Wednesday 8 August 2012

APA PANDANG-PANDANG??


Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar sahabat-sahabat semua hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat sahaja.. Hmm...hari ni dah masuk hari ke-20 kan kita berpuasa? Alhamdulillah! Cepat je ase masa berlalu. Dan nampaknya raya pun just around the corner..hehe..insya Allah..

 Hmm...jika korang tengok balik tajuk entri kali ni...TAK BOLEH PANDANG KE?? Tapi pandang ape? Hehe.. Chillax la..sat ag Farah explain ya..

  Sebelum tu,korang mesti dah selalu dengar lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Rafali tu kan?? Farah nak highlight yang part chorus 2..ingat tak? ingat tak?

    boleh pandang-pandang,
    jangan pegang-pegang,
    duduk renggang-renggang,
    bertambah sayang....lalalala.


 Hah,lagu ni tak dinafikan mempunyai unsur yang baik tapi Farah tak berkenan sangat part yang kata boleh pandang-pandang tu...Kenapa??

   Sebab dalam al-Quran surah an-Nur ayat 30 Allah berfirman : 




   " Katakanlah kepada lelaki-lelaki yg beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci daripada bagi mereka. Sungguh,Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."


   Hmm..Allah perintahkan supaya kaum adam menjaga pandangan mata. Pandangan yang macam mana?? Pandangan yang boleh merosakkan iman. Dan kat sini lebih nak menjurus kepada pandangan kepada wanita. Seperti yang kita tahu,kaum adam kan memang sangat-sangat tertarik dengan kaum wanita. Tak kisahlah perempuan tu cantik ke tak,gemuk ke kurus ke sebab fisiologi wanita itu secara semulajadinya akan menarik perhatian lelaki.. 

  Sebab tu Allah suruh kaum adam jaga pandangan sebab boleh jadi pandangan itu akan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak disukai Allah.Maksudnya kaum adam kena berusaha untuk menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang boleh melalaikan kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong mereka  terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Nauzubillah.

Berkata Ibn Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

Allah telah berfirman:

اَلنَّظْرَةُ سَهْمِ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ، مِنْ تَرَكَهَا مِنْ مَخَافَتِي أَبْدَلْتُهُ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ.

"Pandangan mata itu adalah panah dari panahan Iblis. Barangsiapa menjauhinya kerana takut kepadaKu, nescaya Aku akan gantikannya dengan iman, yang bakal dirasakan kemanisannya di hatinya."
                                                                              (Riwayat Thabarani dan Hakim)



    Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a.


"Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan)."

(Hadis riwayat Abu Daud) 


   Rasulullah dah pesan awal-awal tapi kita buat dek je kan??  Sampaikan ada yang boleh buat main-main dengan pesan Rasulullah ni.. Boleh pulak seorang hamba Allah ni cakap lau pandangan kedua tu dosa,so bila dah terpandang tengok je la lama-lama asalkan tak berpaling lagi..Itu xpe kan sebab still pandangan pertama? Masya Allah.. Macam nak bagi penumbuk sebijik kat muka si fulan 2..Mungkin dia hanya bergurau.. tp nak bergurau agak-agak la..Kalau org yang tak faham dengar macam mana?? Boleh jadi salah faham tau dan boleh jadi org yang dengar tu ingat benda tu betul.. Mulut pun kena jaga jugak.hehe




  Untuk diperjelaskan,maksud pandangan pertama adalah pandangan yang sekejap sahaja. Contohnya bila kaum adam ternampak seorang perempuan yang super hot dengan tidak sengaja, dia kena cepat-cepatlah tundukkan pandangan dan memandang ke tempat lain supaya tidak menaikkan nafsunya. Bukannya ditatap lama-lama.. Ada faham?? hehe.. Tatapan yang lama tu dah jadi pandangan syaitan.. Maksudnya anda kalah dengan hasutan syaitan pada waktu itu. SEDIH!


     Jom kita ambil ibrah daripada peribadi nabi Musa a.s...


     Dalam surah al-Qasas ayat 26, Allah berfirman :


      " Salah seorang daripada kedua wanita itu berkata : Ya bapaku,ambillah dia sebagai orang yang bekerja ( pada kita),kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk 

bekerja ( pada kita) adalah orang yang kuat lagi percaya."


