Saturday 4 August 2012

~HAKIKAT CINTA~


 
  “Iman,kenapa awak tolak saya dulu? Awak tahu tak saya susah nak suka dengan mana-mana perempuan. Dan untuk pengetahuan awak,you are the first one…”kata-kata Iqbal itu betul-betul membuatkan jantung Iman hampir terhenti.Dia terus kaget.Lidahnya kelu..Mana tidaknya,tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba Iqbal mengeluarkan pertanyaan itu.Sungguh,bagi Iman pertanyaan itu langsung tidak berasas.

    “ Bila masa pula si Iqbal ni propose aku? Dan bila masa pula aku tolak dia? Dah sewel ke apa budak ni? Dari tadi aku tengok dia macam ok je,tapi kenapa tiba-tiba dia jadi tak berapa betul pulak ni? Agaknya dah terlebih makan la tu sampai bercakap pun tak fikir dulu…”Iman membebel sendirian.

    “ Hey guys! U all dengar tak ape yang Iqbal cakap tadi? OMG,Hot gossip kot.. Tak sangka pulak aku masa birthday party si Nisa ni yang jadi saksi luahan hati abang macho kita,si Iqbal ni. Syabas bête syabas! Kau berani rupanya..Tu lah kau,buat ape dok pendam lama-lama.Nanti  kalau si Iman tu terlepas kat tangan orang lain baru melopong mulut kau.Mase tu sorry to say la bro,KESIAN…” itulah Fazli..pasal bergosip memang nombor satu.Dia memang terkenal dengan  mulut murainya dan memang boleh dikatakan semua hal berkaitan kawan-kawannya berada dalam genggamannya.Namun begitu,dia seorang sahabat yang baik .Cuma kadang-kadang je mulutnya tidak dapat dicontrol

   “Wah Iman.Untunglah kau..Ape lagi,bagi la respond sikit.Aku tengok muka kau macam terkejut semacam je ni kenapa? Rilekslah Iman!Kan kitaorang dah tahu pasal kau dan Iqbal. Aku tahu kau dengan dia memang pantang berjumpa,mesti nak bergaduh. Tp itu kisah lama la Iman.Almost six years ago..Dan tak mustahil pun kalau dia memang ada perasaan lagi  dengan kau sehingga sekarang.” sampuk Atina dengan panjang lebarnya.

  “ Alamak ape aku nak cakap ni.Daripada aku membisu je,baik aku cakap sesuatu supaya benda ni tak menjadi hot gosip pulak lepas ni.Bukan boleh harap sangat si Fazli tu,sekali dia bukak mulut boleh jadi hampir semua batch aku tahu nanti. Sekali je dia post dekat group dalam muka buku,memang mati aku.Gosip yang tidak berasas langsung.”getus hati Iman. Sungguh,dia tidak boleh menafikan bahawa pertanyaan Iqbal itu membuatkan ada satu perasaan aneh menyerbu dirinya.

  “ Hello you all! Please la,don’t take it seriously ok.Iman sendiri pun tak rasa Iqbal tu serius,yang korang pulak yang excited lebih-lebih ni kenapa? Ala,dia nak bergurau dengan Iman je la. Dah  tak de modal lah tu nak bercakap sebab tu dah jadi melalut macam tu..”terang Iman..Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Fazli terus menyampuk…

  “ No..no..no..I don’t think so.Haha..Bagi aku lah kan,si Iqbal tu memang sengaja tau.Kan dah hampir lima tahun tak jumpa.Korang semua bayangkanlah kita semua berpisah selepas darjah 6 dan kebanyakannya masuk boarding school. Tup tup jumpa balik semua dah besar dan kebanyakannya dah berubah aku tengok. Maybe Iqbal dah nekad untuk luahkan perasaannya itu sebab dia takut Iman terlepas kat tangan orang lain. Betul tak ape yang aku cakap ni guys??”

“Betul..betul…sangat setuju ..” sahut Atina dan beberapa orang rakan-rakannya yang lain.

