Monday 3 September 2012

~BELAJAR KERANA ALLAH~


     Peperiksaan SPM sudah tinggal dua bulan sahaja lagi. Semua pelajar tingkatan lima sangat sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran. Walau ke mana sahaja mereka pergi,pasti mereka akan membawa buku bersama-sama.  Waktu riadah pun diisi dengan belajar,tidak lagi dengan bermain atau bersukan. Semuanya merasakan setiap masa yang ada sangat berharga dan tidak boleh diisi dengan perkara yang tidak berfaedah.

    Maklum sahajalah,semua pelajar sekolah berasrama penuh mempunyai target yang tinggi untuk SPM.Mereka  semua mahu mencapai straight A dalam peperiksaan SPM kerana itulah penentu masa hadapan mereka. Kebanyakannya bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat tajaan biasiswa. Guru-guru juga meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka supaya dapat menaikkan ranking sekolah mereka dalam keputusan SPM nanti.

    “ Ashraf,malam ni boleh tak kau ajar aku Physics? Aku tak faham sangat tajuk electromagnetism ni. Dah banyak kali aku baca tapi tak faham-faham juga. Kau kan pelajar yang top dalam subjek ni.Aku memang perlukan pertolongan kau.” kata Amir ketika mereka beratur mengambil makanan malam di dewan makan. Amir dan Ashraf merupakan kawan baik semenjak mereka berada di tingkatan tiga lagi.

   “ Malam ni?” Ashraf terdiam seketika kerana memikirkan sesuatu. Dia sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk malam itu. Dia perlu belajar subjek Biology kerana esok Puan Maimon akan mengadakan kuiz untuk kelasnya. Banyak subtopic yang dia ketinggalan kerana hampir seminggu dia tidak berada di sekolah kerana menyertai program kepimpinan dan kerohanian peringkat negeri. Ashraf merupakan ketua Badan Dakwah dan Rohani di sekolahnya dan selalu menyertai program di luar sekolah. Tetapi itu tidak pernah menghalangnya daripada menjadi antara pelajar yang cemerlang setiap kali peperiksaan di sekolahnya. Itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya.

  “ Ashraf,kenapa kau diam je ni?” Ashraf tersentak daripada lamunannnya setelah ditegur oleh Amir.

  “ Owh,aku minta maaf.Berkhayal sekejap tadi. Malam ni? Insya Allah aku boleh ajar kau. Pukul berapa dan kat mana?”

  “ Pukul 9 malam,dekat library. Aku dah booking meja discussion. Terima kasih Ashraf.Kau  memang tak pernah menghampakan aku.”

  “ Ok,insya Allah.Kau kan kawan aku.Bila kau susah,aku kena lah tolong.Nanti bila aku pula ada masalah,kau pula kena tolong aku.” Kata Ashraf sambil duduk di meja makan. Menu yang disediakan pada hari itu betul-betul kena dengan selera Ashraf dan Amir. Mereka makan dengan penuh berselera sekali.

   Ashraf memang seorang rakan yang baik.Dia tidak sanggup menolak apabila sahabatnya itu meminta pertolongan daripadanya. Dia yakin Allah akan menambahkan ilmunya apabila dia mengajar dan berkongsi dengan orang lain. Dia juga yakin bahawa ilmunya itu tidak akan habis melainkan hanya akan bertambah apabila dia ikhlas menolong orang lain yang menghadapi kesulitan dalam pelajaran.  Ilmu dan kepandaiannya itu tidak pernah menjadikan dirinya sombong dan bongkak. Dia takut jika dia bersikap demikian, Allah menarik kembali nikmat yang telah dikurniakan kepadanya dan tidak mustahil dalam sekelip mata segala ilmu dan kepandaiannya hilang begitu sahaja. Sesungguhnya,Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
                                                                      * * * * *

        Seperti yang dijanjikan,Ashraf dan Amir menuju ke perpustakaan sekolahnya.Seperti biasa,perpustakaan itu penuh dengan pelajar-pelajar yang rata-ratanya pelajar tingkatan lima.
 “ Nasib baik aku dah tempah meja discussion awal-awal lagi.Kalau tak,alamatnya study group kita kat atas lantai library ni la.”kata Amir bersahaja.

  “ Alhamdulillah.Allah dah permudahkan urusan kita.”kata Ashraf sambil mereka menuju ke meja discussion yang terletak di bahagian belakang perpustakaan. Memang kebanyakan meja discussion diletakkan jauh sedikit berbanding meja study biasa untuk mengelakkan pelajar-pelajar lain terganggu semasa proses discussion dilakukan.

  “ Ok Amir.Kau baca doa sebelum belajar.”arah Ashraf. Dia memang sengaja meyuruh Amir kerana Amir mesti menggelabah apabila disuruh membacakan doa. Dia selalu merendah diri dan merasakan dirinya tidak sebaik Ashraf.Dia lebih suka kalau Ashraf yang membacakan doa setiap kali mereka belajar bersama.

“ Hah? Aku? Tak nak la.Aku bukan apa. Segan dengan kau. Lagipun aku rasa lebih baik kau yang baca baru afdal sikit. Hehe.Lagipun aku bukannya baik sangat,tak macam kau.”

 “ Kali ni,aku dah tak nak terima apa-apa alasan daripada kau. Kau selalu saja mengelak,tetapi kali ni aku tak nak mengalah dengan kau. Baiklah,selagi kau tak baca doa,selagi tu aku tak kan mulakan study group kita ni.So siapa yang rugi nanti?” Ashraf sengaja mengeluarkan kata-kata sebegitu supaya Amir mempunyai keyakinan untuk membaca doa apabila bersamanya. Ashraf memang tidak suka jika dirinya terlalu disanjung oleh Amir sedangkan baginya dia dan Amir sama sahaja. Dia tidak mahu ada jurang sebegitu di dalam persahabatannya. Amir memang selalu merendah diri kerana dia tidak sepandai Ashraf dan tidak begitu banyak ilmu agama seperti Ashraf. Tetapi Ashraf selalu bersamanya kerana dia sayangkan sahabatnya itu kerana Allah.

  “ Pandai kau ya Ashraf.Sengaja nak kenakan aku. Baiklah aku cuba.” kata Amir sambil membaca doa sebelum belajar.

   Bismillahirrahmanirrahim.
  Ya Allah,tambahkan ilmu dan luaskan fahaman kami,
  Ya Allah,lapangkan dada kami dan permudahkan urusan kami,
  Ya Allah,keluarkan kami dari kegelapan ragu-ragu dan muliakan kami dengan cahaya pengertian,
  Bukakanlah bagi kami makrifat ilmu dan berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan,
  Dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaanMu,
  Wahai Yang Maha Pengasih dari kalangan orang yang Mengasihani.
  Amin amin amin ya rabbalalamin.


  “Amin.Alhamdulillah.Ok je.Boleh je kau baca doa tu? Penuh khusyuk aku dengar.Hehe.”
  “ Yela tu.Tapi aku tak reti lagi nak baca doa dalam bahasa Arab.”
  “ Itu tak penting la.Yang penting kita faham doa yang kita baca tu. Baru sampai ke hati. Insya Allah.”
  “ Hehe.Tapi aku kan try juga untuk hafal dalam bahasa Arab. Baiklah,boleh kita start study group kita sekarang?”
 “ Boleh,apa yang kau tak faham?”
“ Ni hah. Tajuk electromagnetism ni. Boleh kau explain sampai aku faham?”
“ Insya Allah.Aku cuba. Tapi tajuk ni banyak subtopic,aku tak rasa malam ni boleh cover semua . Tapi tak apa,aku akan cuba yang terbaik.Kalau tak sempat,esok kan masih ada. Insya Allah. Semoga Allah bagi lagi kesempatan untuk kita esok.Baiklah,electromagnetism ni sebenarnya......” terang Ashraf bersungguh-sungguh. Amir khusyuk mendengarnya. Cara penerangan Ashraf sangat berlainan dengan orang lain dan dia mempunyai caranya yang tersendiri. Kadang-kadang dia akan hubung kaitkan apa yang diajar dengan kebesaran Allah dan apa yang ada di dalam al-Quran. Itulah yang membuatkan Amir sangat bersyukur apabila Ashraf ada kelapangan untuk belajar bersamanya. At least,pada masa yang sama dia dapat menambahkan ilmu agamanya.

  “ Cuba kau tengok ni. Kau rasa kenapa kutub utara tertarik dengan kutub selatan? Dan kenapa kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain?”tanya Ashraf secara tiba-tiba.Dia sengaja mahu menguji Amir yang dari tadi hanya mendengar penerangan daripadanya.

 “ Hah? Sebab dia ada magnetic force. Magnetic force ni akan semakin kuat apabila magnet itu semakin dekat antara satu sama lain.”

 “ Boleh diterima.Tapi ada sebab lain lagi.Cuba kau fikir jauh sikit.hehe.”
 Lama Amir berfikir dan menyelak bukunya berulang kali.Tetapi jawapan yang sama dijumpainya.Dia mengaku kalah.

  “ Aku surrender la Ashraf.Memang aku tak dapat fikir jawapan lain. Dah buntu dah kepala aku ni.Jawapan yang sama je aku jumpa dalam buku ni,”

  “ Memang la sebab itu jawapan dalam buku Physics. Cuba kau tengok kat luar sana,siapa yang menciptakan pokok-pokok,langit dan semua-semua tu?

  “ Allah S.W.T.”

  “ Tepat sekali. Sama la dalam hal magnet ni,kutub yang sama akan menolak dan kutub yang berlainan akan menarik sebab itu semua adalah sunnatullah iaitu ketetapan Allah. Sebab itulah bila kita belajar niat kita kerana Allah dan bukan sebab nak jadi pandai atau nak dapat keputusan yang cemerlang sahaja. Memang tidak salah dan memang kita perlu ada keinginan sebegitu,tetapi kalau niat belajar kita bukan kerana Allah,benda itu akan jadi sia-sia. Jika kita ikhlas belajar kerana Allah,insya Allah setiap apa yang kita belajar ni dapat kita relatekan dengan kebesaran Allah.Insya Allah.”

  “ Wah,aku memang kagum dengan kau Ashraf.Aku tak pernah terfikir pun sejauh tu.Memang betul,aku belajar ni memang semata-mata nak berjaya dalam peperiksaan,dapat kursus yang bagus,dapat kerja yang bagus,dapat gaji yang lumayan tetapi sampai mana je kan? Aku tidak begitu memikirkan kejayaan aku kat akhirat yang kekal abadi. Terima kasih sahabat kerana telah mengingatkan aku.”

  “ Sama-sama.Aku pun dulu macam kau juga,bila aku dah tahu ni aku perlu kongsi supaya kita sama-sama dapat manfaatnya. Tidak salah pun untuk kita mempunyai impian sebegitu,tetapi perlu lah kita buat semua itu untuk mencari redha Allah. Untuk menjadi seorang daie,kita perlu mempunyai ilmu yang banyak. Dan jika kita mempunyai kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat seperti doktor,engineer dan sebagainya,itu lebih mudah untuk kita berdakwah kepada masyarakat. Sebab lumrah manusia itu sendiri,akan mendengar  nasihat daripada orang yang berilmu tinggi.”

  “ Ya,aku sangat-sangat setuju dengan kau. Sekarang baru aku faham untuk apa aku belajar sebenarnya.Kalau macam tu,aku nak ubah sikit cita-cita aku. Aku masih lagi mahu menjadi seorang doctor,tetapi aku bukan sahaja mahu menjadi doctor yang merawat pesakit,tetapi mahu merawat ummah itu sekali. I want to be a Muslim doctor not a doctor Muslim.Insya Allah.”kata Amir penuh bersemangat.

   “ Alhamdulillah.Aku suka dengan semangat kau. Betul tu,kita tidak boleh hanya Islam pada nama,tetapi perlu pada perbuatan. Itulah pentingnya niat apabila kita melakukan sesuatu perkara. Dalam hadis 40,hadis pertama adalah mengenai niat,pahala pekerjaan adalah berdasarkan niatnya.Rasulullah S.A.W bersabda:

   “Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya.Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrah itu menuju Allah dan Rasul-Nya.Barangsiapa hijrahnya kerana dunia atau wanita yang ingin dikahwininya,maka hijrah itu menuju yang diinginkannya.”

    “ Betul tu.Sangat rugi jika niat kita bukan kerana Allah dan Rasul-Nya.Memang tidak mustahil Allah akan berikan segala apa yang kita minta kat dunia ini,tetapi amatlah rugi jika benda itu tidak menjamin kebahagiaan kita di akhirat kelak.” Kata Amir memberikan pandangan.

  “ Hah,pandai pun kau. Eh,sorry sebab dah ambil masa kau cakap benda ni pula. Electromagnetism tadi entah ke mana dah.”

  “ Tak apelah.Lagipun dah banyak sangat kau explain kat aku.Bagus juga cakap benda lain sebab otak aku dah tepu belajar electromagnetism ni. Lagipun benda yang kau bagitahu tu sangat penting untuk aku tahu. Aku pun macam dah faham dengan penerangan kau tentang topic ni. Memang tak salah aku pilih kau jadi mentor aku. Hehe.”

   “Mentor? Haha.Ada-ada je la kau ni. Kefahaman yang kau dapat ni adalah semuanya daripada Allah. Bukan aku.”

  “ Ye,aku tahu.Alhamdulillah.Terima kasih Ashraf.Aku rasa baik kita stop kat sini dahulu. Library pun dah nak tutup dah ni.”

  “Betul juga tu.Baiklah.”

   Sedang asyik mereka mengemas buku,tiba-tiba ada seseorang menegur Ashraf.

     “ Eh Ashraf! Kau kat sini rupanya.Patut la kau tak ada dalam kelas tadi.Dari tadi lagi aku cari kau. Aku nak tanya soalan Biology ni.Macam manalah aku nak jawab kuiz esok kalau banyak benda lagi aku tak faham.” teguran Muiz membuatkan Amir terkejut.

    “Kuiz? Kenapa Ashraf tidak bagitahu aku yang dia ada kuiz esok? Kalau aku tahu,memang aku tak ajak dia study dengan aku la malam ni.”Amir berkata di dalam hatinya dengan perasaan bersalah.

   “ Aik,kenapa kau study Physics Ashraf? Kau dah revise semua topic yang akan masuk esok ke? Hebat la kau.Aku tengok budak kelas kita tu macam apa dah,kelas pun senyap tadi sebab masing-masing khusyuk belajar.”tegur Muiz setelah melihat Ashraf memegang buku Physics.
  “ Eh tak delah. Tak pe,lepas prep nanti aku ajar kau mana yang kau tak faham.Insya Allah, kita jumpa dekat bilik bacaan asrama ok nanti?”Ashraf bersuara.

