEND TILL JANNAH  (BFTJ)Amin..”
    Dalam linangan air mata,Lisa terus memeluk Masyitah.Erat.Rasa tidak mahu dilepaskan. Bagi Lisa, Masyitahlah sahabatnya yang sejati yang tidak boleh dicari ganti. Sekali lagi,Lisa sangat-sangat bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan seorang sahabat dunia dan akhirat buatnya…sahabat yang tidak akan pernah meninggalkannya walaupun dia berada hampir dengan jurang neraka suatu ketika dahulu.

                                 ~ THE END~


 “ Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan lalu ALLAH mempersatukan hatimu,sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan(ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka,lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah, ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” ( Ali Imran 3:103)

              ~HAK CIPTA TERPELIHARA BY SITI FARAH AIMAN~

Saturday 28 July 2012

AKU TERKESAN..KAMU??

Assalamualaikum w.b.t.. 



  Hari ini Farah nak share satu benda. Nak dengar tak satu cerita ni? Sebelum itu sediakan hati untuk menerimanya supaya kita sama-sama boleh muhasabah diri. Insya Allah.

  Al kisahnya bermula...

  Pada suatu hari, Miss X yang merupakan seorang pelajar yang sangat femes dan vavavoom di Kolej Tunas Bangsa ( nama kolej hanya rekaan tiada kaitan dengan yang hidup atau mati ) terasa insaf setelah terjumpa dan membaca diari teman sekuliahnya yang sentiasa dipinggir oleh rakan-akan sekuliahnya yang lain. Nak tau kenapa??

   Satu muka diari tersebut,tertulis.....

Rabu,19 Mac 2012

Aku nak jadi seperti orang lain,
ada walkman,ada i pad,ada handphone,ada pakwe!
tapi aku takut...
aku takut aku akan jadi lalai,lupa dan leka!

Aku nak sangat berhibur...
bukannya banyak tapi sikit jerr,
sekali sekala pegi cinema dkat Mid Valley,
menari riang..tapi bukan kat disko,
juz dalam bilik sendiri...
Tapi aku takut...
daripada sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Aku nak beli laptop,nak pasang internet..
nak chatting dan ada ramai kawan,
nak tahu banyak pasal hal dunia,
pasal artis2 yang menjadi kegilaan skrg lebih2 lagi K-pop,
tapi aku takut...
cintaku apda dunia bertambah dan kasihku pada akhirat berkurang!
Aku nak juga ada buah hati,terasa disayangi.
dating dekat I-city,
makan-makan dekat Restoran Ayam Penyet (sedap tu!) 
atau paling cikai pun kat cafe kolej,
tapi aku takut...
cintaku padanya melebihi cintaku kepada Allah!
Aku nak juga rasa muda berpanjangan,
kerana muda di dunia hanya sekali.
Tapi aku takut...
ia akan dipersoalkan..
dan dihitung di akhirat kelak..
dan aku terhumban ke dalam api neraka! 
Gulp!
Nauzubillah!

Aku terfikir, 
alangkah baiknya kalau aku jadi burung ( bukan angry bird ok!)...
tak mahu itu dan ini...

Tapi aku terfikir pula,mengapa aku inginkan semua itu?
Sedangkan Allah telah memberikan nikmat yang amat cukup,
dan sangat-sangat patut disyukuri!
Dengan penuh sabar dan taat!
Ketahanan dan keimanan..
Allah..aku takut...aku takut...jika nikmat itu ditarik dan dihisabkan..


Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan hambamu yang hina dan kerdil ini,
Yang tidak reti bersyukur dengan nikmat..
IMAN,
ISLAM,
PANCAINDERA YANG CUKUP,
KESIHATAN,
NYAWA,
dan banyak lagi...

Sungguh tidak terhitung nikmat yang telah Kau berikan kepadaku!

Aku bersyukur atas segalanya..
Terima kasih Ya Allah..
Engkaulah segalanya bagiku..

                           
                          

p/s : Semoga kalian yang membaca terkesan..Insya Allah sama2 lah kita berusaha untuk berubah..selagi peluang dan masa itu ada..selagi belum terlambat...Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Friday 27 July 2012

~HADIRNYA TANPA DIUNDANG~

 Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.


       Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia ada  lah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta.


     Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai.


     Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti 'dating', perbualan telefon maraton dan surat cinta.


     Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah.


     Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.


     Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata.


      Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.


       Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.


*copy and paste~

Sunday 22 July 2012

KITA TAK TAHU OR MEMANG TAK NAK PEDULI?

       Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar iman anda semua hari ini?Semoga semakin bertambah dan kehidupan yang dilalui sehari-hari mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Amin. Hmm..sebenarnya entry kali ni Farah rasa tertarik nak tulis pasal isu umat Islam sekarang. Terutamanya di negara-negara Islam yang sedang bergolak dan tidak aman seperti Syria dan Palestin. Bukan apa tadi dalam berita ada cakap bahawa kedutaan Malaysia di Syria akan ditutup dan semua pelajar di Syria disarankan supaya pulang ke Malaysia. Farah tidak tahu juga sejauh mana kesahihannya tetapi kalau betullah berita itu,maksudnya Syria memang sudah berada pada tahap yang sangat bahaya.

     Korang tahu kan yang Syria itu merupakan negara Islam? Tetapi disebabkan pemimpinnya yang sangat kejam rakyatnya yang tidak berdosa menjadi mangsa terutamanya kanak-kanak dan wanita. Korang semua tahu tak sape presidennya? Bashar al-Assad ! Yang mengaku dirinya Tuhan dan memaksa rakyatnya menyembahnya sebagai Tuhan..Masya Allah.

   Sebab apa Farah sentuh pasal isu ni? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang konflik Syria merupakan kezaliman pemimpin terhadap rakyatnya. Tapi kita kena peduli sebab mereka yang teraniaya itu adalah saudara kita. Saudara seakidah kita iaitu ISLAM. Sama juga halnya dengan isu Palestin.Berapa ramai je antara kita yang peka dan peduli tentang rakyat Palestin? Tepuk dada tanya iman.
 
      Hmm..korang pernah dengar tak pasal Global March to Jerusalem? Ia merupakan satu gerakan yang menggabungkan NGO-NGO seluruh dunia dan masyarakat untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan rakyat Palestin yang sudah tidak kenal erti aman dan damai semenjak pendudukan haram Israel pada tahun 1948. 






  Subhanallah tempoh yang sangat lama. Tapi kita tak pernah peduli tentang semua2 itu. Sebab kita rasakan yang itu hanya isu negara mereka bukannya negara kita. Itu tidak betul sama sekali. Sekarang ia adalah mengenai isu umat Islam yang melibatkan saudara kita sendiri.Sedarlah bahawa kekuatan umat Islam itu adalah pada ukhuwah dan ikatan akidah. Tapi kalau isu saudara seakidah kita sendiri pun kita tak nak ambil peduli,macam mana Islam akan menang?                                                   



      Hmm..korang terlepas Global March ari tu dan rasa macam seperti loser je? Korang mahu membuat sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat? Korang rasa  korang tidak mahu lagi hari-hari korang yang sangat precious bak intan berlian itu dihabiskan dengan  aktiviti-aktiviti yang tidak memberi faedah langsung seperti aktiviti lepak lek lu atau menonton wayang yang menghabiskan duit itu?   Nah,sekarang terimalah serangan bazooka dan mesingan daripada Farah pula. Selama ini anda tidak pernah peduli akan nasib saudara-saudara seIslam kita di Palestin dan Syria itu? Selama ini yang paling bagus anda lakukan adalah menderma seringgit dua pada tabung keamanan dan mendoakan mereka sekali sekala sahaja,itu pun semasa imam solat Jumaat membacakan Qunuut Nazilah?

     
      Tidak takutkah korang jika di akhirat nanti saudara-saudara kita di Palestin dan Syria akan menyoal dan mendakwa kita ,apakah yang telah kita buat selama kita hidup di dunia ini utk membantu saudara seaqidah kita yang saban hari dizalimi oleh Zionis dan kafir laknatullah? Jangan khuatir atau mengalirkan air mata bercucuran lagi! Anda masih ada peluang untuk menebusnya.
    Walaupun kemungkinan besar dengan melibatkan diri sepenuh hati,jiwa,raga dan mungkin juga bakul,tidak dapat menyelesaikan masalah di Palestin,Syria dan lain-lain,namun siapa tahu dengan doa-doa yang kita lafazkan dan takbir yang kita laungkan itu semua dapat memberikan semangat dan tenaga kepada pejuang-pejuang di sana yang ala-ala lepas minum Kerbau Merah?    Dan siapa tahu dengan penyertaan kita ini ia bakal menjadi hujah untuk kita melepaskan diri kita apabila ditanya oleh saudara kita yang  telah dizalimi,ditindas dan diseksa dengan kejamnya oleh manusia yg  tidak berperikemanusiaan ,di mahkamah Allah kelak? GULP! Ayuh...!!     Ini bukan perjuangan rakyat Palestin dan Syria sahaja! Ini bukan tanggungjawab badan-badan kebajikan sahaja! Ini perjuangan UMMAH! Ini perjuangan mempertahankan akidah! Dan perjuangan ini tidak akan berakhir selagi tanah-tanah air  yang mempunyai manusia yang mengucapkan ' La ilaha illallah' tidal terlepas daripada cengkaman kuffar! Perjuangan ini tidak akan berakhir selagi umat Islam tidak terislah dan tidak bersatu.   Islam pasti akan menang! Itu janji Allah. Tapi apa peranan kita dalam mencapai kemenangan itu? Adakah kita mahu menjadi orang yang cakap " ADA AKU KESAH?" atau tukang sorak atau orang yang berjuang? Fikir-fikirkanlah. Kembalilah kepada Islam secara keseluruhannya dan jadikan Islan itu sebagai cara hidup bukannya mengambil cara hidup orang Barat atau orang bukan Islam!    Akhir sekali,Farah minta maaf jika tulisan Farah kali ni agak harsh atau menyinggung hati sesiapa. Farah cuma mahu kita sedar yang kita perlu peduli. PEDULI UMMAH! Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Sesiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum Muslimin,maka dia bukan daripada golongan mereka.”
    P/S : kredit to Atin,Iqa,Ainin,Lina,Ayu,Aisyah,Nadia dan semua2 yang terlibat dalam Islamic Awareness Week di KTT. Pengalaman yang sangat bermakna buat Farah kerana dari situlah Farah sedar kan isu ummah sekarang. Jazakillahu khair ya ukhti! Ayat-ayat dalam pamplet tu Farah dah share dalam blog ni..:)