 “ Dah dah.Jangan nak buat cerita kat sini ok Fazli. Aku cili jugak mulut kau nanti.. Amboi,sejak bila kau ambil kursus pandai baca perasaan orang ni hah? Jangan weh..Nanti boleh jadi fitnah..” sambung Iman untuk menjernihkan keadaan yang dari tadi agak bising dengan pelbagai pendapat.. Namun tanpa disangka-sangka  Iqbal mengeluarkan bicara setelah membisu untuk beberapa ketika..

“ Siapa kata itu fitnah?Untuk pengetahuan awak,apa yang Fazli cakap itu betul Sebab hanya dia seorang yang tahu tentang perasaan saya kat awak. Dan saya tahu awak tak akan suka kat saya sebab dulu pun awak tolak saya sebab Azrul. Tapi tak pelah,semua tu saya dah lupakan dan alhamdulillah perasaan saya kat awak saya tak macam dulu dah.Saya redha atas segalanya.I have no right to force you to accept me but still we can be friend right? Saya nak minta maaf if benda ni dah buat awak serabut..I’m sorry again….


*****

              
       Memori yang sudah berlalu hampir dua tahun lalu tiba-tiba menjengah memori Iman. Sungguh,dia hampir-hampir hanyut dengan pengakuan Iqbal. Memang dahulu Iqbal merupakan lelaki yang paling dia tidak suka.Namun selepas pengakuan itu,dia dapat rasakan perasaannya itu telah berubah. Mungkin ada sedikit perasaan suka terhadap Iqbal. Dan sejak itulah dia mula mengambil tahu tentang hal-hal yang berkaitan Iqbal melalui rakan-rakannya. Tetapi dia masih berhati-hati kerana dia tidak mahu seorang pun daripada kawannya mengetahui tentang perasaannya itu. Dia hampir hanyut kerana lelaki itu.


       “ Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana  boleh jadi suatu hari kelak dia boleh menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
                                                    - Riwayat al-Bukhari,Abu Daud,Al-Tirmizi dan Ibn Majah-


    Tetapi itu semua dulu. Sekarang dia sudah berubah dan dia mahu berubah dengan lebih baik lagi. Setelah dia mengenal tarbiah,dia sedar bahawa semua itu adalah salah. Iman sangat-sangat bersyukur kerana sewaktu di kolej persediaannya,dia dikurniakan ALLAH sahabat-sahabat yang memang baik,sangat menitik beratkan agama dan sangat-sangat menjaga batas-batas pergaulan lebih-lebih lagi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jauh berbeza dengan dirinya dahulu.

     Iman merenung kembali masa silamnya.Ya benar.Pergaulannya dahulu agak bebas. Dia masih ingat,pantang ada waktu cuti,mesti ada rancangan untuk dia dan kawan-kawannya keluar bersama.Melepak di shopping mall,main boling dan sebagainya.Dan kadang-kadang tu sampai melepak di rumah tidak kira lah lelaki atau perempuan.Walaupun masih ada batas,tetapi benda itu masih tidak betul dan salah. Kata-kata panel dalam sebuah forum yang telah dihadirinya beberapa hari lepas masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.Forum itu mengenai isu iktilad dan tajuk yang diberikan penganjur juga cukup menarik iaitu ‘ Baju Melayu VS Baju Kurung.’

   Iktilad..pada mulanya dia memang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan iktilad. Dan apabila ditanya kepada kawan-kawannya kebanyakannya juga seperti Iman,tidak tahu dan sebab itu jugalah dia beria-ria mahu menghadiri forum tersebut. Sekarang baru Iman faham.Iktilad itu bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada suatu tempat sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.


       “Pada asalnya,pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram dan hanya sebab-sebab tertentu sahaja pergaulan itu dibolehkan. Contohnya adalah pada masa darurat di mana seorang lelaki nak tolong seorang perempuan yang betul-betul dalam bahaya,semasa jual beli,saksi mahkamah ,membantu dalam jihad ( seperti doktor merawat pesakit) ,dalam kenderaan awam dan beberapa lagi situasi yang dibolehkan. Dan anda semua tidak perlu nak rasa takut kalau dianggap sombong jika tidak bergaul dengan berlainan jantina tanpa sebab kerana pandangan ALLAH itu lebih penting.Kenapa kita perlu kisah pasal pandangan manusia? Kita kena ada prinsip. Insya allah,kalau iktilad ini boleh dijaga,kes-kes zina dan buang anak dapat dibendung. Wallahualam..”
                                    
