Thursday 2 August 2012

~REZEKI DAN SEDEKAH~

 Assalamualaikum w.b.t.

Insya Allah entri kali ni Farah nak share mengenai rezeki dan sedekah.


Menarik juga pengisian IM Asyraf dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia tadi..


Topik yang dikupas ialah mengenai sedekah..Hmm...yela kan,dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ini,kita sangat-sangatlah digalakkan untuk bersedekah..


Mungkin ramai yang tahu atau mungkin ada yang tidak tahu betapa ramai saudara kita yang lain tidak senasib dengan kita.


Contohnya di Somalia,rakyatnya sudah berada pada tahap kebuluran. Memang tiada makanan untuk mengisi perut mereka yang memanggil-manggil supaya diisi makanan.





Sampaikan ada seorang rakyat Somalia bertanya kepada seorang imam,if i'm not mistaken... Apa hukum jika dia tidak bersahur dan tidak berbuka puasa??

Masya Allah..kat sini bukan dia saja-saja tak nak bersahur dan berbuka tetapi dia tidak ada makanan langsung untuk dijamah..

Ikatan persaudaraan sesama Muslim itu begitu kuat..Kalau paha kiri dicubit,paha kanan akan terasa sekali...

Adakah kita rasa apa yang mereka rasa??

Cubalah untuk merasainya..kerana apabila kita menempatkan diri kita di tempat mereka,kita akan menangis kerana begitu berat ujian yang Allah berikan kepada mereka.

Cuba kita muhasabah diri kita balik..Peringatan untuk diri Farah juga...

Walaupun makanan sudah berada di depan mata,masih lagi tidak bersyukur dan yang paling teruk adalah membazir. Biasalah bila nafsu yang menguasai,nampak je makanan best2 kat bazar ramadhan,semua nak dibeli. Tapi bila tiba waktu berbuka,paling tidak pun 2 jenis hidangan sahaja yang dijamah. Betul tak?? Sebab waktu berbuka kita bukannya makan banyak sangat,sekadar mengisi perut yang kosong. So,makanan yang banyak tadi tu apa ceritanya?? Comfirm dalam tong sampah kan?? Membazir tu kan amalan syaitan...dan orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan..

Hah?? Saudara syaitan?? Nauzubillah...

Actually benda ni boleh je dikawal asalkan kita sentiasa ingat yang rezeki yang Allah berikan itu bukannya untuk dibazirkan tetapi dikongsi dengan semua...

Apa salahnya kalau kita beli makanan lebih,kita sedekah kan sedikit dekat jiran sebelah ke setaman ke? Mengikut kemampuan la.. Wah,mulia kan amalan tu? Sekurang-kurangnya dengan tindakan kita itu,hubungan kita dengan jiran akan lebih baik.Insya Allah. Kan Allah suka hamba-hambanya yang berbuat baik sesama manusia..Mungkin sekarang kita tidak akan nampak lagi kebaikan yang kita peroleh daripada sedekah kita itu,tetapi mana tahu suatu hari nanti apabila kita ditimpa kesusahan,akan ada insan yang Allah titipkan untuk bantu kita nanti. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah..Yang penting kena ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

Dan satu lagi Farah nak bagitahu,apabila kita hidup berjiran,janganlah asyik bercakap tentang juadah yang bakal disajikan pada waktu berbuka nanti kepada jiran yang lain. Benda itu tidak salah asalkan apa yang dicakap itu diiringi dengan sedikit juadah untuk jiran yang mendengarnya.. Sedangkan apabila jiran berbau masakan kita pun,kita kena sedekahkan sedikit inikan pula sengaja diheboh-hebohkan. Lagi la kena bagi kan?? Hehe..

Dan sebagai pelajar,tidak salah untuk kita belanja kawan kita yang agak susah sekali-sekala.. Anda tak rasa seronok ke bila dapat menggembirakan orang lain?? Jika kita betul-betul kawan yang sejati,kita akan berusaha untuk buat kawan kita itu tersenyum ketika dia berduka. Korang tahu tak ada sebab kenapa Allah kurniakan seorang sahabat yang agak susah kepada kita? Sebab Allah nak kita rasai apa yang dia rasa dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Dan pada masa yang sama,kita kongsikan nikmat itu dengan kawan kita itu. Sweet x?? :D

 Tidak salah untuk memberi dan jangan takut untuk memberi..Kerana konsep sedekah itu sendiri ialah tidak akan mengurangkan sedikit pun rezeki yang Allah berikan kepada kita. Apabila kita ikhlas memberi insya Allah kita akan dapat balik setimpal dengan apa yang diberikan dan mungkin lebih lagi.Sekali lagi Farah tegaskan kat sini ialah yang penting..NIAT!

Sebelum mengakhiri entri kali ini,Farah nak tanya la apa yang korang faham pasal rezeki ni??

Hmm..berdasarkan apa yang IM Asyraf bagitahu tadi,ada banyak situasi yang dapat menerangkan konsep rezeki itu sendiri.. :)

1. Kita dapat rezeki daripada Allah setiap bulan dalam RM2500.( maksud kat sini ialah gaji kita).Kita pergi ATM nak ambil duit dan bersyukur atas rezeki yang Allah berikan itu. Tapi,siapa tahu pada masa itu juga duit kita dirompak oleh perompak yang sudah lama memerhatikan kita..Jadi kat sini,itu bukan rezeki kita lagi.

2. Kita bersyukur sebab ada makanan untuk berbuka puasa. Makanan tu pula jenis yang susah nak jumpa. Sekali setahun je ada kat bazar Ramadhan tu. Hari tu memang rasa tak sabar gila nak buka puasa sebab dah lama mengidam nak serang makanan tu.Tapi dengan kuasa Allah,bila dah tiba buka puasa,pinggan yang berisi makanan tu jatuh ke lantai dan terus dirembat oleh kucing. Waaa...Mesti rasa sentap kan?? Sabar-sabar! Itu maknanya makanan tu bukan lagi rezeki kita. Itu rezeki kucing... Sabar ajolah. :)

3. Dan jangan mengira makanan yang masuk ke dalam mulut kita itu rezeki kita lagi..sebab mana tahu kita muntah ke lepas makan makanan tu? Jadi,bukan rezeki juga..

4. Yang sebenar-benar rezeki adalah apabila rezeki itu dapat memberi manfaat kepada kita dan kita gunakan rezeki yang Allah beri itu ke jalan-Nya. Rezeki yang terbaik apabila ia dibelanjakan di jalan Allah dan rezeki itu mampu untuk buat orang lain tersenyum..


   Nikmat itu adalah untuk dikongsi bukan disimpan sorang2.. Tak ke mana pun! Bukannya harta itu boleh dibawa ke kubur..Bukannya harta itu boleh menjadi benteng kita daripada terlepas daripada seksaan Allah.. Salah satu perkara yang dapat menolong kita apabila kita mati kelak adalah sedekah jariah..Sedekah yang diberi bukan untuk menunjuk-nunjuk,tetapi ikhlas semata-mata kerana Allah.. Insya Allah..:)



p/s : Sedekah yang paling mudah but SEMPOI adalah senyuman...Senyum jangan tak senyumm! Tapi jangan jadikan benda itu alasan nak senyum kepada bukan mahram dengan tujuan nak menggatal atau mengorat ok? Hehe.. Senyum sokmo lah! :) 




"Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan.”

                                                                  ~Riwayat Muslim
 ~
  

No comments:

Post a Comment