Thursday, 2 August 2012

TEST JPJ YANG MENYEDIHKAN..:(


Assalamualaikum w.b.t. 

Apa khabar iman kalian semua hari ini? Diharapkan masih lagi berada di tahap yang terbaik dan bukan di tahap yang kritikal.

Mesti ramai yang pernah dengan firman Allah yang bermaksud :

       "Tidak beriman seseorang itu selagi mana tidak diuji.."

Main point yang Farah nak bagitahu kat sini  adalah sekuat mana kita dalam menempuh ujian tersebut? 

Adakah ujian tersebut memberikan semangat yang baru kepada kita atau disebabkan ujian itu kita akan give up??

Meh Farah nak kongsi sedikit mengenai ujian yang menimpa diri Farah..

Jangan tergelak tau sebab ujian yang Farah dapat ialah Farah failed test JPJ untuk kedua-dua bahagian  pada 30 July yang lepas.

Mesti ramai yang kata ala biasalah tu,first time test memang ramai yang kandas.

Tapi bagi Farah kenapa dua2 bahagian? Lau salah satu je yang kandas ok la jugak..

Masa tu Farah lupa kejap..Lupa yang ujian yang Allah berikan ini pasti ada hikmahnya. Yang Farah tahu nangis je masa tu. Yela kan mase berlatih tak pernah-pernah terundur masa naik bukit,tapi masa test benda tu yang jadi.

Seriously masa hari test tu semuanya hancussss!! I don't know why..

Disebabkan itu juga Farah dah putus asa tak nak dah test!

Tak pela lau xde lesen pun..

Rasa malas sangat-sangat...

Putus asa?? Ya Farah memang rasa putus asa kejap.

Dan Farah hanya minta kekuatan daripada Allah S.W.T..


Dan alhamdulillah masa tengah down dan putus asa tu,Allah tunjukkan love letter-Nya dalam al-Quran... Nak tahu tak ?


"...dan jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah.Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir..." (Yusuf 12:87)

Gulp!

Orang-orang kafir??
Ya Allah,masa tu Farah takut sangat. Amaran Allah tu memang keras. Seriously Farah rasa sangat-sangat terkesan masa tu.

Kenapa aku nak berputus asa?

Farah muhasabah diri sebentar..dan alhamdulillah lepas dapat ayat tu Farah dah jadi tenang dan bersemangat balik.

Tq Allah!

Bila difikirkan balik x ke membazir je duit lau Farah tak usaha sampai dapat lesen P?

Mmg ada benarnya.. So buat masa ni Farah nak postpone dlu test tu,insya Allah ada lah masa terbaik untuk Farah test nanti selepas fly..

Masa Farah sedih tu kan,Farah tak tahu kenapa macam ada bisikan yang kata Farah ni loser... Ya Allah,itulah bisikan syaitan yang nak hamba-hamba Allah mudah berputus asa. Farah rasa down sangat-sangat walaupun benda 2 bagi orang lain mungkin biasa sahaja. Farah pun pelik..

Tiba-tiba Farah terfikir mungkin aku diberi ujian ni sebab Allah nak tengok Farah ni kuat ke tak? Sebab dulu bila Farah dengar kawan-kawan ditimpa masalah,Farah akan selalu nasihatkan dorang yang pasti ada hikmah semua itu.

Sekarang baru Farah rasa sendiri..kadang-kadang berat jugak untuk menghadapinya..

 Allah telah berfirman,

  " Tidak akan diuji seseorang itu melainkan orang itu dapat mengatasinya.."

 Ya,mula-mula akan rasa sedih,down,give up dan sebagainya apabila ditimpa ujian..Tapi lama-lama kita akan ok jugak kan? Dan lebih bermakna lagi apabila Allah bagi kita sumting yang berguna di sebalik ujian itu. Dan masa itulah kita akan tersenyum lebar dan yakin dengan firman Allah itu yang kita mampu nak atasi benda itu sebenarnya.,Insya Allah..

    Hikmahnya ialah :

   Farah rasa Farah ni tak cukup mahir lagi nak drive dan mungkin jika Farah dapat lesen pun tak ke mana juga..Mungkin juga lau Farah dah dapat lesen dan Farah akan start drive kereta sorang2 dan mana tahu benda itu akan membahayakan Farah dan orang lain...Masih banyak lagi benda yang Farah kena belajar.. Dan Farah tak boleh belajar semata-mata nak dapatkan lesen dengan cepat. Apa gunanya dapat lesen kan kalau benda itu banyak keburukan daripada kebaikan.

Insya Allah,Farah yakin one day Farah akan lulus juga test tu. Farah kena betulkan niat balik. Nak dapatkan lesen kereta bukan semata-mata nak drive sendiri selepas ini,tetapi pada masa yang sama menjadi seorang pemandu yang berhemah dan mahir supaya tidak membahayakan orang lain. Allah kan tak suka hamba-Nya yang menyusahkan orang lain? Hmm...

  Dan jangan sesekali kita berputus asa..Lau give up jgk,jgan bagi lama2 ok? Kena build up balik semangat itu..Tak salah untuk kita rasa down kejap,sebab benda tu kadang-kadang akan buat kita muhasabah diri dan akan bangkit kembali..Insya Allah..

Thats all yang dapat Farah coretkan hari ini. Semoga bermanfaat...Insya Allah.. :D


No comments:

Post a Comment