*****
                   
     “Jadi maksudnya nak berbual-bual kosong dengan lelaki pun tak boleh la lepas ni?” Iman terus membuka topik perbualan semasa dia makan tengah hari di kafe bersama rakan-rakannya.

   “Dah nama pun berbual-bual kosong,memang la tak boleh.Kalau ada urusan yang tak dapat dielakkan lagi baru dibolehkan asalkan benda itu tidak menimbulkan fitnah. Ala,kau ni dah kenapa? Nak borak-borak kosong ngan kitaorang pun boleh lah..Tak payah sampai kena cari budak lelaki Iman oi..”jawab Diana yang memang terkenal dengan sifat periangnya.

    “ Ish Diana ni..Iman tak de lah sampai kemaruk sangat.Tanya je la.Nak kepastian.”kata Iman dengan nada sedikit merajuk.

    “ Ntahlah Diana ni.Tak baik lah cakap macam tu.Tengok Iman tu,dah merajuk dah. Hmm,kan ALLAH berfirman  : 
Janganlah kamu mendekati zina,(zina itu suatu perbuatan yang keji,dan satu jalan yang buruk. (17:32)
    “ALLAH perintahkan kita supaya jangan mendekati zina kan? Cuba korang semua fikir..Makan bersama,jalan bersama,berborak bersama apatah lagi berpegangan tangan,bukan ke semua itu cabang-cabang kepada zina? Sebab secara fitrahnya perempuan ni ALLAH ciptakan dengan fisiologi yang menarik yang tak ada pada lelaki. Sebab itulah perempuan ni kena jaga banyak aspek dalam pergaulan.Dari cara berjalannya,pakaiannya hinggalah ke suaranya.” terang Fasya dengan penuh bersemangat.

     Fasya,seorang yang sangat aktif dalam dakwah dan tarbiah di kolej Iman.Dia sangat berkebolehan dalam menyampaikan sesuatu dan kebanyakan penyampaiannya berkesan dan mudah difahami. Dia sangat suka membaca buku-buku berkaitan dengan agama dan fikrah. Dan tafsir al-Quran sentiasa bersamanya walau ke mana sahaja dia pergi.Dia juga sangat disenangi oleh ramai orang walaupun dengan non-Muslim.

  “Hah,Iman pernah baca dalam sebuah buku ni. Buku tu menerangkan bahawa perempuan ni kalau bercakap tidak boleh melunakkan suara sebab ia boleh menarik perhatian lelaki.Lelaki memang tak boleh kalau perempuan bercakap dengan nada suara macam tu. Dan dari segi pakaian pula,Allah S.W.T berfirman dalam dalam surah an-Nur ayat 31.

   “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannnya dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya), kecuali yang terbiasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya….” (24:31)

     “Hmm..betul-betul.Tapi sekarang benda tu macam susah kan nak dilihat sekarang.Mostly bertudung tapi tak menutup aurat. Dan tambah-tambah lagi sekarang ni macam-macam trend tudung dah. Ape dah yang orang asyik sebut tu?? Hijab..hijab…”

   “ Hijabista la..haha.Kelakar la awak ni Diana. Islam tu tak pernah menghalang kita untuk berfesyen asalkan kita betul-betul mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Islam.”
sambung Iman lagi, “ Ayat itu jelas menyebut bahawa wanita wajib menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ini kerana bahagian tersebut sangat menarik perhatian lelaki.”

