Tuesday 10 July 2012

NEW BLOG,NEW MOOD,NEW ME~

   Assalamualaikum w.b.t. Insya Allah di ruangan blog yang baru ni Farah akan cuba berkongsi apa-apa yang bermanfaat untuk semua. Diharapkan penulisan farah di blog ni dapat menjadi salah satu cara dan medan untuk berdakwah. Insya Allah. Semoga apa-apa yang kita lakukan bermanfaat dalam mencari redha-Nya. Segala yang salah diharapkan dapat diperbaiki oleh semua. Sesungguhnya Farah hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan selalu melakukan kesalahan.So,jom sama-sama kita berazam untuk melakukan sesuatu untuk Islam. Islam pasti akan menang,tetapi dalam mencapai kemenangan itu apa function kita? Tepuk dada,tanya iman..

   Ayuh pemuda,bangkitlah untuk berjuang demi Islam..Sama-samalah kita menjadikan Islam itu sebagai cara hidup secara keseluruhannya. Berjuang kat sini bukanlah dalam erti kata untuk mengangkat senjata api,tetapi berjuang untuk menjadi seorang Muslim yang terbaik,yang bukan Muslim hanya pada nama sahaja..Be a Muslim by CHOICE not be a Muslim by CHANCE. Itu adalah dua benda yang berbeza..Bagaimana mahu menjadi Muslim terbaik? Sama-sama kita fikirkan dan berusaha ke arah itu.

  Buat teman-teman seperjuangan,isilah masa anda dengan benda yang bermanfaat dan tidak sia-sia. Jangan kita terlalu asyik dengan hiburan dan kelazatan dunia..Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan dan senda-gurau. Wallahualam.
 

     “ Dan kehidupan dunia ini,hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?”
                              (Surah al-An'am 6:32)

   

No comments:

Post a Comment