   “ Owh,baiklah kalau macam tu. Terima kasih Ashraf.See you soon.”kata Muiz sambil berlalu pergi.

   “ Ashraf,kenapa kau tak cakap yang kau ada kuiz esok? Kalau aku tahu,aku tak akan suruh kau ajar aku Physics tau malam ni.Aku boleh je tunggu sampai esok. Aku dah rasa bersalah ni,”kata Amir memerlukan penjelasan.

   “ Eh,tak payah nak rasa bersalah la.Aku ikhlas nak tolong kau ni. Lagipun,balik nanti aku boleh study dengan Muiz. Jangan risau,esok tu kuiz je la.Bukan penting sangat pun.”

   “ Tapi hari tu kau sendiri yang cakap kat aku yang banyak lagi subtopic Biology yang kau tak cover. Jadi macam mana kau nak jawab kuiz esok ni?”

    “ Jangan risau. Allah kan ada.” Kata Ashraf bersahaja sambil mengenyitkan matanya kepada Amir. Jawapan Ashraf itu tidak dapat dibahas oleh Amir. Dia hanya mampu tersenyum dan kagum dengan Ashraf.

   “ Susah nak jumpa sahabat yang sebaik Ashraf.Terima kasih ya Allah kerana telah memberikan aku seorang sahabat yang terbaik. Seorang sahabat yang sanggup berkorban untuk sahabatnya walaupun dia sendiri berada dalam kesusahan.”doa Amir di dalam hatinya.

                                                    * *  * * *

     Setelah selesai membaca al-Mulk bersama ahli dormnya yang lain,Ashraf turun ke bilik bacaan untuk mengulangkaji pelajaran. Sudah menjadi kewajipan setiap hari,setiap dorm di asramanya perlu berhalaqah bersama-sama ahli dorm masing-masing untuk membaca al-Mulk. Tidak ketinggalan juga selepas membaca al-Mulk,Ashraf pasti akan memberi sedikit pengisian rohani kepada ahli-ahli dormnya. Sebagai senior yang paling tua,dia rasa bertanggungjawab untuk itu.Dia tidak mahu junior-juniornya hanya mengejar ilmu keduniaan tetapi dia mahu mereka juga mendapat pengetahuan tentang ilmu agama.

  “ Ok,hari ini abang Ashraf nak share pasal satu ayat al-Quran yang relate dengan sains. Ok Faruqi abang nak awak bacakan surah an-Nisa ayat 56 muka surat 87 beserta maksudnya sekali.” Kata Ashraf kepada juniornya Faruqi yang berada dalam tingkatan dua.

   “Sungguh,orang-orang yang kafir kepada ayat Kami,kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus,Kami ganti dengan kulit yang lain,agar mereka merasakan azab.Sungguh Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana.”


  “ Terima kasih Faruqi. Hah,ada sesiapa nak cuba bagitahu apa yang dia faham tentang maksud ayat ni?”

  “ Yang saya faham ayat ini Allah cakap orang yang kafir dan tidak melakukan suruhan Allah akan masuk neraka dan diazab.” Fahmi,junior yang paling muda menjawab.

  “ Jawapan itu tak salah. Lagi pendapat lain?”

  “ Sama saja dengan Fahmi.”jawab Faruqi.

  “ Baiklah. Sebenarnya kat ayat ini Allah terangkan sekali mengenai ilmu sains iaitu  mengenai kulit kita.Kenapa Allah kata Dia akan gantikan kulit baru supaya mereka merasakan azab? sebab dekat kulit itu kan ada pain receptor. Dan jika kulit seseorang sudah habis terbakar, dia tidak akan rasa sakit lagi sebab pain receptor hanya ada pada  kulit. Kita belajar selama ni rupanya Allah sebut awal-awal lagi dalam al-Quran. Amacam hebat tak Allah?”

  “ Hebat sangat-sangat.Terima kasih abang Ashraf.Kalau abang tidak bagitahu kitaorang,pasti kitaorang tidak tahu pun pasal benda ni.”kata Faruqi.

  “ Alhamdulillah.Lepas ni bolehlah adik-adik share dengan kawan-kawan ya.”

  “ Baiklah.”jawab junior-juniornya serentak.

  “ Ok la kalau macam tu. Bersiap untuk tidur. Jangan bising-bising ok?”

  “ Selamat malam abang Ashraf.”kata junior-juniornya.

 “ Selamat malam. Assalamualaikum.”kata Ashraf sambil melangkah keluar menuju ke bilik bacaan.

Top of Form
                                         * * * *

      “Assalamualaikum Muiz Sorry aku terlambat.Macam mana kau dah dapat jawab belum soalan yang kau nak tanya aku tadi tu? Dari pintu bilik bacaan ni lagi aku dah nampak kau khusyuk menelaah.” tegur Ashraf sambil mengambil tempat di sebelah kerusi Muiz.

   “ Waalaikumussalam.Hah,datang pun kau. Aku memang dah tak boleh fikir dah ni.Buntu sangat-sangat. Memang kau la kena tolong aku.”kata Muiz sambil menyerahkan buku soalan kepada Ashraf.

 “ Insya Allah aku cuba. Oh,soalan pasal fingerprints.Aku tak mahir lagi tajuk ni sebab kan aku tak masuk kelas seminggu hari tu. Tapi tak apa,aku cuba. Kejap ye Muiz aku nak try fikir dahulu.”

 “ Baiklah,tak apa. Take your time.Sambil-sambil tu aku nak baca short notes ni.”
 
  Setelah beberapa minit memerah otak,akhirnya Ashraf akhirnya dapat menjawab soalan tersebut hanya dengan merujuk buku-buku nota dan rujukan.Itulah kelebihan yang Allah berikan kepadanya. Allah memberikannya kefahaman yang cepat dalam belajar tetapi nikmat yang paling besar ialah apabila Allah memberinya kefahaman dalam Islam.

  “ Alhamdulillah.Aku dah tahu macam mana nak jawab soalan ni.”kata  Ashraf sambil menerangkannya kepada Muiz. Ashraf menerangkan jawapan kepada soalan itu satu persatu apa yang dia faham.Moga-moga sahabatnya itu juga memperoleh kefahaman sepertinya.

  “ Wah,hebat la kau Ashraf.Baru aku faham.Terima kasih kawan.”

  “ Bukan aku yang hebat.Tapi Allah yang hebat. Allah sahaja yang bagi aku dan kau kefahaman ni.Aku cuma berusaha setakat yang aku mampu.Dan satu lagi aku juga nak berterima kasih pada kau sebab kalau kau tak tanya mesti aku pun tak tahu nak jawab soalan ni kalau keluar esok.”

  “ Kau memang baik lah Ashraf. Aku tengok kau ni bukan saja pandai dalam pelajaran,ilmu agama pun banyak. Memang lengkap la pakej kau. Sebab tu lah ramai pelajar perempuan minat kat kau,bukan setakat batch kita,junior pun ramai.Jealous aku tengok kau.”

   “ Tak payah la nak puji aku sangat. Aku ni bukannya sempurna sangat.Masih banyak kekurangan. Kau tak perlu nak jealous sebab kau pun tak mustahil boleh jadi seperti aku ataupun lebih baik lagi.Yang penting niat kau ikhlas nak berubah kerana Allah, bukan nak dapatkan perhatian orang lain semata-mata.”

   “ Ye aku tahu. Insya Allah aku pun memang ada keinginan nak jadi macam kau. Daripada pemerhatian aku,study dan ibadah kau sentiasa balance. Tak macam aku,focus kat study je sampaikan nak baca al-Quran sehelai sehari pun payah. Dan sembahyang pun kadang-kadang nak cepat sebab memikirkan banyak benda lagi tak study.Kalau nak dibandingkan dengan kau,boleh dikatakan aku ni teruk.”

  “ Kalau macam tu,kau cuba la sikit-sikit,tak perlu nak berubah secara drastik. Yang penting istiqamah. Kau kena ingat satu perkara,bila kita jaga hubungan kita dengan Allah,Allah akan jaga kita. Maksudnya insya Allah Allah akan sentiasa bantu kita dalam pelajaran ataupun dalam segala hal.Yang penting kita kena yakin dan ikhlas mahu mencari redha Allah.”

  “ Insya Allah. Best jugak borak-borak pasal benda ni.Ni tak asyik belajar je. Tapi aku kena sambung study balik ni sebab banyak lagi aku tak baca.Anyway terima kasih Ashraf.”

  “ Sama-sama.”

   Mereka kembali mengulangkaji pelajaran mereka yang tergendala sebentar tadi. Ashraf tersenyum sendirian. Dia masih ingat kata-kata seorang kenalannya semasa menghadiri kursus baru-baru ini, bahawa dakwah itu  nombor satu tetapi study bukan nombor dua. Sama-sama penting. Malam itu mereka menelaah dengan begitu khusyuk. Banyak soalan dan kemusykilan yang dibincangkan bersama. Subjek Biology merupakan subjek yang paling disukai oleh Ashraf.Biology merupakan subjek yang menarik dan mudah difahaminya kerana subjek tersebut banyak menunjukkan kebesaran Allah sebagai pencipta yang Maha Agung. Penciptaan manusia itu sendiri menunjukkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana. Sebab itulah apabila dia belajar subjek Biology,dia berasa dekat dengan Allah dan selalu memuji-muji kebesaran-Nya.

     “ Muiz,kau tahu tak dalam al-Quran pun ada sebut pasal jantina seseorang itu ditentukan oleh lelaki?” Ashraf tiba-tiba bersuara setelah masing-masing khusyuk menelaah.

    “ Hah? Betul ke? Aku tak tahu pulak pasal tu.”

    “ Betul.Tengok ni dalam surah an-Najm ayat 45 hingga 46..”kata Ashraf sambil menunjukkan tafsir al-Quran kecilnya kepada Muiz. Ashraf memang tidak pernah lupa untuk membawa tafsir al-Qurannya dan juga buku hadis mini miliknya walau ke mana sahaja dia pergi.

    “ dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan, dari mani apabila dipancarkan,” (53:45-46)

  “ Eh,betul lah. Sangat jelas penerangan yang Allah bagi. Menarik nya al-Quran ni bila kita tahu maksudnya.Patutlah aku tengok kau ni tak pernah lekang dengan tafsir kau ni.”

   “ Memang menarik.Al-Quran ni kan panduan lengkap kepada seluruh umat manusia. Semuanya ada dalam al-Quran.Inilah mukjizat teragung yang Allah turunkan kepada nabi kita,Muhammad S.A.W. Allah memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian al-Quran buat selama-lamanya. Jadi walaupun ada yang cuba nak mengubah ayat-ayat al-Quran,itu tidak mungkin berlaku sebab Allah sendiri yang memberi jaminan itu.”

   “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran,dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya. (al-Hijr, 15:9)
  “  Tepat sekali Ashraf. Sekali lagi aku nak bagitahu yang aku sangat kagum dengan kau. Aku bersyukur dapat seorang kawan macam kau.At least ada la juga ilmu agama yang aku dapat bila bersama dengan kau. Terima kasih sekali lagi.”|
  “ No hal la Muiz. Aku pun macam kau.Sama-sama tengah mencari dan belajar. Yang aku tahu aku kongsi dengan kau dan kau boleh kongsi dengan orang lain pula.Baru la ilmu itu akan berkembang.Insya Allah.”kata Ashraf sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

   “  Insya Allah aku cuba. Aku rasa aku nak naik dulu la.Dah hampir pukul 2 pagi ni. Otak aku dah tak boleh nak digest apa-apa ilmu dah. Mata aku dah mengantuk sangat dah ni.Pasal kuiz esok aku bertawakal sepenuhnya kepada Allah.”kata Muiz sambil mengemas buku-bukunya.

   “ Baiklah.Aku pun nak naik juga ni. Betul kata kau Muiz,apabila sudah berusaha kita kena bertawakal kepada Allah. Yang selebihnya kita serahkan kepada-Nya.Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Lagipun aku tengok kau dah study betul-betul dah.Insya Allah esok kau dapat jawab soalan kuiz dengan baik dengan pertolongan Allah. Semoga berjaya esok.”

    “ Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat  mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal. ( ali-Imran 3: 160)
   “ Ok terima kasih Muiz.Kau pun.Baiklah aku naik dahulu. Assalamualaikum.”

   “ Waalaikumussalam.”

                                                    *****

        Seperti kebiasaan, Ashraf akan memastikan dirinya akan tidur sebelum jam 2 pagi. Dia perlukan waktu tidur yang cukup supaya diriya tidak mengantuk pada keesokan harinya. Lagipun dia tidak mahu terlepas untuk melakukan qiammullai. Dia tahu jika dia tidur terlalu lewat,dia mungkin tidak akan mampu untuk bangun qiamullai. Dia masih teringat ceramah yang didengarnya melalui radio baru-baru ini. Ceramah tersebut adalah mengenai Adab-adab Dalam Menuntut Ilmu.  Kata-kata penceramah tersebut masih terngiang-ngiang di telinganya.

      “ Ada lima perkara yang paling berkesan untuk memperkuat ingatan dan memudahkan hafalan. Jika kelima-lima perkara ini diamalkan,insya Allah ingatan akan bertambah kuat dan hafalan kita lebih mudah.Lima perkara itu ialah :
     1. Kesungguhan
     2. Berterusan (istiqamah)
     3. Mengurangkan makanan
     4. Sembahyang malam
     5. Membaca al-Quran

    “  Memang ramai pelajar sekarang tidak mementingkan amalan solat malam. Sebenarnya solat malam itu mempunyai banyak kelebihan dalam membentuk seorang individu muslim yang mantap akidahnya dan cantik akhlaknya.”