      Sungguh,Iman sangat-sangat bersyukur kerana sekarang dia telah berubah.Dahulu pantang ada fesyen tudung yang baru,mesti dicubanya.Maklumlah dia tak nak ketinggalan dalam berfesyen. Dia memang terkenal dengan trend pemakaiannya yang up-to-date dan kemas. Tetapi sekarang dia juga masih nampak bergaya walaupun dengan baju labuh dan longgar dan bertudung bidang 50. Namun dia masih belum diberi kekuatan untuk bertudung dengan lebih labuh lagi seperti kawan-kawannya yang lain.Yang penting dia yakin yang dia telah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

            *****

        “Iman,handphone hang berbunyi tu.Aku rase mesej kot sebab bunyi dia sekejap ja..” jerit Intan,roomatenya. “ Hah,kejap-kejap.Aku tengah gosok gigi ni. Sat lagi aku keluar..” balas Iman yang sedang berada di dalam bilik air. Seperti biasa sebelum tidur  Iman akan menggosok giginya dan berwuduk.

       Selepas membaca surah al-Mulk,Iman terus mencapai handphonenya Memang setiap hari dia akan membaca surah al-Mulk sebelum tidur kerana insya ALLAH jika diamalkan boleh terhindar daripada azab kubur.

   New message from Iqbal :
  Hai, awak kat mana sekarang? Sihat ke? Sombong ye sekarang? Dah banyak kali saya mesej tapi awak tak balas pun..
  “Alamak,ape aku nak balas ni.Ah,biar jelah. Senang-senang tak payah balas.Dahlah text aku tengah-tengah malam.Kalau aku tak balas,mungkin dia ingat aku dah tidur masa ni. Settle masalah. Hmmm…tidur lagi baik. Sorry ya Iqbal.Kalau aku balas nanti meleret-leret jadinya. Baik mencegah kan?” ngomel Iman sendirian. Tanpa disedari bebelan Iman didengari Intan.

   “Awat hang ni dok membebel sorang-sorang? Hang sakit ka? Dahla dok membebel kat handphone.Pelik aku tengok tau..”

  “ Eh, tak de papela Cik Intan oi.Sibuk je hang ni..Dah dah.Cepat tidur esok kelas pukul lapan.Oh ya,jangan lupa kejutkan aku bangun subuh ok..”

“ Insya allah.hang memang.Pasang alarm kuat-kuat pun tak dengar.Tido mati ka ape? Aku kat sebelah hang ni lah dok serabut.Dahla buat alarm pukul 3 pagi.Lau bangun  tak pe la.Ni tak..Aku pula yang tak boleh tidur..” bebel Intan.

“ Hah,baguslah kalau macam tu.Alang-alang terbangun boleh kejutkan aku terus.Kita boleh qiam sekali.hehe..”kata Iman.

 “ Amboi perli aku nampak.Haha.Insya allah…Good night.Assalamualaikum.” sambung Intan sebelum melelapkan matanya.

  Namun,malam itu Iman tidak dapat melelapkan matanya.Mesej dari Iqbal tadi betul-betul membuatkan dia rasa agak serabut. “ Takkanlah mamat ni tak faham-faham lagi? Mungkin dia memang tak faham. Nampaknya aku kena explain everything sebelum dia fikir bukan-bukan tentang aku. Ya,aku kena explain supaya dia faham. Aku kena explain kenapa aku tak balas mesej dia dan kenapa aku reject dia punya request friend dalam muka buku . I will.Insya ALLAH.”

  “Ya ALLAH,permudahkanlah urusanku nanti..” doa Iman sebelum terlena.

*****

    Dengan lafaz bismillah,Iman mula menaip mesej kepada Iqbal. Yang pasti itu adalah mesej terakhir untuk Iqbal.Dia tidak mahu membazirkan masa dengan benda-benda yang tidak sepatutnya.Walaupun kadang-kadang ada sahaja keinginannya untuk membalas mesej Iqbal tetapi dia tetap menguatkan hati untuk tidak membalasnya. Itu semua hasutan syaitan dan dia tidak mahu kalah dengan hasutan itu. Hanya kepada ALLAH dia memohon kekuatan kerana dia masih lemah untuk melawan semua itu tambahan pula ia melibatkan si Iqbal.

