Thursday, 9 August 2012

~MALAM SERIBU BULAN~


Assalamualaikum w.b.t.


   Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah! Kita masih diberikan nikmat iman,Islam,kesihatan dan nyawa untuk kita teruskan perjuangan di bulan yang mulia ini. Hari ni dah masuk hari ke-20 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik,sekejap je kan. Ramadhan bakal meninggalkan kita semua.. Ada perasaan sedih tak? Hmm..

   Seperti yang kita ketahui,10 malam terakhir pada bulan Ramadhan terdapatnya satu malam yang sangat mulia dan penuh barokah iaitu malam lailatul qadar. Malam seribu bulan. Dalam al-Quran ada surah khas untuk malam lailatul qadar ini iaitu surah al-Qadr,surah ke-97.

   Maksudnya :



     1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam qadar *
     2. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?
     3. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan
     4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh ( Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua
         urusan
     5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.



   Subhanallah begitu sayang kan Allah kat kita kerana memberikan kita peluang untuk beribadat satu malam seperti beribadat seribu bulan. Tapi sejauh mana kita ambil peluang itu untuk beribadat dan memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh? Dan untuk mencari redha-Nya?





   Honestly,at first memang banyak perancangan dan mutabaah amal yang dirancang untuk bulan Ramadhan ni. Tapi sangat menyedihkan kerana Farah tak mampu dan malas nak buat semua tu.Farah buat yang mana Farah rasa nak buat aje. Bangun qiam?? Lagi la susah nak buat. Dah lebih cintakan tidur siapa suruh? Sedangkan Allah selalu je bagi Farah tersedar untuk bangun qiam,tapi Farah lebih prefer tidur balik.Farah rasa teruk sangat-sangat. Dan kalau tilawah pula,tilawah aje tadabur memang jarang..Tengok sepintas lalu je tanpa betul-betul nak memahami. Dahsyat kan Farah? 

   Sedangkan pada tahun ini Allah bagi peluang kat Farah untuk berpuasa penuh di rumah tanpa melibatkan study at all. Maklumlah sekarang ni hanya menunggu masa untuk fly. Jadi jika diikutkan keadaan Farah yang memang tak busy langsung ni,tak ada alasan untuk Farah tak buat semua tu.Sedangkan masa yang Allah bagi kat Farah sangat banyak. Kenapalah Farah tak reti nak bersyukur..

  Memang timbul kekesalan bila apa yang kita plan tak dapat nak buat tapi sekejap je benda tu. Mula-mula tu memang akan kata, "Eh,tak boleh bazirkan masa ni! Masa ni la kena beribadat banyak2",bla bla bla.. Tp lepas tu?? Buat mmg buat tapi bukan pada tahap yang terbaik. Tidak dinafikan kat rumah ni memang susah nak mujahadah. Walaupun boleh je sebenarnya jika kita mahu. Tapi mesti je akan ada alasan tak nak buat dan suka tangguh-tangguh. "Tak pela,jap lagi boleh baca buku sirah tu.." "Banyak lagi masa.." Lau macam tu hari2,memang tak jalan la. Haish!





  Kat rumah ni tarbiah dzatiyah (tarbiah diri sendiri) memang selalu on and off. Lau tyme bersemangat tu,semua benda nak buat. Daripada tilawah,tadabur,solat sunat,belajar tajwid dsbgnya.Tapi bila bila tyme malas,sorry to say,nak bukak al-Quran pun malas. Teruk kan diri Farah? Hmm...nak menyesal sekarang pun macam tak guna je kan? Yang penting apa yang kita mahu capai dalam 10 malam terakhir ni. Masih ada peluang untuk pulun habis-habisan.Insya Allah. *Tapi boleh ke aku ni?? Insya Allah,aku akan cuba apa yang termampu..*





  Kalau kat kolej dulu,tengok kawan buat ibadat lebih sikit,rasa bersemangat nak buat jugak. Rugi nanti! Tapi lau difikirkan balik kat rumah ni la kita kena latih diri untuk tarbiah diri sendiri bukan jadikan orang lain sebagai pendorong.Betul tak? Jika kita mampu untuk lakukan semua tu dengan sendiri,maksudnya dengan izin Allah,tak rasa kita hebat ke? Hehe.. Sebab bagi Farah sendiri memang susah nak istiqamah. Dan buat kawan2 yang dah berjaya buat macam tu,alhamdulillah. Doakan Farah juga tau!

  Last but not least,jom sama2 kita mencari malam lailatul qadar.. Semoga kita dipertemukan dengannya.. Insya Allah..amin2..:) Dan pesanan daripada penaja,lau boleh amalan-amalan yang kita lakukan masa bulan Ramadhan ni diteruskan ke bulan-bulan yang lain. ISTIQAMAH. Insya Allah...:)









Info tambahan ~ 17 Ramadhan adalah malam turunnya al-Quran ( Nuzul al-Quran ) dan berdasarkan 
                          surah al-Qadr,malam Lailatul Qadr adalah malam turunnya al-Quran. Terdapat 
                          beberapa pendapat mengenai bilakah berlakunya malam lailatul qadar.




Pendapat pertama : Mengikut hadis, malam lailatul qadar - 10 malam terakhir. Ini berdasarkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W semasa 10 malam terakhir Ramadhan.





Pendapat kedua : Belaku pada 24 Ramadhan

Pendapat ketiga : Berlaku pada 17 Ramadhan berdasarkan ayat 41 surah al-Anfal yang relate dengan Perang Badar

Pendapat keempat : hanya berlaku sekali,semasa turunnya al-Quran dr luh mahfuz ke langit dunia.( tetapi yang ni macam tak boleh terima ustaz tu ckap) wallahualam

So,konklusinya,pendapat muktabar dan diyakini adalah pada malam 10 terakhir Ramadhan berdasarkan amalan2 Rasulullah. Baginda akan beribadat dan mengejutkan keluarganya sekali untuk beribadat dengan sepenuhnya.






Soalan cepu emas : Betul ke malam lailatul qadar berlaku pada malam ganjil?



   Ustaz kat Kelantan fm tu cakap susah nak jawab. Sebab tak semua negara berpuasa pada hari yang sama. Contohnya kat Malaysia malam ke 21 tetapi kat Thailand dah malam ke 22. So macam mana tu? Jadi,ustaz tu pesan carilah 10 malam yang terakhir,insya Allah malam lailatul qadar itu akan kita dapat. Jangan fokus pada malam yang ganjil sahaja.. Wallahualam.. Sekadar perkongsian. Jika ada salah ke,pliz bgtau k. So that, I can improve myself. Jazakillah khair..:)






  P/S : Niat asal nak post pasal telekung seksi tapi terpost pasal malam lailatul qadar pula.. hehe. Sungguhlah,Allah sebaik-baik perancang. Next entri Farah nak share sal telekung seksi.Apa tu?? Tunggguuu...hehe.. Insya Allah. :)















No comments:

Post a Comment