Sunday 22 July 2012

KITA TAK TAHU OR MEMANG TAK NAK PEDULI?

       Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar iman anda semua hari ini?Semoga semakin bertambah dan kehidupan yang dilalui sehari-hari mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Amin. Hmm..sebenarnya entry kali ni Farah rasa tertarik nak tulis pasal isu umat Islam sekarang. Terutamanya di negara-negara Islam yang sedang bergolak dan tidak aman seperti Syria dan Palestin. Bukan apa tadi dalam berita ada cakap bahawa kedutaan Malaysia di Syria akan ditutup dan semua pelajar di Syria disarankan supaya pulang ke Malaysia. Farah tidak tahu juga sejauh mana kesahihannya tetapi kalau betullah berita itu,maksudnya Syria memang sudah berada pada tahap yang sangat bahaya.

     Korang tahu kan yang Syria itu merupakan negara Islam? Tetapi disebabkan pemimpinnya yang sangat kejam rakyatnya yang tidak berdosa menjadi mangsa terutamanya kanak-kanak dan wanita. Korang semua tahu tak sape presidennya? Bashar al-Assad ! Yang mengaku dirinya Tuhan dan memaksa rakyatnya menyembahnya sebagai Tuhan..Masya Allah.

   Sebab apa Farah sentuh pasal isu ni? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang konflik Syria merupakan kezaliman pemimpin terhadap rakyatnya. Tapi kita kena peduli sebab mereka yang teraniaya itu adalah saudara kita. Saudara seakidah kita iaitu ISLAM. Sama juga halnya dengan isu Palestin.Berapa ramai je antara kita yang peka dan peduli tentang rakyat Palestin? Tepuk dada tanya iman.
 
      Hmm..korang pernah dengar tak pasal Global March to Jerusalem? Ia merupakan satu gerakan yang menggabungkan NGO-NGO seluruh dunia dan masyarakat untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan rakyat Palestin yang sudah tidak kenal erti aman dan damai semenjak pendudukan haram Israel pada tahun 1948. 






  Subhanallah tempoh yang sangat lama. Tapi kita tak pernah peduli tentang semua2 itu. Sebab kita rasakan yang itu hanya isu negara mereka bukannya negara kita. Itu tidak betul sama sekali. Sekarang ia adalah mengenai isu umat Islam yang melibatkan saudara kita sendiri.Sedarlah bahawa kekuatan umat Islam itu adalah pada ukhuwah dan ikatan akidah. Tapi kalau isu saudara seakidah kita sendiri pun kita tak nak ambil peduli,macam mana Islam akan menang?                                                   



      Hmm..korang terlepas Global March ari tu dan rasa macam seperti loser je? Korang mahu membuat sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat? Korang rasa  korang tidak mahu lagi hari-hari korang yang sangat precious bak intan berlian itu dihabiskan dengan  aktiviti-aktiviti yang tidak memberi faedah langsung seperti aktiviti lepak lek lu atau menonton wayang yang menghabiskan duit itu?   Nah,sekarang terimalah serangan bazooka dan mesingan daripada Farah pula. Selama ini anda tidak pernah peduli akan nasib saudara-saudara seIslam kita di Palestin dan Syria itu? Selama ini yang paling bagus anda lakukan adalah menderma seringgit dua pada tabung keamanan dan mendoakan mereka sekali sekala sahaja,itu pun semasa imam solat Jumaat membacakan Qunuut Nazilah?

     
      Tidak takutkah korang jika di akhirat nanti saudara-saudara kita di Palestin dan Syria akan menyoal dan mendakwa kita ,apakah yang telah kita buat selama kita hidup di dunia ini utk membantu saudara seaqidah kita yang saban hari dizalimi oleh Zionis dan kafir laknatullah? Jangan khuatir atau mengalirkan air mata bercucuran lagi! Anda masih ada peluang untuk menebusnya.
    Walaupun kemungkinan besar dengan melibatkan diri sepenuh hati,jiwa,raga dan mungkin juga bakul,tidak dapat menyelesaikan masalah di Palestin,Syria dan lain-lain,namun siapa tahu dengan doa-doa yang kita lafazkan dan takbir yang kita laungkan itu semua dapat memberikan semangat dan tenaga kepada pejuang-pejuang di sana yang ala-ala lepas minum Kerbau Merah?    Dan siapa tahu dengan penyertaan kita ini ia bakal menjadi hujah untuk kita melepaskan diri kita apabila ditanya oleh saudara kita yang  telah dizalimi,ditindas dan diseksa dengan kejamnya oleh manusia yg  tidak berperikemanusiaan ,di mahkamah Allah kelak? GULP! Ayuh...!!     Ini bukan perjuangan rakyat Palestin dan Syria sahaja! Ini bukan tanggungjawab badan-badan kebajikan sahaja! Ini perjuangan UMMAH! Ini perjuangan mempertahankan akidah! Dan perjuangan ini tidak akan berakhir selagi tanah-tanah air  yang mempunyai manusia yang mengucapkan ' La ilaha illallah' tidal terlepas daripada cengkaman kuffar! Perjuangan ini tidak akan berakhir selagi umat Islam tidak terislah dan tidak bersatu.   Islam pasti akan menang! Itu janji Allah. Tapi apa peranan kita dalam mencapai kemenangan itu? Adakah kita mahu menjadi orang yang cakap " ADA AKU KESAH?" atau tukang sorak atau orang yang berjuang? Fikir-fikirkanlah. Kembalilah kepada Islam secara keseluruhannya dan jadikan Islan itu sebagai cara hidup bukannya mengambil cara hidup orang Barat atau orang bukan Islam!    Akhir sekali,Farah minta maaf jika tulisan Farah kali ni agak harsh atau menyinggung hati sesiapa. Farah cuma mahu kita sedar yang kita perlu peduli. PEDULI UMMAH! Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Sesiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum Muslimin,maka dia bukan daripada golongan mereka.”
    P/S : kredit to Atin,Iqa,Ainin,Lina,Ayu,Aisyah,Nadia dan semua2 yang terlibat dalam Islamic Awareness Week di KTT. Pengalaman yang sangat bermakna buat Farah kerana dari situlah Farah sedar kan isu ummah sekarang. Jazakillahu khair ya ukhti! Ayat-ayat dalam pamplet tu Farah dah share dalam blog ni..:)


                                        ~ Kenangan Terindah~

No comments:

Post a Comment