   Pernah suatu ketika dahulu dia merasakan bahawa Iqbal adalah jodohnya. Entah kenapa. Namun apa yang terbaik adalah memohon petunjuk daripada ALLAH. Iman pernah melakukan solat istikarah namun petunjuknya bukan Iqbal. Dia sangat-sangat bersyukur dengan petunjuk itu.At least,dia tidak perlu berharap dan memberi harapan kepada Iqbal lagi.  Dan jika betullah petunjuk yang ALLAH beri itu adalah Iqbal,dia juga masih akan berpegang dengan prinsipnya iaitu bercinta selepas berkahwin.Insya ALLAH lebih diberkati dan bahagia. Dia yakin ALLAH akan memberikan jodoh yang soleh buat dirinya jika dia berubah menjadi solehah. Bercinta sebelum berkahwin adalah sia-sia kerana semua itu tidak mendapat keredhaan ALLAH.

  Assalamualaikum Iqbal. Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab selalu tak balas mesej awak. Saya nak awak tahu yang perbuatan kita ni salah. Walaupun tak berjumpa tapi saling bertukar sms pun tak boleh sebenarnya. Benda ni boleh jadi zina hati.Mungkin bila dah lama tak mesej akan timbul perasaan rindu dan benda itu dah jadi zina hati.Kalau benda ni tak dikawal boleh jadi lebih teruk. I think we better stop contact each other.  Dan kalau boleh bukan dengan saya je,dengan mana-mana perempuan pun.Sebab benda ni salah. Tak ada sebab untuk kita selalu bertanya khabar.Kita tak ada ikatan yang sah. Saya nak minta maaf sekali lagi.Harap awak faham.  Assalamualaikum. 
                                                                                                                       - Message delivered-
  Hampir dua jam masa berlalu tetapi mesej Iman tidak dibalas oleh Iqbal. “Mungkin dia marah kot.”Iman berteka-teki. Beberapa minit kemudian,handphonenya berbunyi dan seperti yang disangka mesej itu daripada Iqbal.

    Waalaikumussalam. Hmm..xpe saya faham. Saya minta maaf.  

  Mesej itu cukup ringkas tetapi sudah cukup membuatkan hati Iman lega.   “Alhamdulillah,nampaknya masalah ni dah selesai.Aku tak  perlu fikir dah benda ni lepas ni.Syukurlah Iqbal sudah faham.” Kata Iman dengan senyuman di bibirnya.                   


*****

      “Buku yang sangat menarik!”kata Iman sambil menutup buku yang dibacanya itu. Hanya dua hari masa yang diambil untuk dia menghabiskan buku tersebut. “ Kisah Cinta dalam al-Quran” yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat memberi kesan kepada dirinya dalam mengenal cinta meraih ALLAH. Yang paling disukainya adalah berkaitan dengan   penerangan sepotong hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :


    “Ya Tuhanku,aku mohon supaya cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu,termasuk orang yang sayang kepada semua amalan aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”
                                                                                                 Hadis Riwayat  Tirmidzi :3341

     Dalam buku itu,Tuan Guru menerangkan bahawa terdapat beberapa kesimpulan yang dapat diambil daripada hadis itu.Pertama adalah perasaan cinta itu sesuatu yang wujud. Kedua,cuma keutamaannya ialah ia perlu disuburkan ke arah mencintai ALLAH. Ketiga ,jika akan tumbuh perasaan cinta kepada seseorang.maka hendaklah orang yang dicintai itu seorang yang juga mencintai ALLAH melebihi segala-galanya.Dan keempat,orang itu pula biarlah seorang yang sayang kepada semua amalan yang dikasihi ALLAH.

    Sekarang,Iman lebih mengerti.Tidak ada sebab untuk dia menyalurkan perasaan cinta kepada seseorang yang belum sah menjadi suaminya. Kerana cinta yang halal dan diredhai ALLAH adalah percintaan selepas berkahwin.  Sungguh,dia pernah terjerumus dalam masalah couple suatu ketika dahulu tetapi sekarang dia sudah menyesal.Dan masa itu dia masih mentah dan tidak tahu bahawa couple itu salah.