   “ Sungguh,bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” ( al-Muzzammil 73:6)  
    “Kerana apabila seseorang itu sanggup untuk bangun malam dan mengorbankan waktu tidurnya,dia merupakan orang-orang yang terpilih oleh Allah. Sebab sangat jarang pelajar yang menjadikan solat malam sebagai amalan harian mereka. Sebenarnya sebelum turunnya ayat ke-20 surah al-Muzzammil,solat malam adalah wajib.”
   “ Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk salat) pada malam hari,kecuali sebahagian kecil, (yaitu) separuhnya atau kurang sedikit daripada itu,atau lebih dari (seperdua) itu,dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. (al-Muzzammil 73:1-4)
      “ Pada zaman dahulu jika Rasulullah dan sahabat-sahabat penat berdakwah dan berperang,Allah memerintahkan mereka supaya solat malam kerana solat malam boleh menguatkan jiwa.Itu adalah formula yang Allah sendiri bagi untuk memantapkan jiwa. Allah yang menciptakan kita jadi dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Namun setelah turunnya ayat ke-20 surah al-Muzzammil,hukum solat malam menjadi sunat.”
    “ Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau (Muhammad) berdiri (salat) kurang dari dua pertiga malam,atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu.Allah menetapkan ukuran siang dan malam.Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menentukan batas-batas waktu itu,maka Dia memberi keringanan kepadamu,karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran;Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit,dan yang lain berjalan di bumi mencari sebagian kurnia Allah;dan yang lain berperang di jalan Allah,maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran...”  (al-Muzzammil 73:20)

     “Allah S.W.T mengetahui kemampuan manusia itu sendiri.Tetapi jika dikuatkan hati untuk bangun solat malam,insya Allah solat malam itu boleh dilakukan hampir setiap hari. Cubalah dan anda akan dapat merasai suatu perasaan yang mendamaikan pada ketika itu dan mohonlah apa-apa sahaja kepada Allah,insya Allah Allah akan makbulkan. Jika ditanya tentang rahsia kejayaan pelajar cemerlang,pasti mereka akan menjawab salah satu daripada rahsianya adalah solat malam.”

     Sejak daripada itu,Ashraf cuba untuk bangun qiamullai setiap hari.Walaupun pada mulanya dia tidak begitu istiqamah tetapi alhamdulillah lama-kelamaan dia diberikan kekuatan oleh Allah untuk melakukannya hampir setiap hari. Dia masih ingat pertama kali dia bangun untuk melakukan solat tahajud adalah dalam 15 minit sebelum masuk waktu Subuh.Apabila amalan tersebut telah konsisten,barulah dia mencuba untuk bangun dengan lebih awal iaitu pada pukul 4 pagi. Walaupun penat,dia akan cuba untuk bangun kerana jika dia meninggalkan qiamulai walaupun satu malam,hatinya akan berasa tidak tenang dan kekurangan sesuatu. Ini kerana dia sudah merasai kedamaian dan ketenangan jiwa yang Allah berikan kepadanya kesan daripada qiamullai itu. Dia juga mahu kawan-kawannya juga merasai perasaan yang sama dengannya. Sebagai ketua badan dakwah dan rohani,dia rasa bertanggungjawab untuk mengajak rakan-rakannya yang lain untuk sama-sama menjadikan qiamulai sebagai amalan untuk pengisian rohani mereka.Setiap minggu,program qiamullai mingguan akan diadakan di surau sekolah. Program itu tidak diwajibkan kerana dia tidak suka untuk memaksa sesiapa. Tetapi alhamdulillah lama-kelamaan program itu mendapat sambutan yang baik daripada rakan-rakannya yang lain.

                                                *****

      Jam loceng Ashraf yang berbunyi menyebabkan dia tersedar dari tidurnya. Dia cepat-cepat mematikan jam locengnya kerana tidak mahu mengganggu dorm-matenya yang lain. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 4 pagi. Dia perlu bangun dan membersihkan diri untuk qiamullai dan menelaah pelajaran. Setelah mengambil tuala dan alat keperluan untuk membersihkan diri,dia keluar dari dormnya dan menuju ke bilik air.

    Apabila melangkah masuk ke dalam bilik air,dia terkejut apabila melihat Muiz dan Amir sudah selesai mandi. Tidak pernah-pernah sebelum ini mereka bangun sebegitu awal. Dia tertanya-tanya sendirian.

    “ Hei Ashraf,kenapa muka kau nampak terkejut ni? Macam nampak hantu je aku tengok.” kata Muiz dalam nada bergurau. Amir yang berada di sebelahnya hanya tersenyum.

    “ Bukan la Muiz.Aku rasa dia terkejut tengok kita ni. Yela mana pernah kita bangun seawal pagi ni.”sampuk Amir sambil ketawa.

    “ So apa mimpi korang bangun awal-awal ni?”saja Ashraf bertanya sebegitu untuk menduga mereka. Dia dapat rasakan bahawa Amir dan Muiz bangun awal untuk melakukan qiamullai bersama. Entah kenapa dia berasa sangat gembira pada pagi itu.

   “ Sampai hati kau Ashraf tanya kitaorang macam tu. Tak kan kau tak  nampak yang kitaorang pun nak cuba jadi soleh macam kau? Hehe.” kata Muiz dengan nada merajuk yang dibuat-buat.

    “ Yela Ashraf. Sebenarnya kitaorang dah lama nak start bangun qiam ni tapi tu lah asyik tangguh-tangguh je. Tapi bila dah sepakat dengan Muiz baru ada semangat sikit nak bangun. Dan alhamdulillah hari ini senang pula nak bangun.Biasanya sangat-sangatlah liat walaupun jam loceng aku tu berbunyi dengan kuatnya.hehe..” kata Amir.
     “ Alhamdulillah. Aku bergurau je la tadi. Aku sebenarnya dah dapat rasakan yang korang bangun awal ni sebab nak bangun qiam. Aku bersyukur dan gembira sangat-sangat ni. Lepas ni boleh lah kita pergi surau sebab selalunya aku qiam dalam dorm je.” kata Ashraf.

    “ Insya Allah.Kau doakanlah supaya kitaorang ni istiqamah. Takut juga aku mula-mula ni je bersemangat tapi lepas tu dah tak buat dah.” Kata Muiz.
    “ Insya Allah jika apa-apa yang kita lakukan sebab Allah dan Rasul,Allah akan permudahkan urusan kita. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang bersungguh-sungguh mencari redha-Nya. Kita patut bersyukur sebab akhirnya Allah dah pilih kita untuk melakukan amalan ini yang kebanyakan pelajar lain tidak fikirkan betapa besarnya hikmah orang yang bersolat malam ni. Dan kita juga perlu ikhlaskan diri untuk melakukan benda ni bukan sebab terikut-ikut dengan kawan. Alhamdulillah,Allah telah membuka pintu hati kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya pada waktu ini. Tidak seperti kawan-kawan kita yang lain yang kebanyakannya sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk study sahaja.”

  “ Betul tu Ashraf. Aku setuju dengan kau.Insya Allah sama-samalah kita doakan supaya mereka juga terbuka hati. Apa pun kalau boleh solat malam ni kita lakukan bukan untuk musim peperiksaan semata-mata tetapi untuk sepanjang masa. Biarlah ia menjadi amalan rutin kita semua.” Kata Amir bersungguh-sungguh.

  “ Insya Allah. Amin.” kata Muiz dan Ashraf serentak.

  “ Aku rasa dah lama kita berborak ni. Aku belum mandi lagi. Korang pergi la dulu ke surau. Nanti aku menyusul ok?”

 “ Yela.hmm.baiklah. Oh ya Ashraf sambil tunggu waktu Subuh nanti aku dan Muiz ingat nak ajak kau tilawah dan tadabbur surah an-Nas la. Sebab kita kan manusia jadi aku rasa nak faham betul-betul maksud surah an-Nas itu sendiri. Sebagai permulaan kita start dengan surah-surah dalam juzuk 30 dulu sebab surah-surah ni kan tak panjang. Lagipun kita kan busy nak study lagi. Tapi kalau dah dapat tilawah dan tadabur surah-surah ini pun dah bagus aku rasa.Sebab at least ada la juga usaha kita nak belajar dan menambahkan pengetahuan dalam ilmu agama juga.Insya Allah.” Muiz mengemukakan cadangan.

  “ Wah,satu cadangan yang sangat bagus. Aku setuju. Insya Allah semoga Allah permudahkan. Ini baru betul. Ilmu dunia dan ilmu akhirat dikejar seimbang. Alhamdulillah.Baiklah. Jumpa nanti ya. Assalamualaikum.” Ashraf mengakhiri perbualan.

  “ Waalaikumussalam..”

      Sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati mereka. Allah Maha Mengetahui bilakah waktu terbaik untuk menyentuh hati hamba-hambaNya. Sebab itu Ashraf,Muiz dan Amir cuba untuk tidak memberikan alasan tidak cukup masa untuk melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Bagi mereka redha Allah itu sangat penting untuk berjaya. Sia-sialah mereka yang belajar tetapi bukan dengan tujuan untuk mencari redha Allah. Kebanyakannya bergantung sepenuhnya kepada guru dan buku-buku untuk mereka berjaya bukan mengharapkan pertolongan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.     

      Pergantungan sepenuhnya kepada Allah sangat penting kerana Allah yang menentukan segala-galanya. Namun begitu,mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah menilai usaha bukannya hasil. Adakah usaha mereka itu disertakan dengan niat kerana Allah dan Rasul ataupun tidak?  Tidak mustahil Allah memberikan kejayaan hasil daripada usaha mereka yang tidak mengharapkan pertolongan-Nya. Tetapi itu semua kejayaan di dunia yang hanya sementara. Bagaimana pula dengan kejayaan mereka di akhirat yang kekal abadi? 

Tepuk dada,tanya iman.

  Sabda Rasulullah S.A.W :

    “ Banyak pekerjaan yang nampaknya pekerjaan keduniaan ,kerana baik niatnya maka ia menjadi amalan akhirat. Banyak pekerjaan yang nampaknya berupa amal akhirat tapi kerana buruk niatnya menjadi pekerjaan keduniaan.”

     
Niat yang sepatutnya ada pada penuntut ilmu ialah untuk mengharap redha Allah Ta’ala dan negeri akhirat,melenyapkan kejahilan dalam dirinya dan diri orang-orang yang bodoh,menghidup dan mengekalkan Islam.Sesungguhnya Islam hanya dapat dikekalkan dengan adanya ilmu. Zuhud dan takwa tidak ada gunanya tanpa disertai dengan ilmu.



                                                             THE END

                      HAK CIPTA TERPELIHARA BY SITI FARAH AIMAN
   


Friday 24 August 2012

DIARI SYAWAL~


     Assalamualaikum w.b.t.. Farah rasa nak abadikan kenangan raya tahun ni dalam this blog..Bukan apa,bagi Farah raya tahun ini lebih bermakna daripada sebelumnya. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah sebab Allah masih lagi bagi Farah peluang beraya dengan family terchenta pada tahun ini.

1 SYAWAL~ Seperti biasa,hari raya pertama,Farah dan family akan beraya di kampung.Pada tahun ni,kami semua beraya di kampung abah dahulu.Dekat sangat2 dengan rumah Farah.Only about 10 minutes journey by car. Hehe. Raya tahun ini hijau menjadi warna pilihan keluarga Farah. Tapi asenya bukan family Farah je sebab sepanjang perjalanan I could see green is everywhere! Warna pilihan ramai pada tahun ni kot.hehe. Macam biasa,kat umah Tok Ayah dan mak,mihun goreng air tangan mak(panggilan for nenek) memang la menjadi tumpuan,sebab sedap sangat. Sampaikan nasi dagang yang ditempah pandang sepi je..hehe. Mak memang pandai masak.Bila la nak cedok ilmu memasak ngan mak. Mintak2 semua panjang umur,boleh la berguru dengan mak nanti.Insya Allah.

   Then we all pergi beraya kat umah adik bongsu mak,memang tumpuan saudara mara sebab rumah dia besar.hehe. Menu yang sememangnya mesti ada kat sini adalah makaroni bakar. Best sangat-sangat. Selepas tu,ktorang beraya di rumah pak sedara mak sedara abah... Yang paling unik adalah mengenai menantu salah seorang nenek saudara Farah. Menantu dia ada pelbagai bangsa. Ada siam,mat saleh,philippines dan Indian. Sangat2 unik kan family ni?? Farah tengok pun rasa macam seronok sebab boleh kenal banyak budaya lain dan paling penting pada masa yang sama dapat tarik mereka kepada Islam..Alhamdulillah.
    Destinasi terakhir pada hari raya pertama adalah kampung sebelah umi. Dekat juga dengan rumah Farah. Dalam setengah jam perjalanan. Kat sini lagi riuh dan meriah sebab adik beradik umi lebih ramai. Dan paling penting ada mak cik yang terror masak! Menu pada hari tu adalah nasi beriyani,ayam masak merah.makaroni goreng,roti jala,kerutub daging and so many more. Penat makan!Hehe.




   2 SYAWAL~ Hari raya kedua lepak je di rumah nenek. Long tyme no see to each others,so banyak la benda yang dibualkan. :)

   3 SYAWAL~ Open house di rumah my aunt,cik ma. Makan mee kari.terbaeek!hehe

  4 SYAWAL~ Very hectic day sebab majlis kesyukuran di rumah Farah. Masya Allah memang ramai sangat orang datang. Penat melayan tapi best sebenarnya. Nasib baiklah dorang x datang sekali gus,lau tak nak duduk manalah tetamu sebab rumah Farah kecik aje.hehe. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Majlis kesyukuran itu adalah untuk Farah yang bakal fly esok! ( 26 Ogos 2012)..cuak,berat hati,gembira,semua ada.Maklumlah diri ini akan terbang dengan memikul amanah dan harapan ramai orang. Semoga Allah permudahkan segalanya.Amin! Pada hari tu,ada jugak solat hajat yang diimamkan oleh atuk Farah sendiri. Ase nak nangis pun ado masa tu memikirkan boleh tak Farah survive nanti kat India..Insya Allah. Menu pada hari itu adalah sate terbaik dari ladang dan banyak la side dish yang lain..Moment yang paling best adalah bila kawan2 datang memeriahkan majlis. Kawan2 yang masih lagi kamcing semenjak darjah 3. Hepy sangat2 dapat jmpa dorang semua. Yang paling tak boleh blah bila ada kawan Farah cakap, " Hai Farah,nanti ko balik comfirm2 antara kitaorang ni dah ada anak!" Haha..memang pecah perut la. Tapi betullah apa yang dia ckp sebab lau x de aral melintang,Farah akan grad pada umur 26 tahun..insya Allah.. Dan ramai je pak cik pak cik mak cik mak cik cakap jangan cari orang sana pulak. Owh,mintak jauh la..my taste still Malaysian..haha. Dan common pesanan adalah..jangan lupa kirim salah kat Shah Rukh Khan..haha.macam2 betul dorang ni.