                                        ~ Kenangan Terindah~

Saturday 21 July 2012

~MEDIC AND ME??~

 Assalamualaikum w.b.t. Macam mana dengan puasa hari ni? Mesti semua tengah bersemangat maklumlah hari pertama puasa. Macam mana pula dengan amalan sepanjang hari ini? Tilawah,qiam,solat sunat etc dah start buat? Insya Allah same2 lah kita berusaha dalam mengejar redha Allah.Dan make sure kena istiqamah..biar sedikit tetapi berterusan.Hmm...sebenarnya Farah rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah memberikan peluang untuk Farah puasa sebulan kat rumah pada tahun ni. Bukan itu sahaja,tapi Allah juga bagi Farah peluang untuk beraya dengan family juga pada tahun ini.Insya Allah..:)

    Alhamdulillah officially Farah akan fly ke India pada 26 Ogos 2012. Insya Allah. Masa pre departure hari tu memang rasa nervous sangat sebab nak tahu tarikh fly. Mula-mula tu memang dah sure sangat yang Farah akan fly end of July iaitu sebelum raya. Sebab biasanya senior Farah yang sama universiti dengan Farah akan fly pada bulan 7. Kata senior,kelas dah start dah awal bulan Ogos. Tapi Allah itu Maha Berkuasa. Kita hanya merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.


     Apabila Farah buka fail yang diberikan,memang terkejut sangat-sangat. Sebab dalam kertas tu tertulis agenda penerbangan kitaorang. Macam tak percaya sebab dalam kertas tu tulis tarikh fly pada 26 Ogos,bukannya 26 July. Masa tu macam-macam benda bermain di fikiran. Yela mana tahu silap taip,sebab tu tak boleh mengharap sangat. Farah dan kawan siap check lagi tarikh 2 match tak dgan hari yang ditetapkan. Yes betul! 26 Ogos adalah pada hari Ahad dan 26 July adalah hari Khamis. Harapan semakin menjadi realiti. But have to wait until it is officially be announced by JPA. Dan alhamdulillah itu adalah betul.Syukur sangat-sangat. Rasa nak sujud syukur kat hall tu je..:)



     Actually sebenarnya ramai yang fly after raya. Dalam 53 orang. Memang sesak la KLIA nanti sebab tarikh fly adalah sama.Cuma waktu sahaja berlainan. Ape pun buat sahabat-sahabat yang bakal fly sebelum raya,dun get sad.Insya Allah semua itu ada hikmahnya.Allah telah memberikan yang terbaik untuk kita. Maybe sekarang kita belum nampak hikmah itu.:)

    Korang mesti nak tahu kat mane Farah akan further study nanti kan? Insya Allah Farah akan 
memulakan pengajian dalam bidang perubatan di Krishna Institute of Medical Sciences,Karad.

    Cuba teka agak-agak berapa lama Farah akan study kat sane? 66 bulan or lbh kurang 5 tahun setengah. Lama kan? Maksudnya Farah akan grad pada usia 26 tahun. Insya Allah.

   Kawan-kawan Farah yang lain asenya ada yang dah kahwin masa tu.hehe. Biasalah,medik mmg satu pengajian yang lama. Doakanlah supaya Farah sentiasa lulus untuk setiap exam. Lau boleh tak nak lah repeat sebab nanti bertambah lama la Farah kena stay kat sane.Ya ALLAH,
permudahkanlah segala urusanku dan urusan sahabat-sahabatku ini. Amin.:)

   Nah,kat bawah ni Farah sertakan a few of pictures about my college. Kebanyakannya diambil daripada senior-senior yang tersayang..



