Saturday 11 August 2012

AKU,KAMU DAN DIA PEMUDA HARAPAN AGAMAKAH?


Video itu cukup memberi kesan kepadaku!
Perihal masalah umat Islam sekarang,
Umat Islam yang semakin hanyut dan leka dengan dunia yang menipu semata-mata!
Yang paling menyedihkan adalah pemuda Islam itu sendiri!
Menghabiskan usia mudanya dengan perkara-perkara yang sedikit pun tidak bermanfaat!
Hedonisme memang sudah menjadi cara hidup mereka,
Keseronokan semata-mata menjadi tujuan hidup mereka,
Konsert di sana-sini,terkinja-kinja dengan separuh sedarnya!
Merempit!
Menghisap dadah!
Berzina!
Pub dan kelab malam sudah menjadi rumah kedua bagi mereka,
Air kencing syaitan diteguk dengan rakusnya!

Sedih!
Inikah yang dikatakan sebagai pemuda Islam?
Memang tidak!
Dan jauh sekali untuk aku katakan ya!
Tidak ada gunanya jika Islam hanya pada nama,
Jika cara hidup dan kelakuan tidak sedikit pun menggambarkan seorang Muslim!
Sampaikan orang bukan Islam pun tidak dapat membezakan engkau itu Islam atau tidak!

Tidakkah engkau sedar bahawa perbuatan engkau itu boleh menimbulkan fitnah kepada Islam itu sendiri?
Tidak ada langsung kah perasaan berdosa dan insaf dalam diri engkau?
Engkau tenang kah dengan kehidupan seperti itu?
Yang bermatlamat hanya untuk dunia semata-mata?
Yang akhirat langsung tidak dipandang?

Aku juga tidak sempurna dan masih ada kekurangan,
Tapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik,
Untuk mencari redha Allah!
Dan Rasulullah!
Aku tidak mahu hidup aku dan kalian dikawal oleh kafir laknatullah!
Mungkin kalian tidak sedar bahawa mereka telah mengawal kita semua!
Mengawal minda kita!
Dengan menyajikan pelbagai jenis hiburan yang jika dilihat pada mata kasar ia tidak memberi kesan yang buruk!
Tapi pada masa yang panjang kita akan dilekakan dengan propaganda mereka,
Dan pada masa itulah kita akan hanyut dalam rancangan mereka,
Kita sudah menjadi seperti boneka!
Yang hanya patuh menurut dan obses dengan hiburan dan sebagainya!
Sampaikan halal dan haram sudah tidak dapat dibezakan lagi!
Kerana pada masa itu kita telah jauh dari agama!

Ayuhlah pemuda!
Masih belum terlambat untuk aku dang engkau berubah!
Selagi mata tidak tertutup selagi itulah Allah memberi kita peluang untuk meninggalkan segala perbuatan jahiliah yang pernah kita lakukan,
Kembalilah kepada Islam secara keseluruhannya!
Tidak ada separuh-separuh,
Aku yakin kita boleh!
Selagi kita berusaha untuk berubah!
Aku yakin nanti akan ada di kalangan kita akan menjadi seperti Salahuddin al-Ayubbi,
Iaitu seorang hamba Allah yang mampu menawan semula Baitulmaqdis daripada tentera salib pada usia yang muda,
Yang mempunyai semangat jihad dan juang yang tinggi,
Semata-mata kerana Islam!
Yang sudah memikirkan tentang nasib Islam yang belum terbela pada masa itu!

Tetapi kita?
Apa peranan kita untuk Islam selama kita hidup?
Mungkin ada yang langsung tidak pernah terfikir untuk berjihad untuk Islam,
Dan ada yang tidak mahu ambil tahu langsung pasal Islam!
Sedarlah wahai teman!
Islam itu akan bangkit tetapi apa peranan kita?
Adakah kita hanya mahu menjadi tukang sorak sahaja?
Yang langsung tidak berbakti kepada agama?
Oh,itu sangat menyedihkan kerana pemuda Islam itu sendiri memang tak nak peduli!

Selagi Allah adalalah tujuan kita,
Selagi Rasulullah adalah teladan kita,
Selagi al-Quran menjadi pedoman hidup kita,
Selagi jihad adalah jalan juang kita,
Dan selagi mati fisabilillah dan mati di jalan Allah adalah cita-cita kita yang tertinggi,
Tidak mustahil untuk aku katakan akan lahir lagi pemuda Islam yang sebenar-benarnya!
Insya Allah!

~8th Ramadhan~
7.30 a.m

No comments:

Post a Comment