  Alhamdulillah..raya tahun ni best..:)

p/s : Esok pada waktu ni,pukul 1.22 pm..I already kat Karad India..Insya Allah..may Allah ease everything..do pray for me ya friends! Luv u all :)


Monday 20 August 2012

~25 PROPHETS~PEACE BE UPON THEM ALL :)

    Assalamualaikum...cane raya korang2 semua?? Banyak tak dapat duit raya?? Hehe.. Farah sebenarnya masih tak de mood nak tulis pasal sambutan hari raya sebab mood nak menulis pasal hari raya tak datang-datang lagi. Lagipun bagi Farah tak bermanfaat sangat. Baik Farah share yang bermanfaat kan? Hmm. kali ni Farah nak share tentang nama-nama nabi kita dalam versi bahasa Inggeris. Walaupun sekarang u olz rasa x ada kepentingannya lagi,tapi nak tambahkan ilmu tak salah kan? Hehe.. Here we go~

Adam-Adam

Idris- Enoch
Nuh-Noah
Hud-Hud
Soleh-Soleh
Ibrahim-Abraham
Lut-Lot
Ismail-Ishmael
Ishak-Isaac
Yaakub-Jacob
Yusuf- Joseph
Ayub-Job
Syuib-Jethro
Musa-Moses
Harun-Aaron

Zulkifli-Ezekiel
Daud-David
Sulaiman-Solomon

Ilyas-Elijah
Ilyasa-Elisha
Yunus-Jonah
Zakaria-Zecharia
Yahya-John
Isa-Jesus

Muhammad-Muhammad

Peace be upon them all :) We love our prophets!

p/s : Setiap nabi mempunyai kisah yang tersendiri. Macam mana mereka berdakwah menyeru kaum masing-masing menyembah Allah yang satu. Itu tidak mudah. Setiap kisah boleh dijadikan iktibar dan pembakar semangat untuk kita berdakwah! Insya Allah.. Cubalah baca,paling tak pun kita cuba baca kisah nabi kita sendiri iaitu Nabi Muhammad S.A.W...Selamat membaca :)


Friday 17 August 2012

~SAYONARA JAHILIYAH~

   “Tasha,dah pukul tiga pagi ni. Kenapa awak tak tidur lagi?” tanya Dahlia kepada temannya itu. Pagi itu Dahlia terjaga kerana dia mahu ke tandas. Dia melihat Tasha masih lagi menghadap laptop Applenya. Seingat Dahlia,sebelum dia tidur pada pukul sepuluh tadi,dia sudah melihat Tasha sudah melekat di hadapan laptopnya.

   “Owh,Dahlia. Aku tengah tengok cerita Korea lah.Tinggal tiga episod lagi.Nampaknya aku kena habiskan malam ni jugak sebab aku memang dah tak sabar nak tahu ending dia macam mana.”
   “ Hah,lau awak habiskan malam ni maksudnya awak tak tidur lah sampai ke Subuh.Ingat Tasha esok kelas kita start pukul lapan pagi. Kelas tutorial Physics pulak tu. Nanti awak mengantuk dalam kelas Physics macam mana? Awak kan tahu Miss Haliza pantang sikit bila ada orang mengantuk dalam kelas dia.Saya tak nak awak kena marah nanti.” Bebel Dahlia.

   “ Aku tahu lah Dahlia.Tak pe don’t worry. Aku bukan tak nak tidur tapi aku comfirm tak boleh tidur punya selagi aku tak habiskan drama ni malam ni jugak. Aku ok je la esok. Ala,kau pun tahu kan aku memang biasa marathon drama sampai subuh so tak de hal lah..” jawab Tasha untuk mempertahankan dirinya.

   “ Hmm..suka hati awak la Tasha. Dah banyak kali saya nasihat tapi awak tak nak dengar jugak. Alang-alang awak tak nak tidur sampai Subuh ni,nanti kejutkan saya solat Subuh ok?”
  “Ok.no problem.”


     Tasha Syakirah merupakan seorang yang sangat fanatik dengan K-Pop.Maklumlah sudah menjadi trend sekarang anak-anak muda menggilai artis-artis dari negara Korea Selatan itu. Mana taknya,artis-artis dari sana semuanya cun-melecun,handsome dan kiut-miut. Memang pakej mereka cukup dari segi bakat dan personaliti. Baginya,jika dia tidak follow benda-benda yang tengah menjadi kegilaan sekarang,dia akan merasakan dirinya rugi dan ketinggalan daripada kawan-kawannya yang lain.

    Tetapi itu berlainan dengan Dahlia. Dia merasakan semua itu hanya membuang masa dan duit. Dia tidak nampak kepentingan untuk menggilai K-Pop seperti Tasha. Dia pun sendiri tidak faham kenapa Tasha begitu fanatik dengan K-Pop. Dulu,dia juga meminati K-Pop tetapi minatnya itu hanya sementara. Dia bersyukur.

   Jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.45 pagi. Tasha sudah beberapa kali menguap  kerana terlalu mengantuk. Dia baru sahaja menghabiskan drama Korea itu. Dia puas. Tetapi sekarang dia teragak-agak untuk tidur atau tidak kerana lima minit lagi waktu Subuh akan masuk. Namun dia tidak dapat menahan dirinya,lalu masuk ke biliknya untuk tidur.

   “ Kring..kring…”jam loceng Dahlia berbunyi beberapa kali. Disebabkan tidak dapat menahan bunyi bising jam loceng itu,Dahlia bangun dengan keadaan yang agak mengantuk. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. “ Alamak,terlepas lagi solat Subuh berjemaah kat surau.” Dia terus ke bilik air untuk berwuduk dan menunaikan solat Subuh.

    Usai menunaikan solat Subuh,Dahlia terus mengejutkan Tasha. Dia tahu Tasha belum solat lagi kerana Tasha tidak mengejutnya untuk solat Subuh seperti pesannya semalam.

   “ Tasha,Tasha..bangun! Dah lewat dah ni. Nanti awak terlepas solat Subuh.” Walaupun sudah beberapa kali Dahlia mengejutnya,dia tetap tidak bangun.

  “ Tu la awak.Saya dah cakap kan semalam. Ni la kesan buruknya. Nak bangun sembahyang subuh pun liat.  Bangunlah Tasha. Saya dah penat tau kejutkan awak ni. Ke awak nak saya mandikan awak kat sini.Senang sikit. Baru terbangun terus..” ngomel Dahlia. Dia sudah biasa dengan perangai Tasha itu.

  “ Yela,yela.Aku bangun la ni..”jawab Tasha sambil bangun menuju ke bilik air dalam keadaan yang separuh sedar.


                                                        *****

   “ Dahlia,mana Tasha? Dah banyak kali tau dia tak datang ke kelas saya. Awak satu rumah dengan dia kan?” tanya Miss Haliza. Suara lantangnya menyebabkan suasana di dalam kelas tutorial itu senyap seketika. Semua mata memandang ke arahnya.

 “ Alamak,apa aku nak jawab ni..Tadi sebelum keluar,aku dah pesan kat dia pasal kelas ni. Silap aku jugak keluar awal sangat..”

 “ Dahlia oh Dahlia.Kenapa awak senyap je.Saya tengah tanya awak ni..”
   Dahlia tersentak dengan teguran itu. Dalam keadaan tergagap-gagap,dia menjawab, “ Saya pun tak pastilah miss. Biasanya saya datang ke kelas sekali dengan dia tetapi hari ni saya keluar awal sikit sebab ada urusan. Mungkin dia tak terbangun lagi miss..”

  “ Ni yang saya tak suka. Kelas tutorial ni penting sebab peperiksaan awak semua tak lama je lagi. Saya tak nak ada pelajar saya yang gagal nanti. Jangan salahkan saya jika saya ambil tindakan disiplin nanti.Awak jangan ingat belajar kat universiti ni boleh sesuka hati je nak ponteng kelas.” bebel Miss Haliza. Disebabkan Tasha seorang,seluruh kelas dimarahinya pada pagi itu.

   Usai kelas tutorial selama dua jam,Dahlia terus mencapai handphonenya dan mendial nombor Tasha.

  “ Assalamualaikum Tasha.Awak kat mane?Kenapa tak datang kelas tadi. Kan sebelum saya keluar tadi saya dah kejutkan awak.”

  “ Aku tak dengar la kau kejutkan aku tadi. Mengantuk sangat sebab tu aku tidur mati tadi. Sedar-sedar dah pukul 9.30 pagi. Nak buat macam mana,benda dah jadi. Eh,aku lapar la. Jom breakfast.Lagipun next class start pukul 11 pagi kan?”

“ A’ah. Ok,saya tunggu awak kat café. See u there..”jawab Dahlia sebelum mematikan talian.


                                                   *****

    “Tanpa kita sedar,realiti umat Islam sekarang semakin teruk. Tengoklah remaja-remaja kita sekarang,sangat taksub dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara. Mereka tidak sedar yang orang Yahudi laknatullah sedang bertepuk tangan melihat umat Islam sekarang yang sedang hanyut dengan agenda-agenda yang memang sengaja dicipta dan direka oleh mereka. Contohnya facebook sekarang. Berapa ramai remaja kita tidak tidur sampai pagi kerana taksubnya dengan facebook itu sampaikan lalai daripada mengingati ALLAH. Hiburan apatah lagi.Sangat dahsyat kesannya. Umat Islam sekarang lebih menjadikan semua benda itu sebagai cara hidup yang kebanyakannya menyimpang daripada cara hidup yang sebenar. Rasulullah S.A.W pernah bersabda..”

 
   “Kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang lapar mengerumuni hidangan.”
   Sahabat-sahabat bertanya, “ Apakah ketika itu bilangan kami sedikit Ya Rasulullah?”
   Rasulullah S.A.W menjawab, “ Tidak,bahkan kamu ramai,tetapi kamu seperti buih di lautan.Kamu telah diserang penyakit wahn.”
   Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
   “ Cinta akan dunia dan takut akan mati.”



   Kata-kata seorang ustaz dalam  sebuah ceramah yang dihadiri oleh Dahlia baru-baru ini masih lagi segar di ingatannya.Ceramah yang bertajuk “ Di Mana Pemuda Kita?” sangat menarik dan telah memberikan semangat yang baru kepadanya untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi.   Dia sangat tertarik dengan sabda Rasulullah S.A.W itu.

   Cinta akan dunia dan takut akan mati. Sabda Rasulullah itu sangat dekat dengan dirinya. Walaupun dia sudah cukup solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga batas-batas pergaulan,menjaga auratnya dalamberpakaian dan selalu membaca al-Quran,dia dapat rasakan semua itu belum cukup. Cintanya terhadap dunia masih banyak. Dahlia sebenarnya mempunyai kegilaan untuk bershopping. Dia sangat mudah tertarik untuk membeli pakaian walaupun kadang-kadang benda itu bukanlah satu keperluan bagi dirinya.  Sampaikan masih ada lagi baju yang masih belum dipakainya walaupun sudah lama dibeli. Kadang-kadang sampai tahap membazir. Dia dapat rasakan dirinya dengan orang lain sama sahaja.Gila K-Pop atau gila bershopping, semuanya sama sahaja. Keburukannya lebih banyak daripada kebaikan.

    “Aku kena cuba untuk berubah. Aku kena cuba buang kegilaan aku itu. Insya ALLAH. Bantulah hamba-Mu ini ya ALLAH…” doa Dahlia bersungguh-sungguh.

                                                          
                                                 *****


       “ Hoi Dahlia. Termenung jauh nampak..”sergah Tasha.
       “ Astagfirullah halazim…terkejut saya Tasha. Awak ni Tasha bagi la salam dahulu..”
      “ Yela ustazah.Assalamualaikum cik Dahlia yang comel..”
      “ Waalaikumussalam. Tak payah nak mengada-ngada.Cepat pergi ambil makanan. Saya dah lama tunggu awak ni.Nasi saya pun dah sejuk ni..”

   Itulah Tasha.Perangainya yang gila-gila itu membuatkan Dahlia senang berkawan dengannya.Sudah hampir dua tahun perkenalan mereka semenjak hari pertama mendaftar di universiti itu. Tasha juga tidak kisah walaupun selalu kena ‘ceramah’ dengan Dahlia.Dia tahu semua itu untuk kebaikannya juga. Hari demi hari dia dapat rasakan perubahan pada diri Dahlia.  Dahulu Dahlia jenis yang tidak kisah tentang apa yang dilakukannya tetapi sekarang jika ada benda yang dirasakan tidak betul,Dahlia akan terus menegurnya. Walaupun dia buat-buat tak endah,masih ada teguran Tasha yang terkesan di hatinya.Cuma dia tidak mahu menampakkannya di hadapan Dahlia.

 “ Ayam masak kicap lagi. Tak jemu ke Dahlia makan benda yang sama hari-hari?” tanya Tasha.

 “ Bila dah suka mestilah tak jemu Tasha oi..”

 “ Tapi kau kena lah cuba masakan lain jugak. Baru kau akan tahu ada lagi masakan lain yang lebih sedap daripada ayam masak kicap kau ni..Tengok macam aku,aku suka kelainan. Everyday aku akan makan masakan yang berlainan..”

“ Yela Tasha.Pandai la awak ya. Hah,kalau macam tu,apa kata awak cuba tukar minat awak sekarang.Mungkin awak akan jumpa sesuatu yang lebih best dan bermanfaat untuk awak.”

 Minat aku? Aku minat apa Dahlia?”saja Tasha berteka-teki.

“ Eleh,benda yang awak dok menghadap sampai subuh tu lah..”

 “ Owh,drama Korea ke maksud kau? Ntahla,aku tak jumpa lagi benda yang lagi best daripada itu. Sorry to say.hehe.”

“Awak pernah cuba ke cari benda yang lebih best daripada itu?”sengaja Dahlia mahu menduga.

 Ringkas jawapan Tasha. “Perhaps..”

                                               *****

    Selepas solat Magrib berjemaah, Dahlia menyuruh Tasha duduk sebentar di sebelahnya. Tasha pada mulanya pelik kenapa tiba-tiba Dahlia mengajaknya solat berjemaah.

     Dahlia bertanya kepada Tasha, “ Jika awak diberi pilihan nak gaji RM1000 ke RM 27000,mane yang awak akan pilih?”

    “ Mestilah aku pilih RM27000,banyak kot..”

    “ Hah,sama lah macam solat. Kan solat berjemaah ni pahalanya 27 kali ganda. Banyak kan? Pahala tu benda yang kita tak nampak sebab tu kita tak dapat rasa sangat nikmatnya. Begitu juga dosa. Kalaulah ALLAH membuka hijab kita boleh nampak syurga dan neraka,pasti ramai yang akan berada di atas tikar sejadah.Tapi ALLAH tak bagi kita nampak sebab ALLAH nak uji sejauh mana keyakinan kita terhadap benda-benda ghaib tersebut.”

   “Hmmm..betul-betul. Bagus la kau Dahlia.Aku memang tak boleh jadi macam kau.Aku pun join usrah sekali dengan kau,tapi aku macam ni jugak.Tak berubah-ubah. Aku tengok kau macam aplikasikan je semua benda yang naqibah kita suruh buat. Macam aku ni masuk telinga kiri keluar telinga kanan la..”