    Iman tahu ramai di antara kawan-kawannya mempunyai pasangan tetapi dia tidak boleh salahkan mereka seratus peratus kerana mungkin mereka sendiri pun jahil tentang itu.Sama seperti dirinya dahulu yang tidak tahu bahawa couple itu salah dan tidak ada pun istilah Islamik couple. Sebab itulah dia rasa bertanggungjawab untuk menerangkan kepada kawan-kawannya dan apa yang termampu sekarang adalah dia hanya berkongsi melalui blognya dan di muka buku. Dia tidak mahu berlepas tangan kerana dia tahu realiti umat Islam sekarang sangat teruk dan kebanyakan tidak mengamalkan ISLAM secara keseluruhannya. Yang penting dia cuba untuk share dan menasihati orang-orang yang terdekat dahulu kerana dia tahu dia bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang dia tahu.Dan Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

                “ Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.”

    
Rasulullah sendiri pun sampaikan wahyu daripada ALLAH tanpa meninggalkan sepatah ayat pun. Iman juga teringat akan firman ALLAH S.W.T dalam surah al-A’raf ayat 164 yang bermaksud :

  Dan ( ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata. “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan* (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa.”
*alasan mereka itu ialah mereka telah melaksanakan perintah ALLAH untuk memberi peringatan.


     Iman kini sedar akan hakikat cinta yang sebenarnya. Dia perlu berusaha untuk mendapatkan cinta ALLAH terlebih dahulu sebelum mengejar cinta-cinta yang lain. Kerana cinta kepada ALLAH itulah cinta yang kekal abadi. Imam al-Ghazali pernah menyebut :
   
         “ Tiap-tiap yang indah itu adalah cinta tetapi yang indah mutlak adalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang sempurna cintanya akan DIA. Dan orang yang paling bahagia di akhirat kelak adalah orang yang paling kuat cintanya kepada ALLAH.Semakin besar cintanya kepada ALLAH,maka semakin besarlah nikmatnya.”

    Dia sedang berusaha untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada ALLAH dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana itulah bukti cintanya kepada ALLAH. Apa yang penting dia berusaha untuk mencapai redha ALLAH dengan seikhlas yang mungkin. Iman begitu kagum dengan Rabiatul Adawiyah iaitu seorang wali ALLAH yang mencintai ALLAH sepenuh hati dan jiwanya. Dia merelakan dirinya menjadi perawan abadi,tidak mahu berkahwin bukan kerana tidak ada orang mahu meminangnya,tetapi dia mahu hidup menyendiri kerana tidak tertarik dengan kenikmatan alam realiti yang memperdaya. Dalam fikirannya cinta itu datang daripada ALLAH dan untuk ALLAH.  Dia hanya mahu mencari redha ALLAH. Cinta sesiapa pun tidak dapat menembusi hatinya kerana hanya ada satu cinta di hati Rabi’ah iaitu cinta kepada al-Khaliq.
       Katakanlah (Muhammad), “ Jika kamu mencintai ALLAH,ikutilah aku nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH Maha Pengampun,Maha Penyayang. (Ali-Imran 3:31)


   Sungguh,Iman tidak mampu untuk menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dirinya dengan wali ALLAH itu. Tetapi yang penting dia cuba untuk memperbaiki dirinya kepada yang lebih baik lagi.Dia juga berdoa supaya mampu untuk mengikuti jejak Rabi’ah al-Adawiyah,yang memperoleh kedudukan luhur di sisi ALLAH. Iman merujuk kembali firman ALLAH S.W.T :
  
     “Wahai segenap hambaKu,hakKu ke atas diri kalian adalah mencintai kalian.maka tumbuh kembangkan rasa cinta dalam diri kalian kepadaKu.”  -Hadis riwayat Imam al-Asy’ariy-

