Friday, 20 July 2012

CINTA PLATONIK? APA TU?

Assalamualaikum w.b.t.
      Mesti antara korang2 semua ni ada yang sedang menggaru kepala yang tak gatal tu sebab tertanya-tanya ape benda la cinta platonik ni. Hehe..Dun worry,Farah akan try explain stakat mana yang Farah tahu. Sebenarnya sudah sekian lama Farah tidak mendengar istliah cinta platonik ni. First time Farah dengar pasal istilah ini adalah sewaktu mendengar satu ceramah mengenai isu pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut Islam di kolej beberapa bulan lepas. Selepas itu Farah buat dek je dgan istilah itu.Sebab benda itu macam tidak memberi kepentingan utk Farah sebelum ini.Hmm..

     Namun sejak kebelakangan ni,Farah rasa tertarik tentang istilah itu.Bukan tertarik untuk melibatkan diri dalam cinta platonik tetapi tertarik untuk berkongsi dengan semua mengenai isu ini. Sebenarnya mungkin ramai je yang terlibat dengan cinta platonik cuma mereka tidak tahu mengenai kewujudan istilah cinta platonik ni aje.

    Mesti korang tertanya-tanya kenapa boleh terfikir nak tulis pasal ni. Bukan ape lately kat Astro First tu kan banyak promote ttg filem2 terbaru.Nah,ada satu filem ni yang berkisahkan tentang cinta platonik ni. Mula2 tu tak perasan tapi dua tiga kali tgk baru dapat tangkap ada dialog yang ckp pasal cinta platonik. Lau korang nak tau movie tu ialah H.A.C.K.S..

   Dari tadi lagi Farah dok membebel sal cinta platonik tapi tak juga bagi maksud or definition about it.Hehe.Sorry.Nah,mengikut wikipedia Bahasa Melayu...


     Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.Istilah ini diambil dari salah satu bahasa YunaniPlato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.

    
Hmm..agak2 korang dapat tangkap tak maksud di sebalik istilah itu? Apa yang Farah faham cinta platonik ini biasanya berlaku antara lelaki dan perempuan.Yang berkawan sangat rapat tetapi belum lagi masuk tahap couple. Biasanya mereka-mereka ini tak mahu declare antara satu sama lain sebab mereka lebih selesa dengan status  kawan tetapi dalam konteks teman tapi mesra. Hubungan mereka tidak seperti hubungan persahabatan yang lain. Mereka menganggap kawan mereka tu sangat special tak macam kawan-kawan yang lain.

     Cinta platonik lebih menekankan kepada istilah kawan dan tidak melibatkan perasaan cinta.Tetapi jika ditanya kepada orang sekeliling mereka ni nampak sangat rapat dan tak boleh berpisah.Ke mana-mana sahaja mesti berdua,dah macam pasangan couple. Sejauh mana perasaan mereka antara satu sama lain wallahualam. Sebab bila lelaki dan perempuan ni dah berkawan rapat,mesti akan timbul perasaan cinta itu walaupun sedikit.Yela kan everything yang kita rasa mesti nak share dengan kawan kita tu.Status itu tidak mustahil akan berubah.

      Ok,sekarang Farah nak masuk main point nya. Ya,ramai yang tahu bahawa couple itu sendiri haram kerana ia adalah salah satu cabang kepada zina. Dalam al-Quran Allah ada berfiman :


     "Janganlah kamu mendekati zina,

  zina itu suatu perbuatan yang keji,dan satu jalan yang buruk." (17:32)

     
Tetapi even tak couple sekali pun,mungkin batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan itu tidak dijaga.Ramai yang berprinsip tidak mahu couple sebelum kahwin tetapi sejauh manakah kita menjaga batas-batas pergaulan itu sendiri? Boleh jadi apabila seorang perempuan itu berkawan dengan seorang lelaki tanpa mempunyai perasaan cinta tetapi sudah biasa bertepuk tampar,pegang tangan,berpelukan,lepak bersama tidak kira waktu dan sebagainya.Bukankah ini semua salah? Perempuan dan lelaki itu tidak  boleh bergaul bebas kerana Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan itu untuk berpasangan,mudah tertarik antara satu sama lain. Maksud berpasangan kat sini adalah dari sudut ikatan yang sah dan halal,bukan bercouple sebelum kahwin.Ingat tu kawan-kawan!



 

    Boleh jadi juga cinta platonik yang berlaku tidak terlalu ekstrem. Maksudnya masih lagi mejaga batasan,,tidak pernah berpegangan tangan etc.Tetapi mereka masih boleh bergambar berdua bersama. Itu pun tidak dibenarkan dalam Islam.Boleh menimbulkan fitnah. Even pasangan tunang nak bergambar berdua masa majlis pertunangan pun tak boleh ini kan pula nak bergambar berdua dengan bukan mahram tanpa ikatan yang sah. Memang benda itu bagi kita tidak salah,bergambar je pun bukannya buat ape2 yang tak senonoh.But still tak boleh. Hukum agama tidak boleh dibuat main-main.

     Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus ada menyatakan bahawa persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dibenarkan dalam Islam. Sememangnya perempuan 
dan lelaki tidak dibenarkan bergaul walau dengan apa jua alasan. Sekadar nak kenal boleh tapi tidak lebih dari itu. Dan nak kenal tu pun sebab dengan tujuan nak kahwin.So,tak perlu nak rasa malu or rendah diri kerana tidak mempunyai teman yang berlainan jantina. Dan satu lagi biarlah orang lain nak kata kita sombong ke seksis ke sebab tak nak bergaul ngan kawan yang berlainan jantina kerana tindakan kita itu betul. Yang penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.



   Farah juga remaja dan pernah mengalami benda tersebut. Sangat tak best bila tak berkawan dengan berlainan jantina. Tetapi bila Farah kenal usrah dan diberi peluang untuk kenal cinta Allah dengan lebih dekat,alhamdulillah benda-benda macam ni sudah tidak begitu penting untuk diri Farah. Bila kita kenal cinta Allah,kita akan rasakan yang benda lain tidak penting. Sebab bila dah kenal cinta Allah ni kita akan yakin yang Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.Mungkin ramai yang cakap lau tak berkawan dengan lelaki macam mana nak kahwin nanti? No need to worry guys sebab semua tu Allah dah tetapkan untuk kita.Tak perlu bimbang. Tak semestinya kita tak kawan dengan lelaki kita tak ada jodoh sebab tak de orang kenal kita dengan rapat. Yang penting kita jaga hubungan dengan Allah dan insya Allah, Allah akan menjaga kita dari segala sudut. Rezeki dan jodoh itu di tangan Allah.

  Ya,kita perlu berusaha dan usaha itu rasanya sudah cukup dengan berdoa supaya diberikan seorang jodoh yang dapat bersama-sama kita ke Jannah kelak.Insya Allah. Dan cuba kita fikir balik untuk tujuan apa kita berkawan terlalu rapat dengan lelaki? Sebenarnya itu semua hasutan syaitan supaya kita lalai dan tidak pedulikan hukum agama. Sedangkan ramai je lagi kwan perempuan atau sejantina kita yang boleh dijadikan kawan rapat. Dan hakikatnya hubungan sebegitu lebih manis dan diberkati kerana ukhuwah yang dibina kerana Allah semata-mata.Farah tertarik dengan hadis Rasulullah S.A.W :


“Ya Tuhanku,aku mohon supaya cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu,termasuk orang yang sayang kepada semua amalan aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”
~Hadis Riwayat  Tirmidzi :3341~

  Dalam buku " Kisah Cinta Dalam al-Quran " yang Farah baca, Tuan Guru Nik Aziz menerangkan bahawa terdapat beberapa kesimpulan yang dapat diambil daripada hadis itu.

   1. Perasaan cinta itu sesuatu yang wujud. 
   2. Cuma keutamaannya ialah ia perlu disuburkan ke arah mencintai ALLAH. 
   3.Jika akan tumbuh perasaan cinta kepada seseorang.maka hendaklah orang yang dicintai itu seorang yang juga mencintai ALLAH melebihi segala-galanya.
  4.Orang itu pula biarlah seorang yang sayang kepada semua amalan yang dikasihi ALLAH.



p/s: If ada salah dan silap Farah minta maaf.Farah juga manusia biasa. Same2 la kita mengejar cinta Illahi sebelum mengejar cinta manusia. Dan tinggalkanlah perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat kerana kita adalah pemuda harapan agama..Untuk mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam. Jangan disebabkan kelakuan kita boleh menimbulkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Jadilah Islam pada perlakuan bukan sekadar Islam pada nama.. Wallahualam.



  ~Btw,nanti Farah update pasal iktilat..hmm..mesti ramai yang tertanya-tanya apa maksudnya..So,tunggu...hehe.Insya Allah..~

3 comments:

  1. cinta platonik berladaskan agama islam adalah sesuatu yang boleh cuma takut dan bimbang akan di salah erti dan menimbul kan fitnah sedangkan perasaan saling hormat menghormati ujud seperti :

    12 Sifat Sahabat Sejati: Imam Ghazali

    1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

    2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

    3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.


    4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.


    5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.


    6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.


    7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.


    8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.


    9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).


    10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.


    11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


    12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

    "Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." -Riwayat al-Bukhari —

    apakah ini tidak menjadi salah satu yang perlu kita ketahui cuma beza nya berlainan jatina sahaja....... perasaan dan hati bukan lah sesuatu yang boleh di jangka namun berkat kepada takwa kejalan allah pasti ada yang mengerti .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jzkk atas perkongsian...:) btw nak tye if entry farah ad yg salah ke apa ke sila bgtau ye..farah ni masih baru blajar..mtk perbetulkan apa yg salah..ilmu sy msh x banyak..

      Delete
  2. jzkk atas perkongsian...:) btw nak tye if entry farah ad yg salah ke apa ke sila bgtau ye..farah ni masih baru blajar..mtk perbetulkan apa yg salah..

    ReplyDelete