   “ La,sape kata tak boleh.Saya pun macam awak jugak dahulu.Awak kena ingat ALLAH yang pegang hati-hati kita. Bila-bila masa je kita boleh berubah dengan izinNya.Yang penting kita niat kita tu kena betul-betul ikhlas nak berubah. Insya ALLAH,pertolongan ALLAH itu akan datang dengan sendirinya. Saya pun bukan berubah secara drastik,sikit-sikit tetapi kena berterusan. Sebab tu saya start dengan solat jemaah ni.Insya ALLAH,kalau boleh mana waktu yang sempat kita try jugak jemaah ok?” nasihat Dahlia panjang lebar.

   “Ok,insya ALLAH. Terima kasih Dahlia. Aku akan cuba..”jawab Tasha.

   “ Saya pun harap kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan cuba untuk menjauhkan diri daripada benda-benda yang lagha,iaitu sia-sia. Saya sendiri pun banyak lagi buat benda yang sia-sia tapi saya tengah cuba untuk meninggalkannya.Awak pun tahu kan saya ni gila bershopping yang kadang-kadang tu sampai tahap membazir. Memang susah nak buang benda itu dan saya juga tahu awak juga susah nak buang minat awak terhadap K-Pop. Tapi yang penting kita kena mencuba ok?”sambung Dahlia lagi..


 Abu Hurairah ra. Berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
   “ Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya.”
                            -Hadis riwayat oleh Tirmidzi dan lainnya-

“ Ya,aku tahu.Tapi benda itu kena ambil masa juga kan?Kau pun kena tolong aku Dahlia.Lau aku sorang-sorang memang tak boleh la. Aku akan cuba…Insya ALLAH.”

*****

  “ Tasha,kau dah tengok belum latest drama Korea. Best giler.Rugi kalau lau tak tengok. Dahlah heroin dia cantik,hero pula handsome nak mati. Romantik sangat lelaki tu..Bestlah kalau dapat boyfriend macam dia..” Nadia mula berangan. Dia merupakan pembekal cerita-cerita Korea di fakultinya. Dia tidak kisah untuk mendownload semua cerita-cerita yang best. Maklumlah,free of charge dengan menggunakan WiFi  di universitinya.

  “ Erk,aku tak tengok la Nad. Aku bukan ape lau boleh nak stop jap layan benda tu.Exam kan dah dekat. Aku nak focus study..”

   “ Ala,xpela.Kalau kau dah tension sangat study tu,kau tengok je la cerita ni.Comfirm hilang tension kau tu..”pujuk Nadia.

  Tiba-tiba Dahlia yang dari tadi memerhati mereka menyampuk dari belakang, “ Cik Nad. Saya nak tanya sikit boleh? Macam mana Cik Nad boleh bagi jaminan yang tengok benda tu boleh hilangkan tension? Saya rasa kepuasan itu sementara je.Lama-lama akan tension balik. Lagipun, saya yakin hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..Betul tak Tasha?”

  “Erk,betul..betul..” jawab Tasha dengan nada tersekat-sekat. Dia tidak menyangka Dahlia berani menegur Nadia. Mungkin dia betul-betul tak tahan dengan perangai Nadia yang selalu memuji artis-artis Korea yang kadang-kadang baginya melampau.

 “ Kenapalah kita nak berbangga-bangga dengan orang bukan Islam.Sepatutnya idola kita adalah Rasulullah S.A.W.Bukannya orang bukan Islam yang tidak ada kepentingannya langsung. ALLAH tak pandang la semua tu..” kata-kata Dahlia membuatkan Tasha dan Nadia sama-sama terpempam. Kedua-duanya membisu,lidah mereka kelu untuk berkata-kata. Walaupun Nadia agak terasa dengan kata-kata Dahlia,dia tidak menafikan ada benarnya kata-kata Dahlia itu.


                                                *****


    Realiti umat ISLAM sekarang :
    1. Hiburan yang sia-sia
    2.Mangsa fesyen
    3. Zina berleluasa
    4.Ramai pemuda Islam yang lemah
    5. Tidak peduli realiti 1,2,3 dan 4.


       Tasha,Dahlia dan Nadia sama-sama menonton sebuah video yang didapati daripada youtube. Video itu mengisahkan tentang realiti umat Isam sekarang. Sengaja Dahlia menyuruh Tasha mengajak Nadia datang ke rumahnya petang itu. Dahlia mempunyai agendanya sendiri. Dia mahu Tasha dan Nadia menonton video tersebut supaya mereka sedar akan hakikat umat Islam sekarang.

  “ So,apa pendapat korang tentang video ni? Nadia?”tanya Dahlia.

  “Erk,ntahla Dahlia.. Tiba-tiba aku rasa macam bersalah sebab dah buat orang lain hanyut dengan K-Pop. Kau kan tahu aku ni pembekalnya. Macam mana ek Dahlia. Aku rasa takut lah.. Aku tak nak jadi macam yang Rasulullah cakap tu,umat Islam yang diibaratkan seperti buih-buih di lautan, sekali jentik pecah.. Walaupun banyak tetapi tidak berguna..Aku takut..” 

 “ Alhamdulillah syukurlah kalau awak dah sedar.Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH dapat menyedarkan kita. Awak kena bersyukur tau Nadia sebab ALLAH bagi awak peluang untuk menonton video ini dan memberi gambaran tentang teruknya umat ISLAM sekarang. Yang mungkin dahulu kita pun tergolong dalam golongan-golongan itu juga..Tetapi selagi kita diberi kesempatan untuk berubah,ambillah peluang itu dengan sebaik-baiknya..” Dahlia menjawab dengan penuh kesyukuran.

  “Awak pula macam mana Tasha? Apa yang awak rasa atau apa-apa yang ingin dikongsi?”

“ Aku pun macam Nadia la. Macam menyesal buat benda tu semua.Sedangkan benda tu sebenarnya tidak lain hanyalah melalaikan diri aku daripada mengingati ALLAH. Sekarang baru aku faham,banyak lagi benda yang lebih best daripada K-pop,J-pop dan sekutu dengannya. Dan benda tu dapat mengingatkan aku tentang ALLAH. Macam yang kau pernah cakap dulu,daripada dengar lagu-lagu yang entah pape,baik aku dengar zikir,ayat-ayat al-Quran dan nasyid. Aku sedar dan aku cuba untuk berubah..”

  “ Baguslah kalau macam tu.Saya sebenarnya tak sangka yang awak berdua begitu terkesan dengan video ni. Syukurlah. Awak ada bawa tafsir kan Nadia? Cuba awak baca firman ALLAH dalam surah al-An’am ayat 32 :

 “ Dan kehidupan dunia ini,hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?”

       “ Untung kan orang-orang yang menjadikan dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat kelak? Sebab dorang yakin dengan janji ALLAH.. Macam kita tengok dalam video tadi,macam mana Hasan al-Banna sudah mula berdakwah pada usia 18 tahun? Cuba kalau kita reflect diri kita balik,apa yang kita buat masa umur 18 tahun? Dan jika kita tengok sendiri di Malaysia, ramai remaja terjerumus dalam gejala sosial yang sangat dahsyat seperti zina,buang anak,dadah dan sebagainya.Dan lebih menyedihkan hampir sembilan puluh peratus adalah melibatkan remaja Islam itu sendiri..”terang Dahlia dengan penih bersemangat.

“ Betul tu.Macam dalam video tu jugak,aku sangat kagum bila masa zaman kejatuhan khilafah,beliau sudah memikirkan kesan kejatuhan khilafah itu terhadap umat Islam.Beliau mempunyai kesedaran terhadap umat yang sangat tinggi. Masa yang ada hanya diisi dengan kerja-kerja dakwah ke serata pelosok tempat,di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang awam.Dia tidak mahu umat Islam terus leka dan lemah.” Tasha bersuara.

 “ Hasan al-Banna boleh jadi macam itu sebab masa mudanya tidak terisi dengan perkara-perkara jahiliah. Tetapi kita sekarang,benda itu yang dicari. Aku tak tahu pun sebenarnya benda itu memberi  kesan yang begitu dahsyat kepada umat Islam sebab bagi aku tengok drama je pun.Bukan pergi merompak ke,membunuh ke..”sampuk Nadia.

“ Memang betul.Tapi benda-benda macam itu sebenarnya akan melemahkan umat Islam itu sendiri. Macam mana Islam akan bangkit jika umatnya sendiri lalai dengan benda-benda yang yang tidak bermanfaat sedikit pun terhadap Islam? Memang janji ALLAH itu pasti,Islam akan menang tapi apa peranan kita untuk mencapai kemenangan itu? Bila kita dah lalai dengan benda-benda yang macam tu,kita akan tidak peduli tentang isu-isu umat Islam kerana kita tidak nampak kepentingannya. Samalah macam isu di Palestin sekarang,berapa ramai je yang tahu tentang nasib umat Islam di sana? Isu Palestin adalah isu umat Islam kerana tanah Palestin itu sendiri adalah tanah umat Islam. Macam mana kita nak membantu mereka jika kita sendiri tidak bersatu,pentingkan diri sendiri dan tidak mengambil Islam sebagai cara hidup? Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”


 “ Sesiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum Muslimin,maka dia bukan daripada golongan mereka.”
 


 
 “Sekarang baru aku faham.Terima kasih banyak-banyak Dahlia.Kau telah menyedarkan aku. Aku akan cuba berubah selagi yang termampu..”kata Nadia.

 “ Begitu juga aku..”sampuk Tasha.

 “ Alhamdulillah. Sesungguhnya bukan saya yang menyedarkan awak berdua,tetapi ALLAH..” kata Dahlia sambil tersenyum lalu memeluk erat Tasha dan Nadia.

                                               *****

        Tasha nekad untuk menekan ‘delete’ pada folder K-Popnya. Walaupun terasa berat hati,tetapi dia tetap mahu melakukannya.Sudah hampir seminggu dia berfikir tentang itu.  Baginya tidak ada apa lagi yang perlu dirisaukan.Benda itu semua tidak penting lagi baginya. Dia tidak mahu lagimasanya terbuang dengan benda yang tidak bermanfaat.  Dia mahu berubah.

     Deleting file…… 

 
   Sekarang dia mempunyai azam yang baru. Dia akan cuba menjadi seperti Dahlia yang selalu membaca buku-buku agama dan fikrah. Dia juga sudah mula mendengar dan menonton video ceramah-ceramah yang dicopynya daripada Dahlia. Dia sangat menyukai ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus yang sangat santai dan lawak. Banyak pertanyaannya sebelum ini dijawab dalam ceramah-ceramah ustaz itu. Sekarang dia dapat merasakan matlamat hidupnya lebih jelas. Dia bersyukur kerana sekarang dia  telah menjumpai benda yang lebih best daripada K-Pop,di mana benda itu lebih memberikan ketenangan kepada dirinya.

   Setelah selesai mendelete semua benda yang tidak bermanfaat di dalam laptopnya, Tasha terus mencapai handphonenya dan terus mendial nombor Nadia. Beberapa saat kemudian, Nadia menjawab panggilannya.

“  Hello Nad. Kau dah buat belum?”

“ Buat apa?”

“ Ala,benda yang kita bincangkan semalam tu la.. Aku dah settle dah walaupun sekarang ada rasa macam nak menangis..”

“ Owh,benda tu ke? Dah,aku pun baru je selesai mendelete semua benda yang entah pape dalam laptop aku. Aku pun sedih sebab terpaksa delete semua gambar Siwon pujaan hatiku itu.. Hmm..tapi tak pela Tasha. Lama-lama ok la. Mula-mula memang akan ada rasa sedih. Yang penting kita nak berubah kan?

 “ Betul-betul. Insya ALLAH. Aku yakin ada hikmah semua ini. Hehe. Alhamdulillah. Eh,aku ada benda nak share dengan kau ni. Ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus. Best sangat-sangat. Banyak benda yang sebelum ni aku tak tahu,sekarang aku dah tahu. Ceramah dia tak berat sangat,sesuai dengan jiwa muda macam kita ni.hehe.”

 “ Owh,yeke? Macam menarik. Nantilah aku datang rumah kau masa nak sembahyang jemaah Magrib. Masa tu aku copy. Sekarang aku kena study sikit pasal sirah ni.Kan nanti turn aku yang kena sharing lepas solat jemaah nanti.”

  “ Ok ok. Wah,tak sabar aku nak dengar ustazah Nad bagi ceramah hari ni. Hehe. All the best. See you soon. Assalamualaikum.”

 “ Banyak la kau ustazah. Aku ni banyak benda lagi kena belajar tau kalau nak capai title tu. Ok,waalaikumussalam.”

    Begitulah kehidupan mereka sekarang. Mereka saling  berusaha untuk menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mencari redha ALLAH. Dahlia juga semakin dapat mengawal kegilaannya untuk bershopping berkat pertolongan Tasha dan Nadia. Setiap kali keluar,merekalah yang akan cuba mengingatkan Dahlia supaya tidak terlalu mengikutkan nafsu. Mereka kini bersahabat baik dan berukhuwah semata-mata kerana ALLAH. Mereka bersyukur kerana telah dapat berubah. Kini,dengan bangga dan bersyukur mereka mengatakan
Sayonara Jahiliah..’

“ Katakanlah jika bapak-bapakmu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,keluargamu ,harta kekayaan yang kamu usahakan,perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai daripada ALLAH dan rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusanNya.” Dan ALLAH tidak memberkan petunjuk bagi orang-orang yang fasik.” (At-Taubah 9:24)


       
   HAK CIPTA TERPELIHARA BY SITI FARAH AIMAN


~PERKONGSIAN DARI NEGARA SEBERANG~

   Assalamualaikum w.b.t.

    Entri kali ni Farah nak share sedikit pengisian yang Farah dapat daripada Rancangan Tabligh Akhbar Sambut Ramadhan saluran 142 Astro. Bagi Farah rancangan ini sangat menarik dan bagus sebab menggabungkan 10 orang ustaz Indonesia dan disiarkan pada malam raya.Farah rasa esok Indonesia dah raya sebab tu rancangan tu ditayangkan tadi. Dorang raya sehari awal daripada kita kot?? Hehe..Wallahualam..

    Tiba-tiba Farah terfikir kan best if Malaysia pun buat rancangan macam tu. Tak kisahlah ASTRO ke TV3 ke siaran mana ke. Yang penting ada pengisian rohani pada malam raya sebagai panduan yang berguna untuk semua. Sebab bila esok dah nak raya,mesti ramai yang excited nak sambut raya sampaikan bulan Ramadhan dilupakan terus. Amalan-amalan yang dilakukan pada bukan Ramadhan terus dah tak buat sebab terlalu seronok beraya.

     Mesti best kalau ustaz-ustaz digabungkan dalam satu program soal jawab sempena hari raya. 