      ~Entrance of the college..maybe?~

       ~the buildings~


 ~Main hall~
 ~classroom~
 ~hostel~


      BOOKS?? oh,apabila melihat timbunan buku-buku ini Farah ase cuak sangat-sangat. Boleh ke Farah hadapi semua ni? Boleh ke Farah berjaya nanti? Dapat ke Farah genggam ijazah kedoktoran nanti? Macam2 bermain di fikiran... Tapi semua itu tak perlu dibimbangkan sangat sebab Allah kan ada. Apa-apa pun kita kena minta pertolongan dengan Allah. Pergantungan kepada Allah sangatlah penting. Insya Allah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah,Allah pasti akan menjaga kita dalam segala sudut. Mungkin akan ada jalan yang pahit dan genting yang bakal ditempuh,tetapi Farah kena bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Insya Allah Farah bersedia dan kuat untuk hadapi semua itu. Allah berfirman dalam al-Quran :



   
 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai   dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah 2:286)



          Perjalanan ini masih jauh. Semoga Farah dapat bertahan di jalan ini. Jalan untuk menggenggam segulung ijazah kedoktoran. Farah mahu menjadi seorang doktor yang bukan sahaja merawat pesakit,tetapi merawat ummah itu sendiri. Tanggungjawab ini semakin berat. Dakwah! Ya,itu adalah tujuannya. Berdakwah kerana Allah dan RasulNya. Ya Allah jadikanlah kerjayaku ini kelak sebagai satu medan dakwah untuk membantu merawat umat Islam yang sedang sakit sekarang. Iaitu sakit dari segi akhlak dan akidahnya.Insya Allah. Amin.




    

Friday 20 July 2012

IKTILAT..PERLU KE DIBUAT MAIN-MAIN??

Assalamualaikum w.b.t..

   Seperti yang dijanjikan,Farah akan cuba pula untuk share tentang iktilat. Insya Allah..Sebenarnya benda ini tidak boleh dipandang remeh. Ok,here we go..

  Maksud iktilat ialah :

  
Pergaulan atau percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.

Menurut ajaran Islam, prinsip asas interaksi antara lelaki dan perempuan adalah terpisah.  Ini bermakna, di dalam seluruh aspek kehidupan dan di semua tempat samada  di tempat khusus ataupun di tempat umum, interaksi antara lelaki dan perempuan secara umumnya adalah dilarang.  Banyak dalil yang menunjukkan hukum pemisahan antara dua jantina ini, dan banyak hadis yang menjelaskan hukum berkaitan hal ini samada ada di tempat umum mahupun khusus (seperti di rumah dsb):

Abu Dawud telah meriwayatkan hadis-hadis seperti di bawah:

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan, ( yang paling jauh dari barisan wanita) dan barisan yang paling baik untuk wanita adalah di barisan belakang dan yang terburuk adalah di hadapan (paling hampir dengan barisan lelaki)." [HR Abu Dawud]
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam melihat  kaum lelaki dan perempuan di luar masjid bergerak bersebelahan antara satu sama lain.  Beliau (Sallallahu Alaihi wa Sallam) menahan kaum perempuan lalu berkata, Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan ini, adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi dinding." [HR Abu Dawud]

Di dalam Sunan Abu Dawud, muka surat 284, Hadis No 4931, diriwayatkan dengan kebenaran Saidatina Aisha Radiallahu anha, beliau berkata: "Aku selalu bermain dengan teman-temanku dan tatkala Rasulullah masuk, mereka(teman-temanku) akan pergi dan apabila beliau(Sallallahu Alaihi wa Sallam) keluar, mereka akan kembali semula."

Di dalam Sunan Abu Dawud , Hadis No. 4933, diriwayatkan bahawa Aishah Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuh tahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan  apabila aku berpindah ke Madinah, segolongan wanita mempersiapkan ku untuk majlis perkahwinan ku dan tidak pernah  sekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita.  Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah dan kemudian kami masuk ke rumah."

Di dalam Sunan Abu Dawud Vol. 4, muka surat 370, Hadis No. 5273, diriwayatkan dengan kebenaran Nafih bahawa Muhammad Sallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud]

Ini bermakna, secara umumnya umat Islam perlu mengelakkan dari membuat sebarang hubungan dengan pihak yang berlainan jantina, sama ada dengan sesama Muslim ataupun bukan Muslim. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian ke atas aturan umum ini, di mana percampuran atau interaksi di antara lelaki dan wanita dibenarkan dalam beberapa keadaan.