   Cinta itu satu fitrah..Iman juga seperti gadis lain.Mahu merasai cinta dan nikmatnya dicintai oleh seorang insan bernama lelaki.Tetapi prinsipnya sekarang telah berubah.Dia hanya mahu cintanya itu disalurkan di tempat yang betul.Iaitu mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang telah sah bergelar suaminya.Dia yakin percintaan selepas berkahwin itu jauh lebih manis dan diberkati ALLAH. Dia yakin ALLAH telah menetapkan jodoh yang terbaik untuk dirinya.  Sekarang,dia hanya impikan pasangan hidup yang soleh. Namun dia pernah bertanya kepada dirinya sendiri adakah dia telah mempersiapkan diri untuk menjadi wanita solehah? Kerana dia yakin untuk mendapatkan yang soleh,dia perlu menjadi solehah dahulu. Firman ALLAH dalam surah an-Nur ayat 26 :
Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)…”(24:26) 


  
    Sekarang dia mempunyai perancangan.Dia mahu memantapkan lagi amalan-amalannya dalam mencari redha ALLAH.Jika solat lima waktu telah cukup,dia mahu berusaha supaya dia dapat solat di awal waktu dan membiasakan diri dengan solat-solat sunat seperti rawatib dan dhuha. Jika dahulu dia hanya berpuasa di bulan Ramadhan,dia cuba untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.Dan jika dahulu dia hanya membaca yasin pada hari Jumaat,sekarang dia cuba untuk membaca al-Quran setiap hari. Iman juga rasa dia perlu mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan seperti memasak dan mengemas rumah walaupun masih belum ada calonnya lagi. Kelak,jika saatnya tiba,insya ALLAH dia telah bersedia menjadi pasangan hidup yang solehah buat bakal teman hidupnya itu.

    Namun,cinta yang utama bagi Iman adalah cinta kepada ALLAH. Cinta dan rindu ALLAH adalah jalan menuju dan mendekat dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sangat dekat dengan  para hamba-Nya. Iman masih ingat dengan beberapa firman ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud:


“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat.”  (al-Baqarah : 186)

 “ Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat leher.” (Qaf:16)

“ Dan Kami lebih dekat dengannya daripada kalian,namun kalian tidak melihat.” (al-Waqiah:85)


 
   Iman sangat tertarik dengan bahagian penutup sebuah buku yang pernah dibacanya..

   “Kini marilah kita jujur bertanya kepada diri sendiri,adakah kita mengerti kesejatian ALLAH yang kita sembah? Adakah kita mencintai ALLAH dan DIA mencintai kita? Adakah kita dekat dengan-Nya dan DIA dekat dengan kita? Sungguhkah kita mencintai ALLAH? Ketahuilah oleh anda! Bahawa ALLAH dekat dengan para hati hamba-Nya,sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba dengan-Nya.Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati anda? Hati anda adalah’taman’ cinta ALLAH.Maka percantikkanlah taman anda dengan kecintaan dan kerinduan kepada-Nya supaya anda dapat meraih keredhaan ALLAH..”

     Iman kini sangat-sangat bersyukur kerana dia dapat mengenal hakikat cinta yang sebenarnya. Iaitu cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya. Rasulullah S.A.W bersabda :

  “Wahai pemuda! Aku hendak mengajari beberapa kalimat: ‘Jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu,jagalah ALLAH nescaya engkau akan mendapati-Nya bersamamu,bila engkau memohon sesuatu,mohonlah kepada-Nya,bila engkau meminta pertolongan.minta tolonglah kepada ALLAH.”     
                                                                                                                    -Hadis riwayat Tirmidzi-
    
     “Ya ALLAH tetapkanlah hatiku dalam agamaMu. Ya ALLAH,tetapkanlah hatiku dalam memberi ketaatan kepadaMu.Amin..” doa Iman. Iman memohon kepada ALLAH supaya sentiasa diberi taufik dan hidayah dalam menjalani kehidupannya kerana dia takut jika ada benda-benda yang boleh melemahkan imannya. Dia tidak tahu bagaimana kehidupannnya pada masa akan datang. Hanya kepada ALLAH dia memohon petunjuk.


   Dan Tuhamu berfirman,
             “ Berdoalah kepada-Ku ,niscaya akan Aku perkenankan bagimu…” (Ghafir 40:60)


                                           THE END

              HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH SITI FARAH AIMAN

No comments:

Post a Comment