Contohnya Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazem,Ustaz Don dan sebagainya. Mesti best kan malam raya dapat berkumpul dengan semua family dan tengok rancangan yang sangat bermanfaat seperti itu. I think its better than tengok movie or rancangan yang tidak dapat memberi ibrah kan?Hmm xpe,kita berusaha ke arah itu.Insya Allah..Tak nak cakap banyak,hehe. Di sini ada beberapa benda penting yang sempat Farah salin untuk dikongsi dengan semua. Sorry la if tak bape nak faham sebab Farah sempat tulis main points je..:)


~Susah payah kita tenun dan jahit kain ketakwaan pada bulan Ramadhan tp kita koyak bila tiba  bulan syawal dan seterusnya sebab kita dah start buat benda yang Allah tak suka bila bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita. Kita failed untuk meneruskan perjuangan  berperang  melawan hawa nafsu seperti yang kita berjaya lakukan pada bulan Ramadhan..Tak rasa rugi dan sia-sia ke??

~Analogy kain yg sudah dipintal dan dijahit akhirnya dikoyak kembali..Maksudnya pada bulan puasa kita berjaya menahan hawa nafsu tapi bila dah masuk bulan Syawal dah start buat perangai balik.Contohnya,amalan-amalan sunat ditinggalkan sedangkan pada bulan Ramadhan sendi-sendi kita sudah lembut debab dah dilatih untuk beribadat dengan sebaik mungkin. Contoh lain, start berhubungan dengan kekasih sebab kononnya masa bulan Ramadhan tak nak contact antara satu sama lain dengan alasan nak hormat bulan Ramadhan. Salah tetap salah..Lau kita betul-betul dah cari redha Allah masa bulan Ramadhan,comfirm kita senang je nak let go kekasih kita yang tak halal tu kan?? Dan byak lagi contoh lain...

~Sambut raya bkan dengan pakaian baru tp dengan ketakwaan yang baru terhadap Allah dan berterusan.

~Puncak keimanan apabila kita mensyukuri segala  nikmat yang Allah berikan walaupun sedikit.Bila kita senang dengan kehadiran blan RAMADHAN maksudnya itu adalah permulaan keimanan dalam diri kita.

~Paling penting jaga apa yang kita ada..Beramal di bulan Ramadhan dengan IHSAN. ( tugas kalian cari maksud IHSAN bagi yang belum tahu ok?)

~Ramadhan ajar banyak benda : tak boleh makan sebab  batal ibadat puasa...sbb tahu Allah tgk dan sebab kita takut Allah marah jika kita buat begitu. Tapi kenapa bila kita buat kejahatan lain kita tak rasa macam tu??

~Org yang paling beruntung : bkan yang paling kaya tp orang yang mana esknya  lbh baik dr hari ini dan hari ni lbh baik dr hari semalam..

~Dunia ibarat satu lintasan jalan sahaja .sekejap! Dunia bkan kekal abadi tetapi persinggahan untuk mencari bekalan dan menghantar kita ke negara asal usul_iaitu syurga. Kerana bapa kita Adam berasal daripada syurga kan??

~Waspada  dengan dunia yang merupakan permainan dan senda gurau sahaja.Sesungguhnya negeri akhirat itu jauh lebih baik.

~Hidup perlu pengorbanan..insya Allah kita dapat apa yg kita harapkan. Berkorban hal-hal keduniaan untuk mencari redha Allah tak akan rugi satu sen pun.

~Malam raya=malam kemenangan...cepat je ramadhan tinggalkan kita..alhamdulillah sbb Allah bg umur panjang utk smpai akhir Ramadan. Hujung ramadhan,kenapa nak rosakkan diri lagi??sekali buat maksiat...maka akan ad titik hitam dalam dirinya.. sucikan hati!

 ~Orang yang mukanya masam maknanya hati blum bersih..so gnakan ramadhan bersihkan hati..
~Belajar pandai mengaji pandai tp x tutup aurat..sia-sia je kan? Jika kita tak tutup aurat dan berpakaian terdedah sana sini dan ketat,kita dah dikira menzalimi orang lain sebab terpaksa tengok aurat kita. Jahat x bila dah menzalimi orang lain? Jahat kan??

~Ramadhan sebulan tp sebelas bulan lagi kena jaga...

~Perjalanan ramadhan sudah mencapai penghujungnya.Barang siapa yg x dpt kebaikan pada bulan Ramadhan sungguh dia orang2 yang rugi!

~kemenangan – bkan kita dpt apa yg kita nak,tp kemenangan adalah apabila dapat menjadi orang yang bertakwa.Buktikan!

~Bulan Ramadhan banyak boleh cari banyak pahala,ad zakat  fitrah,jumping ibadat iaitu lailatul qadar

~lau bijak gunakan ramdhan insya Allah di luar ramadhan menjadi peribadi yang soleh dn solehah, Allah akan panggil dia wahai jiwa yg tenang...subhanallah!

~no kemenangan : if x terlepas hawa nafsu,tdk diakui oleh orang2 sekeliling dengn kelakuan yg baik,tiada ketenangan dalam jiwa,x menjadi pemimpin bg dirinya utk mengawal hawa nafsu dan menjadi hamba hawa nafsu,

~lepas blan ramadhan jgn jadi hamba syaitan- marah,benci,kikir dsbgnya

~berjaya mengalahkan SLTE :
  – S stand for seks,org yang berpuasa tahan lapar,minum dan jimak di siang hari..dilatih untuk lakukan pada masa yg sesuai...
- L stand for lapar..berhasil menahan lapar...ada 3 hal yg hancurkan manusia..terlalu byk makan,terlalu banyak  tidur n terlalu banyak buat perkara yg bukan-bukan ( sia-sia)
 hikmah : buat kita berfikir ttg orng lain..rasai kesusahan orang lain yang tak dapat makan.
- T stand for tidur : tidur memang ibadat,,tp if bleh korbankan tidur utk baca quran dsbgnya itu lebih baik.
hikmah : bangun malam Allah akan naikkan darjat
-E stand for Emosi : lau nak marah ckap saya sedang puasa.bukanlah orang yg kuat itu org yang gagah tp orang yang berjaya kawal marahnya..

~cara kenal Allah : sebut nama-Nya!

Thats all! Semoga bermanfaat~ :)
  

Thursday 16 August 2012

RASA-RASANYA LAYAK TAK KITA SAMBUT HARI RAYA??

  Assalamualaikum w.b.t.Farah rasa sangat tired sekarang sebab baru je balik rumah daripada shopping keperluan raya. Bukan untuk Farah,tapi untuk adik2.hehe. Ntahlah,tahun ni ase macam tak de mood nak beli baju baru untuk raya.Pelik kan?? Mungkin Allah dah tarik nikmat nak membeli tu. Hehe.. Raya tahun ni tema kaler hijau. So,I will wear my mom's baju kurung for this year dat she bought last year. I dont mind sebab pakai sehari je pun. Seriusly,Farah tak tahu kenapa mood nak raya tahun ni tak macam dlu.Kalau dulu baju raya tu la yang dikejarnya. Selagi tak jumpa yang berkenan,selagi tu la akan mencari dan terus mencari..

  Bila difikirkan balik,kenapalah Farah perlu bersusah susah untuk semua tu. Ya,memang betul tak salah pun beli baju baru,kasut baru,tudung baru etc.Lagipun,raya kan just setahun sekali je. Tak rugi pun! Yes,no doubt about it. Tapi dah cukup excellent ke amal ibadat kita masa bulan Ramadhan yang kita exsited nak sambut hari raya ni??Bagi Farah la kan,hari raya ni dikatakan hari kemenangan kepada umat Islam yang betul-betul tip top amalannya pada bulan puasa...Maksudnya,dia tidak mensia-siakan Ramadhan at all. Setiap masa akan terisi dengan ibadat dan sebagainya. Pantang ada waktu lapang,al-Quran akan dibuka dan dibaca serta difahami terjemahannya. Bibirnya tidak lekang berzikir dan beristigfar. Amalan-amalan sunat dah jadi macam perkara wajib baginya,maksudnya jika dia tertinggal perkara sunat,dia akan rasa tidak tenang dan rasa bersalah. Nafsunya dikawal sebaik mungkin..

    Ada ke kita macam tu?? Sebenarnya ini peringatan untuk diri Farah. Allah dah bagi kita peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ni tapi kita still ambil peluang tu sambil lewa. Tidak dengan bersungguh-sungguh. Ibadat tu memang Farah buat,tapi bukan pada tahap yang terbaik. Sangat susah sebenarnya untuk istiqamah tambahan pula di rumah sebab banyak tarikan yang tidak sepatutnya. Contohnya televisyen. Hmm..memang tarikan yang kuat tambah-tambah dekat nak raya ni citer smua best-best. Tarbiah dzatiyah memang belum cukup kuat. Seriously Farah jealous dengan kawan-kawan Farah yang memang all out beribadat kepada Allah pada bulan Ramadhan ni. Boleh bangun qiam almost every night,boleh khatam 30 juzuk al-Quran,sentiasa sibukkan diri dengan benda-benda yang bermanfaat dan semata-mata mencari redha Allah.Farah ada juga terfikir kenapa Farah tak boleh jadi macam mereka. Sumting wrong sumwhere!

   Apepun,apa-apa yang kita lakukan tu first sekali kena niat kerana Allah. Kita buat semua tu sebab nak cari redha Allah.Ikhlas!Bukan sebab nak menunjuk atau nak berbangga sebab dah dapat beribadat dengan banyaknya pada bulan Ramadhan ni. Yang penting adalah QUALITY,not QUANTITY. Dan  lagi satu istiqamah ya kawan-kawan! Bagi Farah la kan,kita ni dikira menang bila mana kita berjaya istiqamah setiap amalan yang kita buat pada bulan Ramadhan ke bulan-bulan yang lain. Jangan pula masa bulan Ramadhan je kita bersungguh-sungguh buat semua tu tapi bila dah abis bulan Ramadhan,terus amalan-amalan tadi berkurangan ataupun tak buat terus. Ingat! Kita bukan hamba Ramadhan tapi hamba Allah ok! Hamba Allah yang beribadat sepanjang masa kerana-Nya. Insya Allah,semoga kita semua tergolong dalam golongan sebegitu.

     Hmm..cuba kita tanya diri kita masing-masing. Adakah kita ni layak untuk meraikan hari kemenangan itu nanti?? Bukan maksud Farah,tak payah sambut raya,berkurung dalam bilik bagai tapi deep in ur heart,what do u think?? Layakkah kita?? Tepuk dada,tanya iman. Tapi bagi diri Farah,Farah rasa macam tak malu ke kita sakan menyambut hari raya a.k.a hari kemenangan sedangkan perjuangan di bulan Ramadhan tu bape percent je sangat. Perjuangan kat sini adalah perjuangan melawan hawa nafsu untuk benda keduniaan dan beribadat sepenuhnya kepada Allah pada bulan yang mulia tu. Memang la orang lain tak tahu takat mane je kita beribadat,tapi Allah?? Bukankah Allah tu Maha Mengetahui?? Tidak ada satu pun terlepas daripada pengetahuan Allah,even sehelai daun yang gugur daripada dahannya.. Kita memang la boleh cover depan manusia,tapi depan Allah mana boleh cover beb! Tak rasa malu ke dengan Allah?? Kalau ada perasaan malu tu tak pe,bersyukurlah sebab insya Allah bila kita malu dengan Allah maksudnya kita akan cuba untuk meningkatkan amal ibadat kita dan buat everything yang Allah suruh. Kalau tak de perasaan malu tu,tak tahu la Farah nak cakap apa. Mungkin dia rasa dia dah cukup hebat di mata Allah. Wallahualam.

     Last but not least,Farah rasa mungkin sebab tu kot Farah x de mood nak sambut raya pada tahun ni. Sebab amalan-amalan Farah masa bulan Ramadhan ni masih tak cukup lagi. Rasa tak layak je nak sambut raya. Ntahlah,mungkin ini hanya bagi diri Farah. Bagi orang lain,lain pulak pendapatnya kan?? Ada je yang memang all out beribadat pun sedih juga nak sambut raya sebab Ramadhan sudah berlalu pergi. Orang-orang yang macam ni memang Farah tabik springg la. Awesome! Apepun,masih ada 2 hari lagi untuk kita berpuasa. Ambillah peluang ini dengan sebaiknya untuk beribadat. Masih sempat. Insya Allah.. Semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan..Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..Till then,adios! :)


p/s : Esok iftar dengan kawan-kawan sekolah rendah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Wednesday 15 August 2012

~PRACTICE WHAT YOU PREACH~

  “Hazrul,tolong jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni. Aku merayu sangat-sangat dengan kau. Aku tahu aku salah.Maafkan aku..” rayu Ikmal. Faizul sudah melarikan diri ke tempat lain.Dia tidak sanggup untuk melihat muka Ikmal. Hazrul masih si situ.Lidahnya kelu.Sungguh apa yang dilihat olehnya dan Faizul sukar untuk dipercayai.Benda yang dilakukan oleh Ikmal memang tidak dapat diterima.

                                                          *****

   Sudah dua hari Faizul tidak bertegur sapa dengan Ikmal. Setiap kali Ikmal menegurnya atau mengajaknya berbicara,pasti Faizul akan membisu dan menjauhkan diri. Memang tidak dapat dinafikan dia kesal dan marah dengan perbuatan Ikmal tempoh hari. Tetapi berlainan pula dengan Hazrul.Dia tidak mahu disebabkan peristiwa yang berlaku di shopping mall tempoh hari merenggangkan hubungan persahabatannya dengan Ikmal yang sudah hampir dua tahun terbina.Dia tahu akan ada hikmah untuk semua yang terjadi. Hazrul mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dua hari lepas itu.

    “ Faizul,jom kita pergi kedai buku pula.Ana rasa dah dua tiga kedai anta dah masuk,tapi tak ada pun kasut yang dibeli. Mungkin kat sini tak ada yang sesuai dengan taste anta kot, tapi tak  pe,lepas kita pergi ke kedai buku,kita survey lagi kedai kasut kat tingkat atas pula ok?” Hazrul bersuara.Hazrul tahu rakannya yang seorang itu sangat cerewet  dalam memilih kasut. Selagi belum menjumpai kasut yang betul-betul kena dengan pilihannya,selagi itu dia akan mencari,sampai dapat.