Sebagai contoh, adalah dibenarkan bagi lelaki dan wanita yang mahram antara satu sama lain untuk bergaul dengan bebas untuk sebarang tujuan yang dibenarkan Islam.  Begitu juga, terdapat keadaan tertentu dimana di benarkan bagi lelaki bukan mahram dan seorang perempuan untuk berinteraksi, umpamanya bagi tujuan dakwah (mengajak kepada Islam).  Walaubagaimanapun, jenis pergaulan yang dibenarkan pada keadaan ini, bukanlah bebas, dan ianya terhad mengikut aturan dan batasan-batasan tertentu yang dibenarkan oleh Syara'.  Kaum Muslim hendaklah memahami akan hukum-hakam dan batasan ini, sebelum terlibat dalam pergaulan atau  interaksi itu tadi.

~Hukum-hakam yang berkaitan dengan pergaulan juga adalah berbeza mengikut  tempat di mana pergaulan itu berlaku~
Dalam sesebuah masyarakat Islam, terdapat dua keadaan atau tempat di mana lelaki dan wanita berhimpun antara satu sama lain, yang mana penjelasannya agak berbeza dari segi hukum yang berkaitan dengannya.  Sifat interaksi di antara manusia di dalamnya mungkin melibatkan percampuran diantara lelaki sahaja, wanita sahaja, dan diantara kedua-dua lelaki dan wanita.  Ini adalah:

Tempat umum - Ini melibatkan tempat atau kawasan di mana sesiapa sahaja boleh berada di tempat itu tanpa perlu keizinan iaitu masjid-masjid, jalanan, lorong-lorong dan sebagainya.

Tempat khusus - Ini melibatkan tempat atau kawasan di mana keizinan adalah diperlukan sebelum seseorang memasukinya, seperti  rumah.  Di tempat sebegini, adalah dilarang dari memasuki tanpa keizinan pemiliknya, meskipun hanya untuk menjenguk apa yang ada didalamnya.  Sahl ibnu Sa'ad meriwayatkan, "Seorang lelaki mengintai melalui sebuah lubang yang menembusi rumah Rasulullah ketika baginda sedang menggaru kepalanya menggunakan sikat besi kepunyaannya. Beliau(Sallallahu Alaihi wa Sallam) berkata, " seandainya aku sedar kamu sedang mengintai melalui lubang itu, akan aku cucuk matamu dengan sikat ini.  Sesungguhnya, arahan untuk meminta kebenaran bagi memasuki rumah yang berpenghuni telah dikaitkan dengan kisah ini (iaitu seseorang tidak sepatutnya melihat keadaan orang lain tanpa kebenaran)." [Riwayat Bukhari] 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.  Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat.  Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin.  Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali sajalah", maka hendaklah kamu kembali.  Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [TMQ An Nur:27-28]

Dari ayat ini dapat disimpulkan bahawa tempat yang dianggap seperti  rumah dan di namakan tempat khusus adalah satu kawasan di mana tiada seorang pun dari luar yang boleh memasukinya kecuali dengan keizinan.  Di tempat seperti ini, wanita mempunyai hukum khusus, iaitu dinamakan sebagai hukum dalam kehidupan khusus. Ia merujuk kepada tempat yang dianggap rumah atau tempat tinggal. Ia dibandingkan melalui analogi iaitu tempat-tempat yang tidak dibuka untuk orang awam atau kawasan-kawasan yang mana tidak ada sesiapa dibenarkan memasukinya kecuali setelah mendapat keizinan. Walaubagaimanapun, jika tempat-tempat itu boleh dilihat oleh orang luar contohnya kerana ia diperbuat dari kaca lutsinar, yang mana isinya terdedah kepada umum, maka ia dianggap sebagai tempat umum. Begitu juga dengan tempat-tempat yang terbuka kepada orang umum, yang mana sesiapa yang mempunyai permasalahan atau urusan boleh memasukinya tanpa keizinan, seperti pejabat-pejabat adalah tertakluk kepada hukum dalam kehidupan umum.

Islam menjelaskan hukum-hakam yang mengatur hubungan  di antara lelaki dan wanita di setiap jenis keadaan ini. 

Kehidupan Khusus (Hayat al-khassah)

Ini meliputi pergaulan manusia apabila berada di tempat khusus.  Hukumnya di sini adalah percampuran (ikhtilath) antara lelaki dan wanita bukan mahram, secara umumnya adalah dilarang.  Namun begitu, Syara' membolehkan percampuran berlaku di dalam sesuatu keadaan yang tertentu.  Di dalam semua keadaan tersebut, seorang wanita tidak dibenarkan berkhalwat(bersunyi-sunyian) dengan seorang lelaki bersendrian.  Keadaan tersebut adalah:

1) Perubatan: Adalah dibenarkan bagi lelaki dan wanita berinteraksi dengan tujuan melakukan rawatan perubatan.  Para Sahabiyah biasa merawat para Sahabat dan Rasulullah membenarkannya.

