Tuesday 17 July 2012

~PELUANG REMAJA ITU DUA KALI~

 Assalamualaikum w.b.t.
   Saat paling manis dalam kehidupan adalah pada waktu remaja trang tang tang.Semuanya indah dan berseri.Badan kuat,minda cerdas,hidup sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang tak terkata.hehe, Sebab itulah remaja menjadi harapan agama,bangsa dan negara malah 1001 harapan digalas di atas bahu remaja.Tidak hairanlah semua ideology mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan.Malah untuk merosakkan sesuatu bangsa pun selalunya dimulakan dengan rosaknya akhlak remaja.

  Al-Quran ada menceritakan banyak tauladan remaja.Contohnya cerita remaja Ashabul Kahfi memnag patut dicontohi.Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara dan leka dengan keduniaan,

mereka teguh berlari menyelamatkan iman.Begitu juga dengan Saidina Ali dalam usia 9 tahun sudah berani menjadi galang ganti Rasulullah dengan tidur di atas katil baginda laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.

  Namun hakikatnya sekarang,ramai remaja yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan seronok kerana mereka beranggapan hidup remaja itu hanya sekali.Jadi mereka perlu enjoy sepuas-puasnya.Bila dah tua dah tak ada peluang nak buat semua ni.Inilah bisikan syaitan yang penuh racun untuk menghancurkan remaja sepanjang zaman. Ramai remaja yang tertipu dengan keseronokan dunia yang merupakan tipu daya syaitan semata-mata,ke hulu ke hilir tanpa arah tuju,kadang-kadang terlibat dengan gejala sosial yang akhirnya meragut masa depan remaja itu sendiri.

  Sedarkah kalian bahawa hidup remaja itu bukan sekali tetapi sebenarnya dua kali.Sekali di dunia dan sekali lagi di akhirat  iaitu di syurga yang kekal abadi.Yang masuk syurga menurut hadis nabi ialah berumur dalam lingkungan 30 tahun iaitu lingkungan umur Nabi Isa a.s.

  Kenapa kita tidak melihat remaja lain yang berjaya dalam hidup dan tenang wajah serta perwatakannya. Setelah bekerja dengan tekun,mendengar suara azan,mereka terus bergegas melaksanakan solat..membasahi wajah dan anggota wudhu' dengan air wudhu',kemudian dahi mencecah sejadah dengan khusyuknya menandakan hinanya dirinya berdepan dengan Allah Yang Maha Esa.Seterusnya berzikir dan berdoa tidak lekang di bibir.

  Setelah selesai solat,mereka menyambung kembali kerja dan belajar dengan tekun dan tenang.Apabila mendengar azan,sekali lagi bersedia dan bersemangat untuk menghadap Allah. Ulangi kemanisan beribadah.Wajah berseri ,hati tenang dan mendamaikan. Bukan itu sahaja,pelbagai majlis ilmu menjadi santapan rohani dan minda.Mereka juga berhibur tetapi dalam batasan agama dan norma ketimuran yang penuh adab dan sopan. Pendek kata mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali iaitu di sekali di dunia dan sekali di syurga yang nikmatnya tidak terungkap.Kerana menjaga nikmat remaja di dunia insya Allah nikmat remaja di syurga juga akan dapat dirasainya kelak,Insya Allah. Wallahualam.

p/s: Saya mahu peluang remaja yang kedua itu? Anda pula bagaimana? Sama-samalah kita muhasabah diri.Insya Allah.
 

 " Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan,bahawa untuk mereka ada syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai..."     
                                 (al-Baqarah 2:25)





No comments:

Post a Comment