     “ Baiklah.Ana pun dah penat dah ni. Ana pun ada juga buku yang hendak dibeli. Buku yang anta cadangkan tu, “ APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?” Harap-harap buku tu ada dijual kat kedai buku di sini.” kata Faizul sambil mereka berjalan menuju ke kedai buku berhampiran.Sudah lama dia mahu membeli buku tersebut kerana pengisiannya sangat menarik dan cara penulisannya sangat santai.Sesuai dengan jiwa remajanya yang sedang haus dalam mencari ilmu-ilmu yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah. Dia juga mahu menjadi seperti Hazrul,seorang yang mempunyai ilmu agama yang cukup mendalam. Mungkin itu adalah kelebihan bagi Hazrul kerana dia merupakan  bekas pelajar sekolah tahfiz.

    “ Baguslah kalau macam itu.Ana sangat setuju jika anta membelinya.Berdasarkan pengalaman ana yang sudah membacanya memang buku tersebut sangat menarik dan perlu dibaca oleh setiap orang yang bergelar Islam kerana hakikatnya ramai yang tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut Islam.Salah satu sebabnya adalah mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang muslim dan hanya menjadikan Islam sebagai warisan. Sebenarnya sangat ramai Islam yang hanya pada nama dan bukan pada perbuatan.Mereka tidak menjadikan Islam itu sebagai cara hidup yang sebenar-benarnya.Kalau anta nak tahu dengan lebih mendalam,tidak rugi untuk anta membelinya kerana biasanya pembacaan sendiri itu lebih senang dihayati dan difahami berbanding dengan penerangan daripada orang lain.Sebab ana tak mampu untuk menerangkan satu persatu isi kandungan dalam buku itu.Ana ini manusia biasa,manalah boleh ingat semua yang ada dalam buku itu.hehe.”terang Hazrul panjang-lebar.

  “Ana sangat-sangat setuju dengan anta.Ana sebenarnya kagum melihat anta dan Ikmal.Korang sangat suka menyampaikan ilmu yang berguna untuk semua orang.Ana pun seronok terlibat sama dalam program-program keagamaan yang korang anjurkan di kolej kita. Terima kasih Hazrul kerana anta sudah mengajak ana ke arah ini.Kalau tidak,ana mungkin tidak faham dengan tanggungjawab dakwah ini.”

  “ Sama-sama. Sudah menjadi tanggungjawab ana juga untuk berkongsi apa yang ana tahu supaya setiap orang dapat manfaatnya. Semua yang berlaku itu atas izin Allah dan kita kena sangat-sangat bersyukur kerana telah terpilih untuk jalan ini.Insya Allah semoga segala usaha dakwah dan tarbiah kita ini tidak sia-sia dan kita lebih berusaha untuk mencapai redha Allah.”

    “ Dah sampai rupanya.Leka sangat kita berborak tadi.”kata Faizul.

    “Alhamdulillah. Sekarang anta pergi la cari buku itu. Mudah-mudahan ada dijual di sini.”

    “ Baiklah...”kata Faizul.Belum sempat dia melangkah ke dalam kedai buku itu,tiba-tiba dia ternampak seseorang yang sangat dikenalinya.Tetapi Faizul sangat-sangat tidak percaya apa yang sedang berlaku di hadapan matanya.

    “ Ikmal!”jeritan Faizul mengejutkan Ikmal dan Hazrul. Ikmal hampir pengsan melihat Faizul dan Hazrul sedang memandangnya dengan wajah yang sangat terkejut. Seperti terkena renjatan elektrik,Ikmal terus melepaskan tangan perempuan yang berada di sebelahnya. Perempuan yang memakai selendang polka dot itu terkejut dengan tindakan drastik Ikmal.Dia hanya memerhatikan wajah Ikmal yang jelas nampak bersalah.Tiba-tiba perasaan malu dan kesal menyerbu diri Ikmal ketika itu.

    “ Owh,ini kerja kau rupanya.Patutlah aku ajak kau keluar hari ini kau kata tak nak,rupanya tengah buat dosa kat sini. Sejak bila kau pandai keluar berdating ni Ikmal?Aku mati-mati ingat kau baik,rupanya kau talam dua muka! Memang Allah dah takdirkan kita terserempak kat sini,sebab Allah nak tunjuk kat kita orang perangai kau yang sebenarnya.” Faizul terus menghamburkan kata-katanya dengan keadaan yang marah.Sungguh,dia rasa tertipu selama ini.

     “ Astagfirulllah halazim.Mengucap Faizul. Tak baik anta cakap macam tu.Bukan tu caranya kita menegur orang.Rasulullah tidak ajar kita cara yang macam tu. Rasulullah sendiri berpesan teguran itu tidak boleh sampai memalukan orang yang ditegur.Apatah lagi menyebutnya secara terang-terangan di hadapan khalayak. Itu salah.” Hazrul terus menenangkan sahabatnya itu.

     “ Ana cuma tidak sangka yang orang yang kita percayai dan hormati selama ini sebenarnya teruk! Dah,jom kita balik.Ana sudah hilang mood untuk membeli.”kata Faizul sambil berlalu pergi dengan mukanya yang merah padam menahan marah.

  “ Ikmal,diharapkan anta boleh memperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.Ana harap anta mempunyai hujah yang tersendiri mengapa anta boleh melakukan perkara seperti ini. Bukankah anta sendiri tahu benda itu salah? Ana sendiri pun agak terkilan dengan kelakuan anta.Tetapi ana tidak ada hak untuk menghukum anta.Assalamualaikum.”kata Hazrul lalu berlalu pergi.Teguran Hazrul itu cukup berhemah dan sangat terkesan di hati Ikmal. Dia sangat-sangat kesal dengan perbuatannya itu.

                                                                   ***** 

       Seperti biasa,selepas solat Magrib berjemaah di surau,Ikmal,Hazrul dan Faizul akan menuju ke kafe untuk makan malam. Sambil menunggu waktu Isyak,mereka akan makan bersama sambil berkongsi tentang hal-hal semasa terutamanya masalah umat Islam sekarang. Namun,pada malam itu,Faizul terlebih dahulu meninggalkan mereka.Dia tidak mahu bersua muka dengan Ikmal. Kemarahannya belum lagi reda.

     “ Ana harap anta tidak ambil hati dengan sikap Faizul. Dia perlukan masa untuk menerima semua ini.Anta kan tahu yang Faizul itu sangat kagum dengan anta.Anta mempunyai banyak ilmu agama dan selalu berkongsi dengannya. Dia pernah beritahu ana bahawa dia mahu menjadi seperti anta. Tetapi peristiwa itu seakan-akan telah memusnahkan kepercayaannya pada anta.”Hazrul bersuara setelah dia melihat Ikmal senyap,memandang sepi ke luar tingkap surau.Hanya dia dan Hazrul yang berada di dalam surau ketika  itu.

    “ Tak pe.Aku tak ambil hati pun sebab aku tahu ni semua salah aku. Memang aku dah khianati kepercayaan Faizul kat aku. Aku betul-betul menyesal. Sebenarnya tu  kali pertama aku pegang tangan perempuan tu.Aku juga manusia biasa.Kalah dengan bisikan syaitan.”
   “  Maaf jika ana bertanya.Boleh ana tahu perempuan tu siapa? Apa hubungannya dengan anta?”tanya Hazrul meminta kepastian.

   “ Dia sebenarnya teman sekolah aku.Jujur aku cakap,dia adalah perempuan pertama yang betul-betul dapat menambat hati aku. Tapi lepas itu,kita orang lost contact selama dua tahun sebab dia berpindah ke luar negara dengan keluarganya.Tiba-tiba dua minggu lepas,aku dapat message daripadanya dan dia nak jumpa dengan aku. Sepanjang tempoh tu,kita orang selalu berhubungan dan akhirnya kita orang buat keputusan nak jumpa. Dan masa tulah dia luahkan perasaannya kat aku dan aku untuk pengetahuan kau,sebenarnya aku dah setuju nak jadi boyfriendnyaAku tahu semua ini salah dan aku pun tak sedar yang semua ini berlaku dengan cepat sekali. Aku dah hanyut disebabkan oleh seorang perempuan.” kata Ikmal dengan nada yang penuh penyesalan.

    “ Syukurlah jika anta dah sedar.Anta kena cepat-cepat bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Wanita itu memang melemahkan lelaki,dan sebab tulah Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 30 yang bermaksud:

   “Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman,hendaklah mereka
   menahan pandangannya.”  


 
“ Maksudnya kita kena berusaha untuk menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita,kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong kita terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Nauzubillah.” terang Hazrul.

  “ Ya,semua itu aku tahu, Cuma aku yang tak amalkan.Aku juga tahu tentang hadis nabi tentang menjaga pandangan tetapi aku tak ikut pun apa yang nabi pesan.Aku memang teruk Hazrul.”

     “ Pandangan itu satu daripada panah-panah iblis.”   
                             -Hadis riwayat al-Hakim dan at-Tabarani-


     “
Tak pe.Yang penting anta sudah menyesal dan mahu bertaubat.Insya Allah semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.Setiap manusia itu tak terlepas daripada buat kesilapan dan diharapkan kesilapan yang  dilakukan tu boleh dijadikan iktibar kepada diri kita dan juga orang lain. Dah masuk waktu Isyak ni,ana mahu azan dahulu.Insya Allah ada kelapangan nanti kita bincang lagi tentang hal ini.Ana masih ada banyak benda lagi untuk beritahu anta.” kata Hazrul,menamatkan perbualannya dan mereka bersedia untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.

                                                               *****

    Malam itu suasana sangat mendamaikan.Hujan yang turun tidak begitu lebat. Sengaja Faizul membuka tingkap di dalam biliknya.Angin yang bertiup dirasakan cukup nyaman sekali. Setelah pulang daripada surau,dia terus balik ke biliknya untuk mengulangkaji pelajaran.Peperiksaan semakin hampir dan dia perlu belajar bersungguh-sungguh.Sudah menjadi kebiasaan dia akan memasang lagu-lagu ketuhanan semasa dia menelaah pelajaran.
Sedang asyik menelaah,tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.

    “ Ni mesti Hazrul terlupa nak bawa kunci ni.”ngomel hatinya. Biasanya Hazrul tidak pernah terlupa untuk membawa kunci walaupun dia tahu Faizul berada di rumah kerana rakannya itu tidak mahu menyusahkannya untuk membuka pintu. Rakan serumahnya itu memang seorang yang sangat baik.

    “ Kejap-kejap.Ana datang!”

    Setelah  Faizul membuka pintu,dia terkejut apabila melihat bukan Hazrul yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu adalah Ikmal.

   “ Mana Hazrul.Bukan dia dengan kau ke tadi?” tanya Faizul serta-merta.

   “ Ada junior nak jumpa Hazrul kejap.Nanti dia balik.Aku datang ni sebab nak jumpa dengan kau.”

    “ Masuklah. Tapi tak ada sebab untuk kau jumpa aku sebenarnya.”

    “ Aku datang ni sebab nak minta maaf dengan kau.Aku tahu aku salah.”

    “ Kenapa nak minta maaf dengan aku? Sepatutnya kau minta maaf dengan Allah.”

   “ Itu urusan aku dengan Allah. Aku dah pun bertaubat. Tetapi sekarang aku kena minta maaf dengan kau sebab aku sudah menyakiti perasaan kau dengan kelakuan aku tempoh hari. Aku telah hampir merosakkan ukhuwah antara kita.”

  “ Aku memang tak faham kenapa kau boleh buat macam tu.Sedangkan kau tahu kan bahawa ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal. Aku masih ingat lagi kau yang bagitahu aku pasal hadis tu. Tapi kenapa kau buat juga.Aku memang sangat-sangat kecewa dengan kau Ikmal.”kata-kata Faizul itu sangat tajam. Dia terkedu seketika. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Ada benarnya kata-kata Faizul,dia memang teruk.

      Rasulullah S.A.W bersabda, “Andai kata kepala salah seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR Ath-Thobrany dan Al-Baihaqy dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah).


 
“ Dan satu lagi,kau patut besyukur sebab aku dan Hazrul yang nampak. Macam mana kalau orang lain dan lebih teruk lagi kalau junior yang nampak? Memang akan jadi bualan hangat dekat universiti ni nanti. Walaupun aku terkilan dengan perbuatan kau,tapi aku tak akan membuka aib kawan aku sendiri. Cuba kau sendiri bayangkan macam mana reaksi diaorang bila tengok senior yang diorang sanjung selama ini berkelakuan macam tu? Kau patut sedar kau tu seorang yang aktif dalam dakwah dan tarbiah di universiti ni,sampaikan mendapat gelaran ustaz daripada junior-junior.Kau patut fikir benda tu sebelum kau buat sesuatu yang mungkin boleh menjadi fitnah terhadap orang-orang lain yang sama-sama bergerak dalam dakwah dan tarbiah ni.Aku takut kepercayaan mereka nanti akan hilang dan akan menganggap orang-orang seperti kita ini cakap tidak serupa bikin.” Kata-kata Faizul itu membuatkan dirinya terpukul.

     Ikmal masih ingat dia selalu menjadi tempat rujukan sahabat-sahabatnya dan juga junior-juniornya untuk bertanya tentang hal-hal keagamaan kerana dia mempunyai banyak ilmu dalam  bidang itu. Dia merupakan pelajar sekolah agama elit dan ayahnya merupakan seorang ustaz yang sangat giat berdakwah. Dia sedar dia tidak mengamalkan segala ilmu yang dia ada.Dia hanya mengambil ilmu itu sebagai pengetahuan sahaja dan kebanyakannya bukan untuk difahami dan diamalkan.

    Ikmal begitu malu dengan Faizul.Faizul sangat gigih mendalami ilmu agama kerana dia hanya bersekolah di sekolah harian biasa dahulu. Faizul selalu mengatakan dirinya sangat rugi kerana sebelum ini dia tidak begitu mengambil berat tentang ilmu agama.Faizul memang mahu menjadi seperti Ikmal dan selalu berdamping dengan Ikmal walau ke mana sahaja. Dia tidak mahu terlepas daripada mendengar perkongsian daripada Ikmal.

   “ Kenapa kau diam? Dah tak ada hujah nak membalas kata-kata aku? Tidak mengapalah Ikmal.Aku sudah lama maafkan kau. Cuma aku harap kau tak ulangi perbuatan kau tu lagi.Hazrul dah ceritakan segala-galanya.  Aku rasa baik kau balik dahulu. Lagipun,peperiksaan sudah hampir.Baik kau belajar apa yang patut.Jangan risau pasal aku.Aku dah ok dah sekarang.”Ikmal pelik dengan kata-kata Faizul sebentar tadi.Tutur bicaranya sudah tidak seperti mula-mula dia masuk ke dalam rumah itu tadi. Kata-kata itu lebih lembut dan melegakan hatinya.

   “Cepat betul mood dia boleh berubah.”ngomel Ikmal di dalam hatinya.