2) Dakwah: Adalah dibenarkan bagi lelaki dan perempuan untuk hadir di dalam satu kelas yang sama seandainya tujuan percampuran mereka itu adalah untuk mempelajari tentang Islam ataupun jenis ilmu  pelajaran yang lain yang dibenarkan oleh Syara'.  Adik kepada Umar Radiallahu anhu sedang diajar ilmu al Quran oleh Khabab ibnu Arrat radiallahu anhu bersama suaminya tatkala Umar masuk ke rumah mereka. Telah diriwayatkan bahawa Ummu Salamah dan Aishah Radiallahu anha juga sering melakukan dakwah ke atas lelaki dan wanita.

3) Perkahwinan:  Sekiranya seorang lelaki berkeinginan untuk memperisterikan seseorang wanita itu, adalah beliau dibenarkan untuk berbicara dengan wanita itu tentang hal peribadi wanita itu dan  berkenaan perkahwinan mereka.  Seorang lelaki telah datang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk menanyakan tentang perihal wanita yang ingin dinikahinya, dan Rasulullah menyuruh beliau pergi bertemu wanita itu, iaitu menemuinya bersama Mahramnya. 

4)  Tekanan atau kecemasan:  Dalam keadaan darurat atau berlaku kecemasan seperti gempa bumi, peperangan atau taufan, percampuran yang sepatutnya adalah dibenarkan antara lelaki dan perempuan dalam tindakan untuk menyingkirkan sebarang bahaya atau ancaman.

5) Penangkapan oleh Negara:  Dalil kepada perkara ini adalah dari Uthman dan Umar Radiallahu anhu berkata, "Wahai kaum wanita, tutupilah diri kalian, kami akan masukdan beliau memasuki rumah itu dengan tenteranya untuk menangkap seseorang dan terdapat Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat) ke atas perkara ini. 

6) Jamuan makan: Dalam Surah an Nur, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi  orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu makan(bersama-sama mereka) di Rumah kamu sendiri, atau di Rumah bapa kamu, atau di Rumah ibu kamu, atau di Rumah saudara kamu Yang lelaki, atau di Rumah saudara kamu Yang perempuan, atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah Yang kamu kuasai kuncinya, atau di Rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa Yang seperti) kamu Dengan memohon kepada Allah cara hidup Yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya." [TMQ an Nur24:61] Bagi lelaki dan wanita untuk makan bersama-sama adalah dibenarkan di tempat yang telah dinyatakan dalam ayat di atas seperti rumah bapamu atau sahabatmu sebagaimana ayat, "tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan." 

Namun demikian, manusia hendaklah berhati-hati iaitu walaupun makan bersama dengan wanita di rumah teman-teman di bolehkan, tetapi mereka mesti meninggalkan tempat itu sebaik selesai makan dan berwaspada terhadap ikhtilath iaitu pergaulan dengan lawan jenis yang mungkin akan melampaui batasan yang dibenarkan syarak.  


7) 
Silaturahim (mengekalkan hubungan persaudaraan):  Adalah dibenarkan bagi sanak-saudara bukan mahram untuk duduk bersama  dengan bukan mahram mereka(orang-orang yang boleh dinikahi) semata-mata bagi tujuan Silaturahim selagi ianya bukan berkhalwat(bersunyi-sunyian).  Terdapat beberapa hadis yang menitikberatkan tentang mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudara.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah
Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda: "Sesiapa yang menginginkan dirinya dikurniakan lebih kekayaan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudaranya." [HR MUslim]


Juga telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu anhu, sesungguhnya Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk hingga ketika selesai menciptakannya berdirilah rahim dan berkata, " Ini adalah tempat bagi orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan silaturahmi. "Allah berfirman, "Benar, apakah engkau senang jika aku menyambungkanmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?" Rahim berkata, "Tentu sahaja aku sangat senang." Allah berfirman, " Maka itu untukmu."  [Mutafaq 'alaih]

Kehidupan Umum (Hayat al-Ammah)
Ini adalah berkenaan perlakuan manusia di tempat umum.  Sekali lagi, hukum asas adalah bahawa pergaulan di antara bukan mahram lelaki dan wanita adalah dilarang secara umumnya.  Walaubagaimanapun, syarak membenarkan dalam pergaulan(dari segi keberadaan di tempat yang sama) itu berlaku di dalam beberapa keadaan tertentu.  Di dalam semua keadaan ini, kehadiran mahram seseorang wanita itu tidak menjadi pra-syarat pada ketika itu.  Kawasan atau tempat- tempat ini dapat dikategorikan secara kasarnya termasuk: 

1) Ibadah Haji:  Berdasarkan perlakuan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

2) Jual beli atau Sewaan:  Ini termasuk di pasar-pasar/kedai, membeli, menyewa, meminjam dan memberi pinjam.  Tarmidzi meriwayatkan sesungguhnya Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam  berdagang dengan wanita, dan Abu bakar melihat Baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam berniaga dengan seorang wanita.

