Saturday, 11 August 2012

NASI AYAM PENYET~

Assalamualaikum w.b.t.

   Bercakap mengenai bulan puasa ni,mesti ramai ibu-ibu dan anak-anak dara tengah dok fikir nak masak apa la untuk berbuka nanti. Dah hampir semua resepi dah dibuat,maklumlah setiap hari menu yang berlainan gitu. Wah,hebat-hebat! Farah lebih suka beli sebab senang dan cepat! Tak perlu leceh-leceh masak masa bulan puasa ni..hehe. Tapi yang penting nasi tu masak sendiri je cuma lauk je kadang-kadang beli kat kedai. Makan pun sodap! Hehe. Bukan nak cakap malas nak masak,cuma tyme puasa ni memang x de feel nak masak takut tak menjadi. Maklum sajalah tak terrer masak lagi.Baru bertatih.

  Hmm,buat kalian yang sudah kehabisan idea nak masak apa,jom cuba resepi ni.. Nasi ayam penyet! Terbaik punya! Resepi ni Farah rembat kt blog sesape je lah. Nampak macam senang dan best so apa salahnya share2 ngan korang kan. Farah pun one day nak try jugak masak sendiri. Mana tau menjadi! Hehe.. Malas nak cakap banyak,terimalah resepinya :


Bahan-Bahan Utk Ayam :
1 ekor ayam - dibersihkan dan di potong
Ketumbar biji - ditumbuk
Jintan manis - ditumbuk
Jintan putih - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk 
Madu
Serbuk cili 
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - secukup rasa

Cara Membuat Ayam :
Semua bahan di masukkan ke dalam mangkuk kecuali ayam
Gaul sebati pada ayam
Perap semalaman untuk ayam mesra bersama rempah
Kemudian, goreng ayam hingga nampak kekuningan

Bahan-Bahan Untuk Sambal :
10 biji cili padi - terpulang banyak mana tahap kepedasan yang di kehendaki
1 genggam ikan bilis
5 cm belacan
5 biji bawang merah
3 - 4 sudu besar madu
5 biji tomato
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuat Sambal :
Goreng terlebih dahulu cili padi, ikan bilis, bawang merah, tomato, belacan secara berasingan
Kisar bahan yang digoreng tadi sehingga lumat
Kemudian, bahan yang dikisar tadi di masukkan ke dalam kuali
Masukkan juga madu, garam dan serbuk perasa
Gaul rata dan tambahlah apa-apa bahan yang terkurang rasa
Siap dan hidangkan 


~ Selamat mencuba..:) nanti pass2 la ckit kat cni..hehe

p/s : Rasa mengidam pulak nak makan nasi ayam penyet kat restoran ayam penyet api kat giant Nilai.Memang terbaik!

No comments:

Post a Comment