   “ Betul ke kau dah maafkan aku ni?”tanya Ikmal memerlukan kepastian.

   “ Betul lah.Aku tak nak buat dosa kering sebab tak bertegur sapa dengan kau melebihi tiga hari.Memandangkan hari ini sudah masuk hari ketiga,so aku kena bercakap dengan kau.Lagipun,aku tidak ada hak untuk menghukum kau.Aku pun nak minta maaf sebab dah memalukan kau tempoh hari dengan teguran aku yang agak lantang itu. Aku pun bersalah juga.”jawab Faizul bersahaja.

  “Terima kasih Faizul.Terima kasih banyak-banyak.”kata Ikmal lalu memeluk rakannya itu.Erat,rasa tidak mahu dilepaskan.  

  “ Dah dah.Jangan peluk aku lama-lama sangat.Kau kan tahu aku macam mana.Aku geli sikit bila ada orang peluk aku ni.”

  “ Kenapa pula.Aku ni peluk kau sebab aku sayang kau kerana Allah.Terima kasih sahabat.” Kata Ikmal sambil menepuk-nepuk bahu rakannnya itu.

   Ikmal bersyukur kerana hubungannya dengan Faizul kembali seperti biasa. Lega rasa hatinya. Faizul pula bersyukur kerana Hazrul telah menyedarkannya bahawa melarikan diri apabila ditimpa perkara sebegini hanya akan memburukkan keadaan. Perbualannya dengan Hazrul petang tadi telah menyedarkannya bahawa perbuatannya melarikan diri daripada Ikmal tidak begitu rasional. Dia cuba mengimbau kembali perbualannya dengan Hazrul petang tadi.
                                                             
    “ Ana rasa hari ini sudah masuk hari ketiga anta tidak bertegur sapa dengan Ikmal. Anta marah lagi ke dengan Ikmal?”

    “ Ana tidak marah. Cuma perasaan terkilan ana itu masih ada. Ana susah untuk menerima hakikat bahawa Ikmal boleh berkelakuan seperti itu. Ana tidak mahu dia jadi orang munafik. Ana sayangkan dia.”

    “ Kata sayang tapi ana tengok tak ada pun usaha anta untuk mendekatinya. Anta lebih menjauhkan diri daripada Ikmal.Sedangkan apabila sahabat itu ditimpa kesusahan dan sudah melakukan kesalahan,kita yang sepatutnya berada di sampingnya dan memberikan sokongan dan nasihat.Bukannya dengan menghukumnya dengan cara sebegini. Dan anta pun tahu kan tidak boleh tidak bertegur sapa melebihi tiga hari.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya,

  “ Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki,belakang-membelakang (sindir-menyindir).Jadilah sebagai hamba-hamba yang bersaudara.Haram seorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.”

    “ Ya ana tahu dan ana tidak ada niat pun untuk menghukumnya.Ana cuma perlukan masa untuk menerima semua ini. Dan bila difikirkan balik,ana pun sebenarnya bersalah kerana telah memarahi Ikmal tempoh hari.Ana tidak berfikir dahulu sebelum bercakap.Tu sebabnya ana tidak bertegur dengan Ikmal kerana ana malu dengan tindakan ana itu.”

    “ Baguslah kalau anta sudah sedar.Alhamdulillah. Kita patut jadikan Rasulullah S.A.W sebagai teladan yang terbaik. Untuk pengetahuan anta,cara teguran Rasulullah sangat lembut dan menghormati manusia sebagai anak adam kerana manusia itu diciptakan mempunyai hati  dan perasaan. Walaupun orang itu bersalah,kita tidak boleh memarahi dan menghukum orang itu terus.Kita kena tanya dahulu apa sebab mereka melakukan kesalahan itu. Rasulullah S.A.W mengajar umatnya supaya membuat teguran bukan untuk memalukan atau memburukkan seseorang,kerana memburukkan seseorang yang bersalah itu boleh mendorongnya supaya berterusan melakukan kesalahan itu.”

  “ Ya ana tahu ana silap di situ.Terlalu mengikutkan perasaan.”

  “ Alhamdulillah. Cuba kita ambil kisah pada zaman sahabat.Baginda pernah memarahi sahabatnya,Khalid al-Walid apabila dia mencaci seorang wanita Bani Ghamid yang berzina ketika menjalankan hukuman rejam ke atas wanita itu. Tindakan Rasulullah ini menunjukkan  sikap dan jiwa yang murni yang terhindar daripada mencela walaupun kepada musuh.”terang Hazrul dengan bersemangat.

   “ Ana tidak menafikan bahawa semua itu betul.Terima kasih Hazrul.Anta memang expert dalam memberi nasihat dan motivasi kepada orang lain. Ana yakin anta akan dapat capai cita-cita anta untuk menjadi seorang pakar motivasi Islam suatu hari nanti.Insya Allah.”

  “Haha.Ada ada saja anta ni.Insya Allah.Setiap orang mempunyai logamnya yang tersendiri. Cuma adakah kita menggunakan logam kita itu untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiah ataupun tidak.Macam anta, ana tengok sangat berbakat dalam melukis.Jadi bolehlah anta gunakan kebolehan yang  Allah berikan itu untuk jalan dakwah. Buat komik yang Islamik.”

  “ Insya Allah. Jazakallah khair. Nampaknya ana kena bertemu  dengan  Ikmal malam ini. Ana sepatutnya tidak boleh bersikap begitu kerana baru sekali Ikmal melakukan kesalahan. Ana sepatutnya berfikir bahawa sudah banyak kebaikannya terhadap ana,bukan sahaja dari segi perkongsian ilmu,tetapi juga sebagai seorang sahabat yang baik. Disebabkan satu kesalahan,ana telah melupakan kebaikan-kebaikannya yang lain yang begitu berguna untuk diri ana.Ana dapat berubah pun sebab anta dan dia.Maksudnya dengan izin Allah.Terlalu kecil kesilapannya itu jika hendak dibandingkan dengan masa,tenaga dan wang ringgit yang telah dia peruntukkan untuk jalan dakwah ini. Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan ana pun mendapat ibrah daripada kejadian itu. Setiap yang berlaku insya Allah ada hikmahnya dan Allah itu Maha Pengampun.”

   “ Syukurlah kalau macam itu.Ana tahu anta seorang sahabat yang baik dan ana tahu tidak lama ana merajuk dengan  Ikmal. Tidak mengapa,malam ini ana akan mengajaknya datang ke rumah kita.Insya Allah.”

  “ Merajuk? Mana ada.Hehe. Boleh juga kalau macam tu.Ana mahu buat gimik sikit.”

  “ Gimik? Untuk apa?”

  “Adalah.”

“ Ada-ada saja anta ni.” Kata Hazrul sambil tertawa melihat riak muka Faizul yang nakal,seolah-olah misinya pada malam itu  pasti akan berjaya untuk mengenakan Ikmal.

                                                     *****

     “ Ana dengar semalam ada orang buat gimik. Yang jadi mangsanya anta.Anta ok ke Ikmal?”tanya Hazrul kepada Ikmal sambil  mereka berjoging di tepi padang pada petang itu.

    “ Macam mana kau tahu ni? Mesti si Faizul yang bagitahu? Memang dah tak ada orang lain dah. Sebab semalam aku dan dia je ada kat rumah kau.Ke kau pasang spy ni? Hehe.” sengaja Ikmal berkata demikian kerana mahu berseloroh.

   “ Ana mana la ada masa nak pasang spy ni. Mestilah si Faizul yang bagitahu.”

   “Oh ya,dari tadi lagi aku tak nampak pun kelibat Faizul ni.Dia tidak jogging sekali ke petang ni?”

   “ Astagfirullah halazim.Ana lupa untuk beritahu anta. Dia ada usrah dengan junior. Ana tengok dia sudah boleh menjadi naqib yang baik.Sudah nampak peningkatan dalam dirinya.”

  “ Syukurlah kalau macam itu. Aku pun yakin dia akan pergi jauh dalam bidang dakwah ini.Sebab dia sangat gigih mencari ilmu dan sangat suka untuk berkongsi dengan orang lain.Dia tidak mudah putus asa.”

   “ Betul tu.Ana sangat-sangat setuju,itulah ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap yang bergelar Muslim. Oh ya,ceritalah apa sebenarnya yang terjadi semalam.Ana pun mahu tahu  juga.”

   “Owh,bila diingat balik kelakar pun ada.Aku tak sangka yang Faizul pun ada bakat terpendam yang lain,iaitu lakonan.Kau tahu tak semalam bila aku masuk  je dalam rumah korang,dia terus marah aku.Tapi tak adalah marah sangat cuma  dia meluahkan  perasaan yang terbuku kat hati dia tu. Siap keluarkan hadis lagi.Memang masa tu aku rasa sangat terpukul dengan kat-katanya.Tapi apa yang dia cakap semuanya betul. Aku tidak boleh menafikannya. Sampaikan lidah aku ini kelu untuk berkata-kata.Disebabkan terlalu lama aku berdiam diri,dia tiba-tiba cakap yang dia dah maafkan aku.Yang aku pelik nada suaranya berubah 360 darjah,sangat lembut dan seperti memujuk aku.Rupa-rupanya dia memang sengaja nak kenakan aku,nak tengok reaksi aku macam mana.”

   “ Haha.Kelakar juga si Faizul ni. Dia rindukan anta sebenarnya.Kan sudah tiga hari dia tidak bertegur dengan anta.Yang penting,semuanya sudah selesai.Syukur alhamdulillah.”

   “ Alhamdulillah.Sekarang aku rasa sangat lega dan aku telah mendapat ibrah daripada peristiwa tempoh hari. Memang aku dah cukup solat lima waktu sehari siap berjemaah kat surau lagi.Amalan sunat alhamdulillah setakat ini tidak aku lupakan. Ilmu tentang Islam juga banyak yang aku tahu.Tapi dari segi kelakuan lain aku tidak jaga.Memang depan korang aku nampak baik.Sebenarnya aku tidaklah baik seperti yang korang sangkakan. Batas-batas pergaulan antara aku dan perempuan tidak dijaga sangat.Aku belum mengambil Islam secara keseluruhan.Masih banyak perkara yang perlu aku perbaiki.”

   “ Kita sama-sama dalam proses belajar.Syukurlah jika setiap yang berlaku itu Allah tunjukkan hikmahnya. Itu menunjukkan Allah masih menyayangi anta sebab Dia tidak mahu anta terus berbuat dosa.”

   “ Betul,itulah apa yang aku rasakan sekarang.Aku sudah tidak berhubung dengan perempuan itu lagi dan aku telas menjelaskan segala-galanya kepadanya.Syukurlah,dia boleh terima dan aku berserah kepada Allah.Jika dia betul jodoh aku, aku yakin akan tiba masa yang Allah telah tetapkan  aku dan dia disatukan dengan ikatan yang sah.Insya Allah. Tetapi sekarang aku mahu memperbaiki diri aku dengan lebih baik lagi. Walaupun aku telah membuat perkara-perkara besar tetapi aku tidak boleh mengabaikan perkara-perkara kecil sebegini. Sebab itu belum menjamin kejayaan aku di sana nanti. Ya memang betul aku telah melaksanakan yang wajib,tetapi dengan lubang-lubang jahiliah yang aku lakukan itu tidak mustahil dijadikan alasan oleh Allah untuk tidak redha dengan aku dan tidak memasukkan aku ke syurganya yang kekal abadi.Itulah satu kerugian yang paling besar. Aku sangat-sangat takut. Dan yang paling aku takut bila aku terbaca sebuah hadis daripada Rasulullah mengenai azab orang yang tidak melaksanakan apa yang diperkatakan.Dan aku pernah menjadi seperti itu. Sabda Rasulullah S.A.W :

    Seorang yang dihadapkan di hari kiamat.Kemudian dilemparkan ke neraka,maka keluar ususnya dan dia berputar di dalam neraka seperti seekor keldai berputar mengelilingi pengisar agndum dalam kandang. Ahli neraka mengerumuninya lalu bertanya, “Mengapakah engkau? Bukankah dahulu engkau mencegah manusia daripada perkara mungkar dan menyuruh kepada kebaikan?” Dia menjawab,
 “ Memang benar,aku menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi aku sendiri meninggalkannya  dan aku menegah manusia melakukan kemungkaran sedangkan aku melakukannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )


 
  “ Aku betul-betul menyesal Hazrul.Aku tidak mahu dicampakkan ke neraka.Nauzubillah.”
kata-kata Ikmal betul-betul menunjukkan penyesalannya .Air matanya bergenang,menunggu masa untuk mengalir ke pipi.

    “ Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Jangan risau Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ana pun terkesan dengan kata-kata anta.Ana pun akan cuba untuk memperbaiki diri juga sebab manusia itu memang bersifat lemah,imannya turun dan naik dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Yang penting sekarang ilmu yang dicari dan ilmu yang kita dapat itu perlu kita amalkan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Sia-sia,tiada hasil. Insya Allah kita cuba untuk melaksanakan apa yang kita tahu. Bila kita tahu benda itu salah,kita kena terus berhenti melakukannya. Bila kita jahil,Allah berikan kita ilmu,dan bila dah dapat ilmu itu,Allah suruh kita amalkan supaya boleh diikuti oleh orang lain. Kita tidak boleh hanya pandai bercakap tetapi amalannya kosong. Allah S.W.T telah memberikan amaran yang keras di dalam al-Quran :

  “ Wahai orang-orang yang beriman,kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” ( As-Shaff 61:2-3)
   “ Alhamdulillah,terima kasih Hazrul.Kau dan Faizul telah menyedarkan aku. Terima kasih sahabat. Korang lah kawan aku dunia dan akhirat.”

    “Itu semua datangnya daripada Allah. Ana dan Faizul hanya menzahirkan. Dah nak masuk waktu Magrib ni. Ana rasa lebih baik kita pulang dahulu untuk bersiap-siap ke surau.”

    “ Betul tu.”

    “ Oh ya,jangan lupa pula kuliah Magrib malam ni turn anta tau. Semoga perkongsian anta nanti boleh memberi manfaat untuk semua dalam mencari redha Allah.”

    “ Aku rasa aku tahu apa yang hendak dikongsikan. Aku cuba untuk berkongsi tentang pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa tempoh hari.Insya Allah.”

    “ Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Jom kita pulang.”

   “Jom.”

    Mereka melangkah pulang dengan semangat baru.Di sebalik setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmahnya.Insya Allah. 
 
                                                      *****

                                  Iman itu bukan hanya harapan,
                         Iman adalah apa yang terpancar di dalam hati,
                                  Dan dibuktikan dengan amalan.

 
      ~HAK CIPTA TERPELIHARA BY SITI FARAH AIMAN~