3) Pekerjaan: Seandainya keperluan pekerjaan itu memerlukan seseorang untuk bergaul, maka ia dibolehkan.  Pekerjaan termasuk mencari pekerjaan seperti temuduga.  Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam membenarkan isteri Zubair ibnu Awwam untuk bekerja.  Beliau (isteri Zubair) membawa air untuk para lelaki dan wanita. Sallallahu Alaihi wa Sallam bahkan menawarkan unta baginda untuk membantunya.

4) Urusan kehidupan harian:  Ini termasuk interaksi yang tidak dapat dielakkan antara lelaki dan wanita seperti di jalanan, pasar-pasar, kedai-kedai makan dan sebagainya.

Kes-kes tertentu dalam Kehidupan umum

Terdapat tempat khusus di mana hukum kehidupan khusus (hayat al-khassah) diguna pakai, seperti rumah-rumah.  Terdapat juga tempat-tempat umum yang mana hukum dalam kehidupan umum terpakai seperti di pasar-pasar.  Terdapat pula tempat-tempat umum yang mempunyai hukum yang khusus dalam memisahkan lelaki dan wanita, seperti di masjid-masjid dan hadirin yang mendengar ceramah umum di dewan-dewan kuliah dan beberapa keadaan yang lebih kurang sama.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan (yang paling jauh dari  wanita)  dan barisan yang paling baik untuk perempuan adalah barisan belakang dan yang terburuk adalah barisan hadapan(betul-betul di belakang lelaki)." [Riwayat Abu Daud]

Di dalam Abu Daud kitab Al Salat, vol 1, dalam bab pemisahan, telah driwayatkan bahawa Umar bin Al Khattab Radiallahu anhu berkata: "Binalah pintu yang berbeza untuk perempuan di dalam masjid-masjid."

Oleh itu, tidaklah menjadi satu syarat bahawa lelaki dan wanita perlu  dipisahkan ketika urusan jual-beli di pasar.  Tetapi di masjid-masjid dan dewan-dewan kuliah, pemisahan antara lelaki dan wanita adalah  sesuatu yang dituntut.  Rasullullah Sallallahu Alaihi wa Sallam biasa  berucap kepada hadirin lelaki dan wanita di satu masjid di Madinah, lelaki duduk di bahagian hadapan dan wanitanya di belakang.  Begitu  juga, di rumah-rumah sakit atau hospital, bahagian lelaki mesti dipisahkan dari bahagian wanita.

Di dalam semua keadaan yang dinyatakan tadi, apabila lelaki dan wanita dihimpunkan di dalam satu tempat, tidak boleh berlaku ikhtilath iaitu percampuran atau pergaulan bebas, di mana lelaki dan wanita itu bercampuran dan berinteraksi antara satu sama lain.  Hukum umumnya adalah sebarang hubungan di antara lawan jenis perlu di kurangkan seminima mungkin dimana jika ada sebarang hubungan antara mereka, hendaklah ianya terbatas kepada urusan yang sedang dilaksanakan.  Maka, di dalam Negara Islam, akan ada pemisahan tempat lelaki dan wanita, sebagai contohnya, di dalam kenderaan awam seperti keretapi, bas dan sebagainya.

Di dalam sebarang keadaan juga, aktiviti yang sedang dilaksanakan mestila yang halal (dibenarkan syarak).  Begitu juga pergaulan antara  lelaki bukan mahram dan wanita untuk tujuan keseronokan, aktiviti masa lapang ataupun berhibur adalah ditegah sama sekali.  Dengan demikian, isu seperti hubungan teman lelaki/wanita, “dating”, ataupun berhibur sambil ditemani wanita bukan mahram adalah haram hukumnya.  Namun begitu, Islam tidak melarang aktiviti-aktiviti yang disebutkan itu (berseronok, berhibur) selagi mana ianya dilakukan dalam lingkungan rumahtangga.  

Majlis perkahwinan

Percampuran (ikhtilath) adalah dilarang kecuali ada keperluan yang di benarkan oleh Syara' iaitu seperti apa yang tertulis di dalam Kitabullah atau as Sunnah seperti membeli,menjual ataupun silaturrahim.

Tiada dalil menjelaskan tentang percampuran antara lelaki dan wanita  dalam majlis walimah. Sebaliknya, apa yang disebutkan sewaktu hayat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para Sahabat adalah kebiasaannya para wanita duduk-duduk dengan mempelai wanita manakala kaum lelaki bersama-sama dengan lelaki-lelaki lain. Maka, percampuran dalam majlis walimah adalah haram dan tidak ada pengecualian ke atasnya.

