Tuesday 17 July 2012

~ISTIMEWA BUAT SAHABATKU YANG BERGELAR WANITA~

 Islam itu bersifat menyeluruh. Jadi dalam isu menutup aurat pun kena lah menyeluruh juga. Apa gunanya bertudung tetapi masih lagi dalam keadaan tidak menutup aurat? Apa gunanya memakai baju yang labuh tetapi potongannya melekat di tubuh? Apa gunanya memakai baju yang longgar tetapi masih jarang dan menampakkan susuk tubuh? Ya!Semuanya perlu diambil kira. Tidak boleh separuh-separuh.Tidak salah untuk kita berfesyen asalkan masih dalam batas-batas agama. Islam tidak pernah anti fesyen tetapi Islam anti orang yang tidak menutup aurat.

  Ya,sejujurnya dulu Farah merupakan golongan yang sebegitu.Tetapi alhamdulillah setelah diberi kefahaman dan hidayah daripada Allah dan dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat memelihara auratnya,Farah juga terbuka hati untuk berubah. Bukan nak tunjuk diri ini baik,tetapi itu adalah yang sepatutnya bagi setiap wanita yang bergelar Muslim. Memang dahulu Farah pelik apabila melihat perempuan-perempuan yang bertudung labuh. Dalam hati ni macam-macam pertanyaan ada.Tak panas ke? Tak rimas ke pakai macam tu? Tak up-to-date la.Buat apa nak bertudung labuh,asal pakai tudung tutup rambut dahlah.
  Itulah pendapat Farah dahulu semasa Farah masih berada dalam kejahilan tentang penutupan aurat yang sebenarnya. Ya,dulu saya jahil tentang itu. I admit it! Tetapi apabila dah tahu Farah kenalah berubah kan? Sebab dah tahu yang mana betul dan yang mana salah. Tidak boleh nak bagi alasan tak dapat seru lagi lah,tak dapat hidayah lagi lah,tak bersedia lagi la etc. Sebab kebenaran sudah berada di depan mata.

  Penghijrahan Farah ni tidak berlaku secara drastik.Sedikit demi sedikit tetapi alhamdulillah istiqamah.Farah masih ingat lagi waktu mula-mula Farah nak pakai sarung kaki.Memang pada mulanya agak susah nak istiqamah tambah-tambah bila berada kat rumah.Yela sampaikan nak pakai sarung kaki atau stoking masa nak keluar rumah pun segan.Segan dengan family sebab dah start nak berubah.Tapi bila difikir balik,whats the points nak segan-segan ni?Kita buat benda yang betul dan apa yang Allah suruh.Tak perlu nak rasa malu atau segan.Itu semua bisikan syaitan.Syaitan memang akan mencucuk-cucuk kita dengan membisikkan benda-benda yang tidak best. Sedangkan family kita sebenarnya sangat gembira dengan perubahan kita walaupun tdak diungkap dengan kata-kata.Hehe. I still remember the moment when my mom gave me a pair of socks.Sejak itu Farah perasan yang dia dah nampak perubahan Farah.Alhamdulillah..Tq umi!

   Bila ngan family dah settle,tiba-tiba terfikir pasal kawan-kawan.Ya,kawan-kawan yang rapat sejak kecik lagi.Yang membesar bersama-sama.Macam mana la penerimaan dorang bila Farah dah start nak pakai labuh-labuh ni? Padahal tak de lah labuh sangat. Setakat tudung bidang 50 je.hehe.Mesti ada yang cakap aik nak jadi ustazah ke sekarang? Haha.But I dont care at all. Biasalah tu nak berubah memang banyak dugaannya. Yang penting niat kita ikhlas nak cari keredhaan Allah bukan nak tunjuk baik semata-mata. Ape-apepun Farah sayang kat semua kawan-kawan Farah and I hope u olz pun boleh try nak berubah apa yang patut.Hidup ni hanya sekali. Nak berubah jangan ditangguh-tangguh sebab kematian itu tidak dapat ditangguh walaupun sesaat.

   Farah tahu ramai je yang mempunyai keinginan nak menjadi lebih baik.Cuma tak de kekuatan. Mintalah kekuatan itu dengan Allah kerana hanya Allah yang megetahui apa yang terbaik buat kita. Jangan fikir pasal pandangan orang lain tetapi fikir pandangan Allah sahaja. Mana tahu perubahan kita tu memberi kesedaran kepada teman kita yang lain untuk berubah? Dah jadi satu usaha dakwah di situ.Dakwah melalui perbuatan.

   Memang susah untuk membuat orang lain berubah.Sebab hidayah itu milik Allah semata-mata. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri.Kita kena usaha untuk memberitahu kawan-kawan yang masih tak tahu tentang hal ini. Share lah apa-apa yang patut. Walaupun kita tengok macam tak ada hasil daripada perkongsian kita ini tetapi insya Allah dalam ramai-ramai itu pasti ada hati yang akan tersentuh. Pasti ada..cuma kita je yang tak perasan.

  Akhir kata, jagalah aurat kita kerana aurat itu maruah kita. Tak malukah kalian apabila ada lelaki yang bukan mahram yang memandang susuk tubuh anda sehingga dapat menaikkan nafsu mereka? Sorry to say,tak perlu nak rasa bangga sebab dapat tayang-tayang semua tu. Sesungguhnya kalian berada dalam kerugian. Kerugian yang amat besar..

P/S: Apa kata  mula-mula ni kita semua try dulu pakai tudung biar sampai menutup dada. Tak pe je nak pakai tudung bawal bidang 45 asalkan bahagian dada kita ditutup. Kita buat gaya butterfly. Cantik jugak kan? Hehe. Kan Allah dah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31. Allah yang suruh tetapi kita berani nak ingkar dan tak nak buat? Subhanallah,semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Amin.

 
    “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannnya dan janganlah menampakkan perhiasannya 
(auratnya),kecuali yang terbiasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya….” (24:31) 
     



No comments:

Post a Comment