    Untuk diperjelaskan lagi,wanita itu adalah Shafura dan ayahnya itu adalah Nabi Syu'aib. Dan orang yang diambil  kerja itu adalah Nabi Musa a.s.Kat sini Farah nak highlight pasal part orang yang dipercayai iaitu amanah.. Nabi Syu'aib bertanya kepada Shafura sebab apa Shafura begitu yakin berkata yang Nabi Musa itu mempunyai sikap yang sangat amanah. Shafura menjawab,


   " Adapun sikap amanahnya itu adalah ketika aku berjalan di depannya dan bajuku tersingkap,ia berkata kepadaku : Berjalanlah di belakangku,agar mataku tidak terkena fitnah penglihatan kerana melihat aurat anggota tubuhmu."


  Hebat kan Nabi Musa?? Kenapa kaum adam tidak mahu mencontohi sikap Nabi Musa itu sendiri? Tepuk dada tanya iman. Oh ya,selepas itu Nabi Musa berkahwin dengan Shafura..:)


   Hmmm...kaum hawa pulak jangan dok hepi je sebab tak perlu jaga pandangan..Siapa cakap?? Farah saje je xnak highlight lagi pasal perempuan ni nak suruh u olz berfikir sejenak.. Sebenarnya,perempuan pun kena jaga pandangan tau. Sama la juga dengan lelaki. Dan bukan itu sahaja,perempuan juga kena jaga cara pemakaiannya,cara berjalan,cara bercakap dan sebagainya mengikut apa yang Islam dah gariskan. Mak ai banyak nye kena jaga! Opps! Astagfirullahalazim.


  Kenapa kita nak buat benda tu jadi susah sedangkan Islam tu kan mudah?? Allah S.W.T yang menciptakan kita dan tahu apa yang terbaik untuk kita. So,segala apa yang Allah perintahkan adalah untuk kebaikan kita juga tau. Kenapa la kita sanggup nak ingkar apa yang Allah suruh sedangkan tak mustahil masa ni juga Allah tarik segala nikmat yang dia berikan in a blink of eyes aje. Gulp! Takutnya.. 


     Nikmat kecantikan,bentuk badan yang menarik dan sebagainya yang kita dapat bukannya Allah nak suruh kita tayang kat semua orang tetapi kadang-kadang nikmat itu boleh jadi ujian juga kepada kita sama ada kita gunakan nikmat itu ke arah jalan yang diredhai-Nya ataupun tak. Ingatlah,aurat kita maruah kita dan semua itu adalah untuk tatapan suami kita je ok? Bukan untuk tatapan lelaki ajnabi. U olz tak takut ke dah buat orang lain berdosa sebab dah tengok aurat u olz tu? Nanti u olz pun dapat dosa jugak tau sebab sengaja menarik perhatian dorang.. Belum sempat untuk berubah ok? Sama-samalah kita muhasabah diri dan meminta keampunan-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..:)

     " Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutup kain kerudungnya ke dadanya,..." (an-Nur,24:31)
    
   Dah letih dah nak membebel.. Jadi secara kesimpulannya,pandangan itu sangat perlu dijaga supaya benda-benda yang dimurkai oleh Allah dapat dihindarkan. Daripada pandangan mata itu lah yang akan menjurus kepada stage-stage yang seterusnya. Dari mata turun ke hati kan? Dan kerana mata tu jugaklah hati boleh jadi rosak dan lalai daripada mengingati Allah. 

  Dan sebagai pelajar,kita perlu sangat-sangat menjaga pandangan sebab pandangan yang kotor dan melalaikan akan membuat hati kita kotor dan tertutup untuk menerima ilmu.. Hmm,Farah susah nak hafal Anatomy dan Physiologi sebab Farah tak jaga pandangan la ni! Astagfirullahalazim. Kena jaga pandangan! Lau nampak mamat handsome ke,pelakon kacak ke kena cpt2 istigfar supaya pandangan itu tidak menjadi panahan syaitan.. Insya Allah.. Farah pun kadang-kadang susah nak jaga pandangan ni,tapi kita sama-sama cuba k! Cuba dengan bersungguh-sungguh sebab benda ni tak boleh buat main-main! 

   



Wallahualam.. Segala kesilapan harap ditegur and Farah mohon maaf jika entri kali ni ada mengguris hati sesiapa.. Farah hanya manusia biasa yang banyak lagi kekurangannya.. 


P/S : datanglah wahai mood! malas gler nak packing barang-barang..Semoga Allah permudahkan..

No comments:

Post a Comment