Di dalam Sunan Abu Daud , Hadis No. 4933, diriwayatkan bahawa Aisha Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuh tahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan  apabila aku berpindah ke Madinah, segolongan wanita mempersiapkan ku untuk majlis perkahwinan ku dan tidak pernah  sekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita.  Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah dan kemudian kami masuk ke rumah."

Apa yang telah dinyatakan ini adalah merujuk kepada perarakan majlis  walimah semasa pengantin perempuan di bawa ke rumah suaminya. Adalah dibenarkan bagi pengantin lelaki untuk membawa isterinya ke rumah pihak lelaki dan kemudiannya, pihak lelaki hendaklah dipisahkan dari kaum wanita seperti mana yang telah dilakukan dan dibenarkan pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam.  Perkara ini berlaku di luar rumah, maka ia termasuk di dalam hukum dalam kehidupan umum (hayat al-ammah).

Khalwat (Bersunyi-sunyian)

Khalwat membawa erti berkumpulnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram secara berdua-duaan atau bersunyi-sunyian tanpa di temani oleh mahram mereka atau orang lain.  Ini boleh terjadi di tempat khusus mahupun tempat umum.  Di dalam mana-mana salah satu keadaan tempat (umum atau khusus), berkhalwat adalah ditegah sama sekali di sisi Islam.  Maka kedua-dua lelaki ataupun  wanita yang melakukannya adalah berdosa. 

Khalwat di tempat khusus: Perkara ini berlaku di mana-mana tempat yang yang memerlukan kebenaran untk memasukinya, seperti rumah kediaman atau bilik tidur.

Khalwat di tempat umum Perkara ini berlaku di mana-mana tempat umum yang mana tidak menjadi laluan orang lain ( tempat sunyi).  Sebagai contoh, di dalam hutan atau di dalam bilik yang terasing di pejabat-pejabat.

Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan." [HR Muslim]

Dari Bukhari di riwayatkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika wanita itu disertai mahramnya.  Tidak boleh pula seorang wanita melakukan perjalanan kecuali disertai mahramnya." Tiba-tiba salah seorang sahabat berdiri dan berkata ' Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku hendak pergi menunaikan ibadah haji, sedangkan aku sudah ditugaskan ke peperangan anu dan anu.'  Rasulullah menjawab, "Pergilah engkau dan tunaikan ibadah haji bersama isterimu." [HR Muslim]

Malu dan menundukkan pandangan

Sebahagian dari syarat untuk mengekalkan maruah dan kehormatan para lelaki dan wanita di dalam Islam adalah hukum tentang bagaimanakah pandangan mereka antara  satu sama lain.  Adalah di larang(berdosa) bagi seorang lelaki untuk merenung seorang perempuan dengan pandangan yang berahi kecuali terhadap isterinya.  Begitu jugalah hukum seorang wanita Islam memandang lelaki.

Bahkan, penekanannya adalah dalam menundukkan pandangan jauh di antara lawan jenis ketika berhadapan dengan mereka di tempat seperti jalanan atau pasar-pasar.  

Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [TMQ an Nisa'24:30-31]

Dari Jabir ibnu Abdullah meriwayakan, "Aku pernah bertanya pada  Sallallahu Alaihi wa Sallam mengenai pandangan yang tiba-tiba (tidak disengajakan).  Maka Baginda (SAW) menyuruhku untuk memalingkan pandanganku." [HR Muslim]

Ini menunjukkan bahawa hukum atau pengaturan bagaimana lelaki Muslim memandang wanita Muslim adalah sangat berbeza dengan cara Barat memandang wanita.  Di Barat, wanita dilihat sebagai objek seksual dan perasaan hormat terhadap wanita di Barat hampir tiada sama sekali.  Malahan, jika adapun rasa hormat itu, kriteria asasnya lebih tertumpu kepada sifat fizikal luaran semata, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:  

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [TMQ at Taubah9:71]

Khatimah

Aspek Sistem Sosial dalam sebuah Negara Islam ini akan mencegah exploitasi kaum wanita dalam pornografi, mahupun pengunaan tubuh badan wanita untuk tujuan pengiklanan bagi melariskan sesuatu produk.  Tambahan pula dalam media secara umumnya, sama ada di kaca-kaca televisyen, majalah-majalah, surat khabar-surat khabar serta filem-filem, tidak ada lelaki mahupun perempuan yang akan digambarkan peranan mereka dengan cara mendedahkan aurat mereka, ataupun terlibat dengan aktiviti yang ditegah  dalam Islam. 

Dengan itu, adegan-adegan seksual yang diperbesarkan oleh media-media seperti yang dihadapi oleh masyarakat Barat, dan imej songsang kaum lelaki dan wanita yang terbina dalam pemikiran masyarakat disebabkan adegan-adegan ini, tidak akan pernah ada dalam sebuah Negara Islam.

Copy and paste ;)