Friday 3 August 2012

RAMADHAN JUGA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN~

Assalamualaikum w.b.t..

Ramadhan kali ini dirasakan sangat bermakna buat Farah..


Sebab???


Sebabnya tahun ini, Farah diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa penuh dengan family. Insya Allah.. Sebelum ni memang jarang la boleh berbuka puasa kat rumah. Maklumlah masa kat kolej cuti tak lama.. Lau cuti pun dalam tiga empat hari sebelum raya.


Dan memang sudah menjadi kebiasaan dan tradisi keluarga Farah sebelah abah,semua adik-beradik abah akan berkumpul di rumah mak (panggilan untuk nenek) dan tok ayah  setiap kali Ramadhan tiba. Alhamdulillah,semuanya tinggal tidak jauh dari rumah tok ayah dan mak. Jadi,kitaorang akan terawih bersama-sama di masjid yang terletak sangat dekat dengan umah mak. Hanya ambil masa dua minit perjalanan..


Selepas berterawih,kitaorang akan lepak-lepak di rumah mak. Masa tu sangat best sebab semua sanak-saudara terdekat akan berkumpul. Setiap hari akan ada sahaja makanan yang akan dibawa oleh Mama ( panggilan untuk ibu saudara yang sulung) dan Cik Ma (adiknya). Memang sangat-sangat meriah seolah-olah sudah seperti hari raya.. Makan bersama-sama memang dapat mengeratkan tali persaudaraan antara kami semua. Alhamdulillah.


Selain itu,setiap hari akan ada topik yang akan dibicarakan oleh abah,pak cik-pak cik dan tok ayah. Memang orang lelaki banyak topik yang hendak dibualkan dan kebanyakannya bermanfaat untuk semua. Umi dan mak cik-mak cik pun akan menyampuk dan menyuarakan pendapat apabila perlu. Seronok juga dengar orang-orang yang dah berpengalaman ni bercakap. At least otak ni berkembang sikit..hehe


Hmm..sebenarnya Farah tertarik nak share apa yang dibualkan tadi. Mengenai solat.. Lau korang nak tahu,kebanyakan family sebelah abah semuanya cikgu tapi abah bukan cikgu..hehe. Memang keluarga cikgu la..hehe. So tadi pak cik Farah cerita la pasal masalah pelajar sekarang. Masa kem motivasi kot,ada ustaz suruh semua pelajar tutup mata dan suruh sesiapa yang pernah tinggal solat supaya berdiri. Memang semua orang kena jujur masa tu.. Dan sangat menyedihkan apabila sangat ramai pelajar yang tinggal solat. Mama cakap kadang-kadang mereka bangga sebab tak solat dan tak puasa..Masya Allah..


Jadi nak salahkan siapa kat sini?? Adakah ibu bapa yang patut dipersalahkan sebab tidak mendidik anak-anak atau slah pelajar itu sendiri yang memang tak peduli tentang agama.Wallahualam. Mengaku Islam tapi tak buat pun apa yang Allah suruh buat! Islam hanya pada nama tak berguna langsung. Islam itu sendiri bermaksud menyerah,jadi jika kita mengaku Islam,kita kena menyerah diri kepada Allah dan buat segala yang Allah suruh dan tinggalkan segala larangan-Nya.


Memang sangat menyedihkan kerana anak-anak muda yang sepatutnya menjadi harapan agama telah memandang remeh mengenai agama itu sendiri. Sedangkan solat itu paling penting dalam membina individu muslim yang terbaik. Jika solat pun tidak dijaga,mana mungkin benda lain akan terjaga! Solat itulah yang dapat menguatkan roh dan memantapkan akidah kerana pada waktu itu kita berkomunikasi secara direct dan merendah diri kepada Allah.


Farah hanya mampu beristigfar dan menggeleng kepala. Syukur sangat-sangat kerana Allah masih lagi sayang kat Farah dan tidak akan biarkan Farah menjadi seperti itu. Tapi Farah juga ada perasaan takut,takut jika Allah membalikkan hati Farah dan jadi malas nak solat. Nauzubillah..Sebab itulah kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T.Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita semua dalam misi menjadi seorang Muslim yang diredhai-Nya.


Apepun,Ramadhan memang bulan yang mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami semua. Masa inilah semua akan berkumpul beramai-ramai dan alhamdulillah tahun ni Farah dapat join jugak..hehe



Wallahualam..Sekadar perkongsian..:)



# tadi ada durian umah mak..yummy! hari ni boleh dikatakan pesta durian..terbaik!! Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi,dikongsi antara satu sama lain.. :)

No comments:

Post a Comment